Anak Itu Bukannya Pelaburan

Assalamualaikum, nama aku J, dan kisah ni adalah tentang family aku, hanya sekadar luahan. Aku membesar dalam keluarga sederhana, tak susah dan tak senang.

Aku ada sorang kakak dan adik2.. Sejak kecik kami sentiasa ditekankan supaya berjaya dalam akademik untuk dapat biasiswa luar negara, boleh dapat kerja bagus dan dapat gaji besar.

Walaupun keluarga kami sederhana, tapi ayah aku sentiasa pastikan kami dapat education yang terbaik melalui kelas-kelas tusyen swasta yang mahal, dan buku-buku ulangkaji yang lebih dari cukup. Walaupun makan pakai kami biasa-biasa, tapi bab pendidikan memang terbaik.

Sejak kecik, kakak aku merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Memang setiap exam akan ada di kelompok top 3 dan sudah pasti, semua peperiksaan besar juga straight A. Boleh dikatakan kakak aku gifted sebab bukan saja cemerlang akademik, tapi aktif berpersatuan.

Walaupun masa banyak diluangkan untuk aktiviti2 lain, dia tak pernah lalai akademik. Pendek kata, memang jadi kebanggaan mak ayah la bila setiap kali anugerah cemerlang hujung tahun, hampir semua anugerah disapu dia.

Aku pula pendiam, keputusan biasa2 cukup2 makan saja setiap kali exam, walaupun aku rasa aku dah pulun selalu.

Tapi alhamdulillah rezeki aku, peperiksaan besar UPSR PMR SPM aku dapat straight A, selepas ditekan oleh mak ayah supaya berjaya seperti kakak aku. Perit, tapi aku push diri untuk cuba yang terbaik.

Walaupun aku berjaya cemerlang dalam SPM, tapi hakikatnya aku mula kemurungan masa tingkatan 4 bila aku nak keluar dari asrama.

Sampai satu tahap aku tak boleh teruskan belajar di asrama, tapi ayah aku tak benarkan.

Dia rasa malu nak bersemuka dengan saudara mara kalau diorang tahu aku keluar dari sekolah asrama elit. Tak dinafikan mak ayah aku memang suka berbangga dengan saudara mara dan kawan bila anak dapat result hebat, tawaran belajar hebat.

Bila aku tak mampu nak teruskan, ayah aku marah, taknak bercakap dengan aku dan memang rasa macam tak layak jadi anak dia. Sebab aku takut, aku paksa diri aku teruskan sampai habis.

Lepas keputusan SPM, aku ditawarkan untuk ke luar negara, tapi bukan seperti pilihan aku. Dalam hati aku masa tu, aku nak tolak tawaran tu, terima tawaran yang dalam negara saja sebab aku tahu itu bukan yang aku nak.

Tapi mak ayah aku lebih nakkan aku pergi ke luar negara tu. Yela mak ayah mana tak bangga bila dapat canang anak belajar luar negara, dahla duit tak keluar sesen. Akibatnya, memang perit kursus persediaan ke luar negara aku.

Memang bukan kemampuan aku dan sampai tahap bila aku suarakan nak berhenti dan sambung belajar dalam negara, cycle sama berulang dengan ayah dan aku teruskan jugak sampai dapat fly. Tapi aku tak sedar bila aku paksa diri aku, perlahan-lahan makin teruk aku murung.

Bila aku belajar di luar negara paling teruk keadaan aku, bila aku tak mampu survive dengan pendidikan yang terlalu advance untuk level aku yang tak berapa nak pandai ni. Awal-awal boleh lagi, tapi makin lama dan makin advanced, memang aku tak boleh dan cycle lama berulang.

Aku murung teruk, tak boleh nak belajar, makan minum terabai, rasa hidup kosong.

Cuma kalini, sebab parents aku takda di luar negara, aku usaha sendiri untuk jumpa kaunselor cerita semuanya dan dia orang pertama yang refer aku ke pakar psikiatri, dan masa tu baru aku kenal depresi/kemurungan.

Selama ni hanya faham psikiatri sebagai gila atau tak waras. Bila aku bincang dengan pihak penaja dan mak ayah, aku direhatkan setahun daripada teruskan pengajian, dan dalam tempoh setahun tu ulang-aling ke pakar, ambik ubat dan jalani hidup sihat.

Mak ayah aku tak berapa kisah asalkan aku habiskan belajar. Lepas jalani rawatan, aku balik ke tempat belajar dan habiskan pengajian dengan izin Allah berbekalkan ubat-ubatan dari Malaysia.

Aku sangat berterima kasih dekat lecturer2 yang faham situasi aku dan mudahkan urusan aku.

Fast forward, lepas aku habis belajar, Allah takdirkan aku bertemu pasangan hidup, dan kami terus berkahwin. Sebelum kahwin aku dah ceritakan semuanya tentang kemurungan aku, dan dia terima seadanya.

Lepas aku kahwin, aku decide untuk berhenti kerja makan gaji dan bekerja sendiri sebab ada tanda-tanda awal murung.

Macam biasa, ayah aku bantah keras pada awalnya tapi aku tetap dengan pendirian sebab aku taknak sampai tahap terpaksa susahkan pasangan untuk hadap murung aku.

Lepas aku tak dengar cakap ayah, aku kurangkan ke rumah parents, supaya takda rasa terguris apa-apa, lagipun aku dah kahwin, duduk sendiri. Tapi bila keadaan dah cool down, aku ziarah je parents. Rezeki aku, aku dapat mertua yang sangat faham diri aku.

Diorang tak kisah aku kerja biasa-biasa je, sebab diorang tahu aku sentiasa cuba yang terbaik untuk bahagiakan anak diorang. Selalu juga kami melancong sama-sama, memang aku yang paling excited bila nak balik rumah mertua atau melancong dengan diorang.

Kami memang rapat sampaikan bila aku jatuh murung teruk, diorang sanggup datang dari jauh untuk bantu pulihkan semangat.

Aku dan parents aku sekarang? Kami ok saja, walaupun tak rapat. Aku masih balik rumah parents aku walaupun tak selalu, aku dengar je apa diorang nak bercerita, bawa diorang keluar makan. Macam tu jela hubungan kami, sampaikan rasa macam kawan je pun ada.

Kadang-kadang aku ada rasa bersalah bila banyak luangkan masa dengan family mertua buat macam-macam aktiviti, nak buat macam mana memang kami tak rapat dan ayah aku bukan jenis kaki berjalan sangat.

Tapi aku sentiasa ingatkan diri untuk ziarah diorang sekurang-kurangnya sebulan sekali, walapun banyak kali juga aku tersinggung dekat kata-kata diorang tentang kekurangan achievement hidup aku.

Tiap kali bermalam rumah parents aku, memang aku tetapkan limit 2 hari 1 malam sahaja kecuali ada kecemasan apa-apa, sebab aku tahu, bila dah dekat dan duduk lama-lama, ada saja benda busuk di mata. Demi nak jaga silaturrahim, aku sendiri hadkan.

Hidup aku sekarang? Alhamdulillah sangat bahagia dan rezeki lebih dari cukup, walaupun takda pangkat tinggi yang boleh dibanggakan.

Mesti ada yang terfikir, ruginya biasiswa aku bila balik Malaysia tak menyumbang untuk negara? Aku akui benda tu dan aku minta maaf tidak mampu menyumbang banyak sekarang tapi aku lebih faham kemampuan diri sendiri.

Untuk capai apa yang mak ayah aku nak, aku dah korbankan kesihatan mental aku, dan kesannya sampai sekarang. Bak kata doktor aku, “once your are heavily depressed, you never cure, you just have to live with it”, dan begitulah aku sekarang.

Siapa yang pernah hadapi depression teruk saja faham rasanya. Sekarang mungkin aku tak mampu nak sumbang banyak sebagai penerima biasiswa, tapi aku sentiasa cuba untuk tingkatkan usaha aku selaras dengan kemampuan diri.

Doakan moga perniagaan kecil aku dapat berkembang lebih besar :)

Kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai harapan tinggi terhadap anak, tak salah untuk ada harapan, tapi jangan lupa untuk faham kemampuan anak, dengar luahan mereka dan redha jika mereka tak mampu.

Jika mereka tak mampu, sayangilah mereka dengan sepenuh hati supaya mereka akan ada kekuatan bangkit semula untuk cari apa yang terbaik buat mereka.

Kesihatan mental anak-anak lebih penting daripada pelaburan kita ke atas mereka. Never force your children to become somebody you can’t become.

– J (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *