Anak Haram

Assalamualaikum..apa perasaan korang kalau ada orang panggil korang anak haram? Best ke? Bangga ke? Orang panggil macam tu untuk tujuan gurau pun rasa nak marah kan? Agak-agak korang apa anak tak sah taraf ni rasa kalau diorg digelar anak haram saja-saja untuk highlight kan yang diorg tu anak tak sah taraf? Allah kurniakan akal dekat semua manusia kan? Tolong fikir guna akal tersebut.

Kalau kes yang membabitkan anak tak sah taraf keluar di FB, berduyun-duyun orang komen. Kebanyakkan komen isinya sama je. Tak salah pun bagi pendapat, komen dan fakta-fakta yang kebanyakkan orang dah tahu. Tapi nak tahu tak apa golongan kami yang lahir tak sah taraf ni rasa bila baca komen-komen macam tu? Terutamanya yang selalu ingatkan kedudukan kami, nasab, harta faraid dan lain-lain lagi. Cuba letak diri awak-awak semua dekat tempat kami. Kami sedar kami tak ada hak untuk diwalikan oleh ayah sendiri, kami tak ada hak atas harta famili kami (kalau ada la). Tak perlu tegaskan banyak kali dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati.

Kami lahir sama macam orang lain. Tapi kami lahir dengan membawa satu beban iaitu aib mak ayah kami. Oleh sebab itu, kami memang tak ada tempat nak luahkan perasaan, nak minta sokongan, nak berkongsi masalah. Tak ada. Kami hanya mampu simpan apa yang kami rasa. Luahkan dalam kertas, atau pun kat confession macam ni. Ada baca komen dekat post sebelum ni yang cakap “Yang anak tak sah taraf tu xpayah la komen-komen. Diam-diam sudah.” Tengoklah. Kami tak ada hak langsung nak bersuara tanpa mendedahkan aib mak ayah kami.

Aku lahir cukup-cukup 6 bulan dari tarikh nikah mak ayah aku. Mungkin disebabkan itu, aku dapat berbinti kan ayah. Aku tak pernah tahu mengenai status aku sehinggalah aku nak kahwin. Alhamdulillah aku boleh terima dengan tenang. Sikit pun tak ada rasa nak mengamuk ke, marah ke, kecewa yang teramat sangat ke. Sikit je la kecewa sebab majlis nikah aku tak dapat buat macam yang aku nak. Tapi aku tak kesah yang penting pernikahan aku sah.

Untuk permohonan penggunaan wali hakim kena buat kat mahkamah syariah. Aku pergi waktu tu dengan mak ayah. Aku masuk dulu. Mula-mula rasa cuak sangat sebab tak pernah seumur hidup berhadapan dengan hakim. Pulak tu kes sebelum aku mengenai harta faraid, orang tu kena marah dengan hakim. Bertambah-tambah menggeletar lutut. Bila tiba kes aku, hakim panggil saksi. Mak aku masuk dulu. Hakim tanya beberapa soalan untuk pastikan aku betul-betul anak tak sah taraf. Hakim tu tanya elok-elok je. Lepas tu ayah aku. Pun sama jugak walaupun ayah aku gelak-gelak sebab macam-macam lupa. Biasala orang tua. Hakim tu cakap baik je. Selesai dua-dua saksi, hakim suruh ayah dan mak duduk sebelah aku. Mak aku nangis. Aku n ayah rileks je. Hakim tu pesan kat aku yang aku akan ingat sampai bila-bila. Hakim ingatkan supaya aku taat dengan mak ayah aku. Aku patut bersyukur aku tak dibuang dekat tong sampah masa kecik-kecik. Mak ayah aku sediakan keperluan aku cukup untuk aku membesar. Walau apa pun taraf aku, diorang tetap mak ayah aku. Lepas angkat sumpah semua selesai. Settle kan borang dekat pejabat agama pulak.

Sejak mak aku bagitahu yang aku kena guna wali hakim, aku tak pernah ungkit benda tu dekat mak dan ayah. Dengan ayah lagi lah. Tak pernah pun aku tanya apa-apa. Dengan mak je aku tanya betul ke ayah tu ayah aku? Mak cakap ya. Aku rasa lega. Tak tahu la kenapa. Aku dari kecil rapat dengan ayah. Semua aku nak ayah bagi. Aku belajar tinggi-tinggi mak ayah hantar. Aku kahwin pun mak ayah settlekan. Mustahil untuk aku marah mak ayah. Dosa mereka antara mereka dan tuhan. Tak ada kaitan dengan aku.

Aku terima kenyataan yang menyatakan anak tak sah taraf ni tak boleh berbin/binti kan ayah kandung. Aku faham sebab susah kalau mak ayah tu meninggal awal. Nasib kalau ada orang bgtau. Kalau tak ada susah. Sebab wali untuk anak tak sah taraf hanya wali hakim.(untuk anak perempuan) Selain daripada tu tak boleh. Tapi….

Untuk hal aku, aku bersyukur aku dibinti kan kepada ayah sendiri. Aku dapat elakkan pandangan hina, caci maki, fitnah dan cemuhan orang. Yang kebiasaannya anak tak sah taraf dapat. Kalau tak dapat Alhamdulillah. Aku dapat belajar dengan tenang. Berkawan dengan ramai orang. Yakin dengan diri aku. Aku grad first class, kahwin dengan lelaki yang sangat baik. Aku sendiri tak pernah bayangkan semua ni. Peraturan Allah tu sangat cantik. Terbaik untuk semua manusia.

Hubungan aku dengan mak ayah sama je macam sebelum kahwin. Adik-adik aku pulak tak tahu pasal status aku. Diorang sangat hormat aku sebagai kakak sulung. Aku pulak sangat sayangkan diorg lebih dari nyawa aku sendiri. Biar la diorg tak tahu. Tak penting pun. Yang penting aku tahu status aku. Suami pun tahu. Orang lain tak perlu tahu. Lagi diorg tahu lagi banyak tanggapan negatif yang diorg buat. Terutamanya dekat mak ayah. So, kalau berbin/bintikan ayah sendiri boleh jugak elakkan orang lain buat dosa. Ye la kot.

Ni kes aku. Tak sama dengan orang lain. Jangan sesekali bandingkan. Aku bernasib baik mak ayah aku bela aku sampai besar. Dan mak ayah aku walaupun belajar tak tinggi, harta tak banyak tapi mampu berfikir secara rasional untuk bagitahu status aku sebelum aku kahwin.

Yang tak bernasib baik, status kita bukan disebabkan oleh salah kita. Kalau ada kesulitan selesaikan elok-elok terutama bab kahwin. Jangan ulang silap mak ayah kita. Allah tu lebih tahu dari kita. Jangan hukum diri sendiri. Kalau kita berusaha untuk betulkan benda yang salah Allah pun tak marah. Allah yang hadirkan kita dalam rahim mak kita. So, Dia lebih tahu. Hormat dan taat siapa yang jaga kita. Maafkan orang yang mengeji kita. SEBAB KITA TAK SALAH.

Untuk remaja, dewasa yang tak kahwin lagi, jangan sesekali cuba benda yang orang dah kahwin je boleh buat. Fikir panjang-panjang. Fikir maruah diri dan keluarga. Jangan fikir nafsu je. Terutamanya perempuan. Jual mahal sikit. Yang lelaki pun sama la. 

Untuk yang dah ada hasil hubungan tak sah taraf, bertaubat la sebenar-benar taubat. Sujud lama-lama, doa sungguh-sungguh sampai keluar air mata darah sekalipun supaya anak keturunan korang tak ikut jejak langkah korang. Bagitahu status anak sebaik saja mereka faham dan boleh berfikir. Untuk orang yang selalu kecam panggil anak haram, perangai macam anak haram dan lain-lain lagi kena ingat peribadi seseorang itu ditentukan oleh cara didikan bukan taraf. FYI, ramai je anak sah taraf perangai tak senonoh.

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit