Anak Istimewa

Hai semua, nama aku Anne dan aku nak cerita mengenai anak murid aku yang istimewa. Namanya Hadif. Aku mengajar darjah 1. Semasa jumpa dengan Hadif, terus aku tahu Hadif ini murid istimewa. Semua cikgu tahu dan semua murid tahu.

Sebab ciri-cirinya begitu ketara walaupun fizikal normal. Semasa pertama kali jumpa dan perkenalkan diri, Hadif menyampuk cakap aku. Tetapi menyampuk tidak kena dengan apa yang aku cakapkan. Contoh,

“Nama cikgu, Cikgu Anne, Cikgu ajar matematik.” Kemudian Hadif menyampuk.

“Nenek saya bela kucing.” Begitulah Hadif. Ada masalah pertuturan di mana dia akan bercakap.

1) Dalam satu ayat semua perkataan tidak relevan antara satu sama lain. Contoh, Nasi kucing sekolah datang.

2) Membalas dengan ayat yang tiada kaitan. Comtoh:

“Hadif pergi Kuala Lumpur” Cerita Hadif.

“Hadif pergi dengan siapa?” Balas aku.

“Hadif suka nasi ayam.” Jawab Hadif. Bila aku tanya soalan yang sama. Dia bagi jawapan yang tiada kaitan dengan soalan juga.

Hadif aku syak dia ADHD sebab satu ciri yang paling ketara dia memang tidak boleh duduk diam di tempat. Duduk paling lama lima minit. Selepas itu dia akan pergi ke belakang dan bermain sendiri.

Bila kita panggil untuk dia buat kerja sekolah, paling lama bertahan 10 minit sahaja, kemudian dia akan pergi bermain sendiri. Dia tidak kacau sesiapa. Dia macam di dalam dunia dia sendiri.

Rakan sekelas Hadif pandang pelik dekat Hadif. Bila masuk kelas, ada sahaja gelagat Hadif yang mereka cerita dekat aku. Aku terang berkali-kali tanpa jemu.

Yang Hadif budak istimewa. Ada orang cacat sebab hilang anggota badan. Ada orang juga tidak sempurna pada akalnya. Aku juga cerita besar pahala bantu orang kurang upaya. Aku cakap jangan ejek. Mungkin hari ini awak sempurna fizikal dan akal.

Tetapi esoknya Allah tarik awak akan jadi cacat. Mungkin awak akan jadi cacat fizikal dan mental. Aku tunjuk post facebook di mana ada orang sihat bila kemalangan perangai jadi macam budak kecil. Benda ini aku selalu ulang siar tanpa jemu.

Alhamdulillah ada anak murid aku yang baik hati sentiasa menjaga Hadif. Kalau dia pergi keluar kelas berjalan-jalan, Shafiq sentiasa tarik Hadif masuk ke dalam kelas. Ada juga rakan-rakan Hadif teman dia semasa makan di kantin.

Aku panggil ibu dia dan terang mengenai Hadif. Ibunya perasan juga tetapi dia ingat anaknya hanya lewat perkembangan.

Menitis air mata dia depan aku apabila aku beritahu kemungkinan Hadif ada ADHD. Bila aku cerita ciri-ciri ADHD, barulah dia perasan yang anaknya ada simptom tersebut.

Aku beritahu nanti bulan 6 ada program Outreach, dan aku minta kebenaran untuk bawa Hadif pergi diagnosis lebih tepat lagi. Maklumlah aku bukan doktor, biarlah doktor sendiri yang mengesahkan. Ibunya bersetuju.

Masuk sahaja bulan 3, perangai Hadif berubah. Budak sekelas ramai yang mengadu. Bukan setakat budak sekelas sahaja, aku ajar budak darjah 2 dan 3.

Budak darjah 2 dan 3 pun mengadu tentang Hadif juga. Antara aduan yang diberitahu, Hadif memanggil mereka dengan perkataan bodoh, banggang gila babi dan juga perkataan lucah.

Kedua, Hadif suka memeluk dan mecium mereka. Tidak kiralah perempuan dan lelaki. Ada juga yang kena raba. Ketiga, dia selalu sahaja sebut dekat aku,

“Hadif gila”

“Hadif bodoh”

Dia sebut dengan bersahaja. Muka macam tak tahu apa-apa. Aku sedih. Dia selalu ulang-ulang ayat di atas tetapi tak tahu makna. Bila aku tanya siapa yang ajar. Dia jawab balas dengan jawapan lain. Yang tiada kaitan dengan soalan.

Kemuncak ialah, dia turunkan seluar dia dan tunjukkan anu dia dekat semua orang. Banyak kali. Tidak kira guru ada dalam kelas atau tiada.

Kami siasat. Kenapa Hadif berubah. Setelah soal siasat dengan murid-murid lain. Rupanya Hadif diajar dengan perangai macam itu oleh murid lain. Sekolah agama menumpang sekolah aku pada waktu petang.

Jadi budak itu mengajar Hadif macam-macam pada waktu belajar sekolah agama.

Aku panggil budak itu. Budak itu darjah 3. Namanya Danial. Bila aku soal dia tidak mengaku. Jadi aku serahkan kepada cikgu lelaki. Nama dia cikgu Zaki. Cikgu Zaki walaupun bukan kaunselor tetapi pandai psiko budak.

Danial mengaku. Puncanya dia tertekan. Danial ini adik beradiknya ramai. 7 orang. Kebanyakkan adik beradiknya pandai, berkelakuan baik dan juga pengawas kecuali dia.

Pernah ibunya dulu semasa perjumpaan ibu bapa bercerita yang dia dan suaminya pening dengan perangai Danial.

Sebab nakal dan kurang pandai. Adiknya Diyana baru sahaja dilantik menjadi pengawas sekolah. Dia sangat tertekan dengan perkara tersebut. Dia ingin menjadi pengawas seperti kakak dan abangnya tetapi tidak dilantik.

Setelah mengetahui perkara tersebut, Cikgu Zaki nasihat dan berjanji sekiranya dia berubah jadi budak baik, Cikgu Zaki akan lantik dia jadi pengawas. Cikgu Zaki guru disiplin.

Danial nampaknya terkesan dan cuba tunaikan permintaan Cikgu Zaki seperti siapkan kerja sekolah, tidak melawan cakap cikgu dan lain-lain lagi. Namun tak sempat kami tengok perubahan lagi lanjut, Danial dan keluarganya telah berpindah ke negeri lain.

Berbalik kepada Hadif, sukarnya hendak ubah perangai-perangai negatif yang telah diajar kepada dia. Tetapi kami guru dan juga ibu-bapa dia sentiasa ulang tanpa jemu.

Walaupun nampak seperti dia tidak faham apa yang kita cakap, perangai-perangai pelik dia semakin berkurang. Alhamdulillah.

Ibu Hadif Whatsaap dekat aku. Dia kata anaknya kena buli. Ada lebam-lebam di badannya. Disebabkan Hadif ada masalah pertuturan jadi kes buli susah hendak disiasat.

Tanya rakan sekelas Hadif pun tidak tahu. Kasut Hadif sentiasa hilang. Kata ibunya, sudah tiga kali hilang dan anaknya balik dengan kaki ayam. Sebelum ini kasut Hadif memang tidak pernah hilang atau tertukar sebab kasutnya ada tanda.

Kawannya pun memang maklum dengan kasut Hadif. Ada sekali kasut Hadif hilang. Masa itu masa aku mengajar. Waktu terakhir. Jadi aku dan shafik pergi mecari kasut Hadif. Rupanya dibuang di dalam tong sampah dekat surau. Jauh kelas dengan surau.

Kami guru semua sepakat. Siapa masa terakhir akan pegang kasut Hadif. Maksudnya kasut Hadif tak letak dalam rak kasut lagi tetapi cikgu yang pegang. Setel pasal kasut sekolah.

Pernah sekali aku ternampak Hadif dibuli. Masa itu Hadif berjalan. Ada sekumpulan murid senteng kaki dia. Tergolek Hadif jatuh masuk ke dalam longkang. Sedih aku tengok. Menangis air mata aku.

Kemudian aku pergi ke arah Hadif. Sekumpulan murid tersbut berlakon. Berpura-pura tolong Hadif. Bila aku tanya Hadif, Hadif tidak menjawab soalan. Dia bagi jawapan yang tiada kaitan dengan soalan.

Aku panggil sekumpulan murid tersebut. Aku marah dan cakap yang aku nampak perbuatan mereka. Aku ugut. Sekiranya buat sekali lagi, aku akan panggil ibu bapa mereka. Selepas itu aku serah dekat Cikgu Zaki. Biar Cikgu Zaki sekolahkan mereka pula.

Bayanglah itu kes yang aku dan cikgu nampak. Kes buli lain terhadap Hadif yang tidak nampak ? Pasti senyap kerana Hadif tidak pandai bertutur. Kalau ada murid lain yang mengadu Hadif kena buli, barulah kami boleh mengambil tindakan.

Hadif sekarang jarang datang ke sekolah. Bila ditanya ibunya, kata ibunya dia tertekan dengan apa yang berlaku sekarang. Seperti aku cerita di atas, perangai negatif dia seperti meraba, pukul orang dengan tanpa sebab dan lain-lain lagi masih ada.

Kurang daripada dulu. Tetapi masih ada. Terbaru, ada seorang ibu kecoh di whatsaap grup sekolah yang anaknya kena toreh dengan pensil di lengan oleh Hadif.

Sikit sahaja calar tetapi diperbesarkan. Tak cukup kecoh di grup sekolah. Mak budak tersebut tidak puas hati, dijaja pula di grup kerja.

Kebanyakkan ibu-bapa murid aku bekerja di sebuah kilang yang sama. Bila dijaja di tempat kerja, ibu-bapa yang lain turut menambah cerita. Akibatnya ibu Hadif tertekan dengan aduan dan cerita oleh rakan sekerjanya.

Ibunya mengambil keputusan untuk tidak sekolahkan anaknya buat sementara waktu. Semasa ibunya bercerita ibunya menangis di hadapan aku. Berat sungguh dugaan ibu yang mempunyai anak isitimewa. Pelbagai dugaan dan tohmahan yang dihadapi.

Aku berharap cerita aku ini dapat mengubah persepsi orang terhadap anak isitimewa. Sekiranya kita tidak dapat menolong janganlah kita mencemuh.

– ANNE (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *