Anak Hipokrit II

Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-hipokrit/). Salam semua. Aku post kali kedua nih sebab aku sekadar mahu clear kan persoalan2 yang pembaca semua ada.

1. Berkaitan dengan tanggungjawab dua lagi anak yang sudah berkahwen.

Disebabkan sudah berkahwen, maka mereka terikat dengan tanggungjawab untuk keluarga masing2. Bukan itu sahaja, mereka sekeluarga memang dari dahulu hingga kini mempunyai masalah kewangan, meminjam sana sini. Jadi, duit memang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keluarga ini berantakan. Even dengan aku pon mereka ada pinjam duit, dan masih ada lagi saki baki hutang yang belum dibayar.

2. Two sides of story.

Masalah duit ini bukan sahaja dialami sejak kebelakangana ini, memang dialami sejak dati dulu lagi. Aku ingat lagi sebab aku lebih tua dari dua orang anak yang belum kahwen. Walaupon si mak dan si ayah berhutang sana sini, tapi kebajikan anak2 memang terjaga. Tidak pernah diabaikan. Anak2 masih lagi dapat nikmati segala apa yang kanak2 lain rasai. Malahan, aku rasa zaman kanak2 mereka lebih mewah dan bergaya dari aku.

Oh, lupa pula. Semasa si anak2 masih lagi ditanggung oleh si mak dan si ayah, atok saudara mereka juga turut tinggal bersama2 dengan mereka. Dan ya, layanan buruk yang anak2 berikan kepada si mak dan si ayah adalah disebabkan oleh layanan buruk yang si mak dan si ayah berikan kepada atok saudara mereka. TAPI, suka untuk aku ingatkan disini, kebajikan atok saudara itu masih lagi terjaga walaupon mulot si mak dan si ayah pada ketika itu sangat berbisa.

3. Kenapa aku tak ambik dan jaga si mak dan si ayah?

Mereka masih lagi ada anak2 yang boleh jaga mereka. Aku rasa aku sudah jalankan tanggungjawab aku sebagai saudara jauh bila aku constantly lawat mereka, beli makanan keperluan atau apa2 saja yang mereka perlukan. On top of that, anak2 meminjam lagi duit dengan aku. Jadi aku berharap dengan pinjaman tersebut, anak2 tuh at least dapat jaga kebajikan si mak dan si ayah.

4. Kenapa aku tak tegur anak2?

Sudah acapkali aku sound secara face to face dan jugak sarcasm di media sosial. Bila aku sound secara face to faca, mereka akan diam, seolah2 tengah proses apa yang aku nasihatkan itu. Bila aku komen di status media sosial secara sarcasm, mereka delete teros status mereka itu.

* Aku bukanlah menyalahkan anak2 sahaja, tapi pada pandangan aku, sungguhpon perlakuan mak ayah mereka pada usia muda agak teruk, tapi setidak2nya welfare atau kebajikan mereka adik beradik masih lagi terjaga. Masih lagi elok. Jadi, atas dasar apa untuk mereka “membalas dendam”? Duit yang dipinjam dari aku pula dikatakan untuk keperluan mak dan ayah, namun beberapa minggu lepas, kereta si anak dah ditarik balik. Kereta tak akan ditarik balik kalau sekadar miss bayaran sebulan dua. Maksudnya memamg dah lama si anak tak bayar duit kereta. Jadi duit gaji buat apa? Ditambah pula pinjam duit dari aku, duit pinjaman itu pula buat apa?

* Aku pon macam pembaca2 lain jugak, berdoa dan berharap satu hari nanti kesemua anak2 dapat hidayah dari Allah, betapa pentingnya mak ayah buat mereka.

* Aku ada terbaca komen pembaca yang menyatakan harap cerita ini fake. Unfortunately my dear, this is not a fake story. Aku pon berharap aku cuma bermimpi. Kalau mereka bukan saudara jauh sekalipon, tapi oleh sebab si mak dan si ayah adalah orang tua, aku pon tak tergamak tengok mereka dilayan macam tu.

P/S : Aku masih lagi melawat si mak dan si ayah bila ada kelapangan waktu.

Sekian.

– Astria

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *