Asalamualaikum..terima kasih admin sebab siar post ni. Tengok tajuk pun dah tahu cerita ni ada banyak watak. Baik, aku mulakan. Nama aku Ziana( bukan nama sebenar) umur aku 23 tahun. Aku anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Aku ada seorang kakak dan seorang abang. Kakak aku dan abang aku dah kawin. Tinggal aku je yg belum kawin. So, aku ada seorang kakak ipar aku gelar kak long. Cerita dia bergini…
Kakak aku or senang aku panggil kak ngah la ye. Kak ngah aku kawin awal dari abg long aku. Lepas degree je terus kawin..dan beza aku dengan kak ngah aku 5tahun. Abg long dengan kak ngah beza 1tahun je. Kak ngah aku ada 2 orang anak. Sulung perempuan umur 4tahun lebih nama Damia. Anak no 2 lelaki umur 1 tahun lebih nama Danish. Abg aku baru kawin 2tahun lepas dan ada sorang anak perempuan baru umur 7bulan nama Qalisha. Kak long aku umur lagi muda dari kak ngah aku. Muda 3tahun dari kak ngah.
Kak ngah aku duduk dengan mak aku sebab kak ngah dan abg ngah kerja dekat kampung kami. Kerja gorverment.Abg long dan kak long pulak kerja dekat ibu kota. Abg aku staf dekat universiti awam di ibu kota. Staf ok, bukan lecture. Dia kenal kak long aku pun sebab kak long aku belajar di tempat abg long aku kerja. Aku pulak masih student dekat sebuat universiti awam yg lain di ibu kota juga.
Aku tak dapat asrama since aku tahun 2 lagi dekat universiti. Time tu kak long aku baru dapat kerja. So, kitaorang sewa rumah sekali which is rumah yg kak long dan abang long aku duduk sekarang. Diaorang baru beli rumah dan plan nak pindah bulan march ni. Aku, kak ngah dan kak long memang rapat. Kak long aku ni peramah dan senang bergaul. Dari sebelum kawin lagi kitaorang dah macam adik beradik. Kitaorang suka share cerita,mahupun barang2 macam baju,tudung, dan barang2 kecantikan.
Anak kak ngah aku yg sulung, Damia ni macam nakal dan sangat aktif. Kalau aku cakap sangat tu maknanya memang sangat aktif. Bayangkan, pergi raya rumah orang, tak sah kalau xpecahkan sesuatu. Pinggan la, cawan la. TV rumah dan pasu rumah orang pun dia pernah pecahkan. Bertapa aktifnya Damia ni.
Kalau kat rumah, tak boleh nak cakap apa. Lagi macam2 hal dia buat. Kalau aku balik cuti sem tu, macam2 perkara aku nampak dia buat. Jenuh aku layan. Krim aku, lipstik aku, habis dia main.
Pernah sekali tu aku nampak dia ambik plastik sampah, bungkus kepala adik dia. Kak ngah aku time tu tengah basuh pinggan dekat dapur. Aku pun berlari la nak selamatkan adik dia. Aku tanya kenapa dia buat adik dia macam tu? Dia kata dia nak buang adik dia. Ya Allah. Nasib baik aku perasan beb. Kalau tak, tak tahu la apa jadi. Tu belum kes dia sepit tangan dan kaki adik dia dengan penyepit baju. Banyak benda la yang dia buat.
Tapi Damia ni sangat suka dekat kak long aku. Kalau kak long aku balik, asyik mengekor je mane kak long aku pergi. Aku yg tengok rasa rimas. Sampai nak pergi bilik air pun dia nak ikot. Kalau ikot je xkisah. Ni macam2 hal dia buat. Ada skali tu, abg long aku pergi masjid dengan abah. Tinggal la kak long aku. Masa tu kak long aku tengah mengandung 4bulan kot. Aku dari dapur nak ke bilik aku. Bilik aku sebelah bilik kak long. Aku nampk pintu terbuka. Aku tengok, kak long aku tengah sujud, Damia duduk kat tengkuk dia. Tak tahu la dah berapa lama Damia duduk kat situ. Kesian la aku tengok. Aku cepat2 ambik Damia.
Tu belum kes kak long aku pergi mandi dalam bilik air. Dia ketok pintu macam nak pecah suruh kak long aku cepat padahal dia baru je masuk bilik air. Serabutnya la aku dengar bunyi bising. Kak ngah aku pun macam xboleh nak buat apa. Dia xlayan orang pujuk or cakap macam mana pun kalau dia nak banda tu. Kalau pergi mall, berguling atas lantai kalau dia mintak sesuatu tapi xdapat. Kalau pergi kedai makan tu, tak boleh duduk diam. Masuk bawah meja la. Mak aku sampai suruh kak ngah aku hantar Damia pergi taska sebab mak aku xlarat nak jaga 2 orang. Kalau Damia ada, mak aku xboleh nak masak sebab dia akan buat macam2 kat adik dia. Malam pulak, susah gila la nak tidur. Pukul 2 pagi aktif lagi.
Lepas kak long aku bersalin hari tu,lepas habis pantang dia duduk rumah mak 1minggu. Yela, nk bagi mak main dengan cucu baru. Abg long aku balik ibu kota la sebab kerja. Ada sekali tu, lepas menyusukan dan tidurkan Qalisha, kak long aku pun pergi la mandi. Aku tengah cuti sem time tu. Aku pun pelik apasal la Damia ni senyap je. Selalu kalau kak long aku mandi, dia akan ketuk pintu bilik air tu sampai la kak long aku keluar. Tapi senyap pulak. Aku pun jengah la bilik kak long aku. Ya Allah, si Damia susun bantal atas Qalisha. Dalam 4biji bantal. Tinggi juga la. Dia tengah panjat nak duduk dekat bantal yang atas sekali dan bantal tu menutup muka Qalisha. Mengucap panjang aku. Sejak dari tu, aku dan mak suruh kak long kunci pintu bilik setiap kali ada kat dalam or nak pergi mandi. Macam2 hal jadi nanti.
Mak aku selalu macam tegur Damia bila dia nakal. Tapi kak ngah aku pulak sensitif sikit pasal anak dia. Bila anak dia kena marah je, dia kecik ati. Dia terasa bila orang marah anak dia. Sumpah, aku sayang kat Damia. Anak buah yg first kot. Semua orang sayang Damia. Mak, kalau dengar Damia jatuh or demam, punya la risau. Cuma tak boleh nak tahan dengan “kenakalan” dia tu.
Kak long aku ni macam lurus bendul sikit. Bukan bodoh tu ye. Cuma dia “blur” je. Kalau orang xcakap direct or tak bgtaw dia secara terus terang, dia tak paham dan dia sangat la percaya kat abg aku tu. Sebelum kawin. Abg long aku kawan dengan kak long dalam 2 tahun sebab kak long time tu berlajar lagi kan. Masa mula2 kenal, abg long aku cakap yg dia sepupu dengan Zul Ariffin. Kak long percaya gila padahal tu la orang selalu bohong. 2tahun dia percaya beb. Dia dapat tahu abg long aku tipu time lepas majlis dekat rumah kitaorang. Malam tu kitaorang buka hadiah dan tengok gambar yang ambik dari handphone. Ada la gambar dengan big family. Semua mak cik pak cik aku datang. Tiba2 kak long tanya, “mana satu mak ayah Zul Ariffin?” Kitaorang terdiam. Pelik ape soalan tu kan. Abg aku dah gelak sorang2. Then baru la tahu yang abg long aku tipu. Punya la lurus kak long ni.
Kalau aku dan kak long balik kampung, biasa malam2 lepas anak2 mereka tidur, kami bertiga akan duduk melepak dekat bilik aku. Macam2 la kami borakkan. Kadang2 tak perasan dah nak masuk subuh. Memang kami rapat la walaupun kak long tu kakak ipar. Lagipun aku dah dekat 3 tahun duduk sekali dengan kak long. So, memang rapat.
Ada satu hari tu, aku terbaca artikal tentang tanda2 anak hyperactive. Dan ciri2 tu ada dekat Damia. Aku tunjuk kat kak long. Kak long baca dan terus cakap yg nak suruh kak ngah buat check up dekat Damia. Kalau betul, pergi rawatan susulan. Bukan apa, kesian dekat Damia. Kalau dari sekarang tak kawal, takut makin teruk jadi dan paling takot dia cederakan diri dia sendiri. Bila dah besar nanti lagi susah sebab budak hyper ni kena perhatian lebih.
Seminggu lepas tu kami pun balik kampung. Macam biasa la lepas anak mereka tidur, masing2 datang bilik aku melepak. Tengah syok2 berbual, tiba2 kak long suruh kak ngah pergi buat checkup untuk Damia. Aku tengok muka kak ngah dah lain. Kak long pulak lurus sgt sampai cakap direct ke xde cover2. Aku pulak dah rasa tak sedap. Esok pagi nya kak ngah datang bilik aku dan bagitahu dia kecik ati dengan kak long. Kak ngah aku tu kan kalau orang marah anak dia pun dia kecik hati, ini pula cakap ada dia ada masalah hyperavtive. Aku pun pujuk la kak ngah ni. Aku pun tahu niat kak long tu baik. Kalau confirm hyperactive, boleh buat treatment. Kalau negative, alhamdulillah. Tapi kak ngah terasa. Sampaikan setiap kali kak long balik, dia akan marah kalau Damia pergi dekat kak long. Kak long aku pulak xde perasaan. Dia tak tahu pun yg kak ngah kecik hati. Kak long ni kalau xde org bagitahu,selagi tu dia tak tahu.
Yang jadi mangsanya aku tersepit dekat tengah. Kak ngah asyik cakap yg kak long asyik tanya sudah pergi check up ke belum. Lagi la sakit hati kak ngah aku tu. Aku nak tanya pendapat korang, macam mana la nak betol kan balik keadaan ni? Stress aku. Dan ada tak sesiapa yang anak dia hyperactive ni? Agak2 Damia ada tak ciri tu?
– Ziana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit