Anak Itu Cerminan Kita

Assalamualaikum. Selama bertahun-tahun saya hidup, saya asyik menyalahkan diri sendiri kerana jadi anak yang tak baik..

Saya ada seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Typical family yang anak lelaki tak payah buat kerja rumah… dari kecik, yang lelaki ni main je kerja nya.

Dah besar pun, mak saya masih pergi masuk bilik, kutip baju kotor anak-anak bujang.. Kadang-kadang ada la mak minta tolong abang dan adik lelaki untuk buat benda yang pakai kudrat mungkin dua-tiga kali setahun seperti alihkan perabot.

Kerja-kerja seharian seperti basuh baju, lipat kain, basuh pinggan, sapu rumah, buang sampah, mop lantai… semua di bahu anak-anak perempuan. Kecuali memasak.

Ye memasak kerja mak saya ,tetapi yang sediakan bahan, anak-anak perempuan. Waktu kecil saya suka tolong mak.. tapi mak tak pernah appreciate apa saya buat.

Bila saya basuh pinggan, dia komen tak bersih, saya sapu rumah, tak bersih..bila sidai baju, angkat baju kat ampaian semua kena ikut timing dan standard mak.

Kelemahan saya… saya tak pandai menolak kerja macam kakak saya. Kakak saya duduk asrama, bila time cuti mak cakap, kesian kakak penat belajar… yang jadi buat kerja hanya saya dan adik perempuan. Bab basuh pinggan paling saya geram… saya dah cuci dan kemas dapur bersih-bersih.

Datang seorang, minum air, cawan seketoi pun tak reti nak basuh… datang seorang, makan nasi, seketoi pinggan pun tak reti nak basuh….

Last-last, memang akan berlonggok dalam singki… saya tak suka buat kerja yang sama banyak kali. Jadi saya akan tunggu lepas maghrib, saya akan basuh semua lumpsum…

Yang pelik satu rumah tu ada 7 orang.. yang basuh pinggan mangkuk saya seorang. Kalau mak tu, saya faham la mak penat.. yang lain tu bukan cacat pun.

Perangai mereka ni bawa sampai ke besar. Dah kawin, ada anak masing-masing pun masih sama. Baik lelaki, mahupun perempuan.

Jangkit pula ke menantu.. dah la balik sekali setahun, pinggan yang sendiri makan, yang anak sendiri makan pun, tak reti nak basuh.

Masa saya dalam umur 17-18 tahun, saya tahap memberontak dah. Kalau mak saya tak pressure dengan komen-komen yang tak menyakitkan hati, saya tak kisah pun…

Saya gembira nak tolong. Tapi hati jadi sakit, bila kerja-kerja yang saya buat kena komen, siap pakej bandingkan dengan anak orang lain, perli-perli, semuanya mak nak lepaskan kat saya… bukan kat anak-anak dan menantu-menantu yang lain.

Hilang rasa ikhlas membantu… masa tu, untuk kekalkan saya rasional, saya cakap kat diri sendiri, saya tolong buat ke, tak tolong buat ke, sama je… yang buruk dan salahnya tetap diri saya.

Banyak-banyak confession yang mak tak suka anak dia, macam tu lah saya.. mak tetap tak suka saya atas sebab saya ni ada persamaan DOB dengan orang yang mak tak suka waktu muda dulu.

Saya ibarat punching bag mak. Jadi saya ambil keputusan, saya buat kerja rumah apa yang saya mampu sahaja, saya takkan penuhi semua keinginan mak… sebab apa?

Anak-anak yang lain tak buat pun, jauh panggang dari api… tapi yang terima kecaman, sindiran, hanya saya seorang. Saya belajar keraskan hati, pekakkan telinga. Sumpah seranah, caci maki, saya dah biasa hadap.

Dalam diri, rasa bersalah… kerana naluri saya sentiasa nak buat yang terbaik untuk mak. Asuhan mak, akhirnya berbalik pada diri mak, kerana anak-anak lain, dari menantu, sampai ke cucu tak boleh membantu kerja-kerja rumah..

Semuanya tahu berjalan-jalan, menghabiskan masa di luar rumah… tapi dapur mak, tetap penuh dengan pinggan cawan merata-rata, lantai tak bersapu, sampah tak terbuang. Anak saya dari umur setahun, saya dah ajar, lepas minum letak kat sink.

Bila umur 3 tahun, saya dah ajar kemas balik lepas main, lap balik lepas buat tumpah, simpan balik barang lepas ambil.. bila umur 6 tahun, saya dah ajar, basuh sendiri lepas makan, sapu bilik dan sampah lepas buat sampah..

Anak-anak saya ada 3 orang sekarang, yang sulung darjah 3, yang bongsu 4 tahun.. saya tak perlu upah maid.. Suami juga banyak tolong. Saya basuh baju, dia sidaikan. Saya dah bungkus sampah, dia buangkan.

Saya masak, dia basuh pinggan.. kerja saya jadi mudah. Saya sediakan tangga untuk anak saya kat sink, kat tempat cuckoo, kat almari. Supaya boleh capai dan buat sendiri. Masing-masing dah tau, kalau buat tumpah… lap balik. Saya entertain sampai umur 4 tahun.

Lepas 4 tahun, dia boleh berfikir, saya biar dia buat sendiri… bila dia dahaga, dia ambil sendiri air. Begitu juga makanan, saya letak di tempat yang mudah dicapai. Bila dia lapar, dia ambil sendiri… kecuali masa time makan sama-sama, saya akan sediakan.

Malam-malam, suami atau saya akan sediakan botol air dekat bilik anak, supaya mereka boleh minum bila dahaga. Saya sediakan tangga, supaya mereka boleh buka lampu, bila nak ke bilik air malam-malam.

I really loves my kids… sebab tu saya buat macam ni. Supaya mereka boleh take care themselves.. andai kata saya takde suatu hari nanti.

Supaya rumah tak jadi tong sampah. Mereka manja dengan saya, bukan manja yang mengada-ngada…bukannya saya strict sangat pun dengan anak.. tapi untuk urusan hidup seharian, saya nak mereka boleh berdiri di kaki sendiri.

Mungkin ada yang cakap.. they all too small to do things themselves.

Orang jepun, di taska bila berumur 3 tahun, anak-anak dilatih bawa barang sendiri bermula dr pintu pagar sekolah sampai masuk kelas, diajar kemas barang dalam beg sendiri, bawa barang seperti cawan dan berus gigi dari dalam beg ke tempat masing-masing yang disediakan.

Cikgu jepun akan tegur parent yang cuba bantu anak, let kids do their things. Cikgu jepun beri keyakinan kat parent, yang anak-anak mereka boleh buat sendiri. Anak-anak dilatih bertanggungjawab dengan barang-barang sendiri.

Orang kita sampai anak darjah tiga pun, masih lagi parent yang bawakkan beg sekolah anak… umur 6 tahun, masih berdukung ke kelas. Dah sekolah darjah 1, tak tahu mana pensel warna, mana kasut sendiri, mana seluar baju sendiri..

Saya tertanya, anak saudara saya which is anak kakak saya, yang lelaki darjah 6 pun masih lagi minta orang lain untuk beri air minum…

Bukannya tak boleh ambil cawan dan bubuh air sendiri. Bukannya kena jerang air kat atas api dapur.. bukannya takde water dispenser.. ye lah rumah mak saya takde cuckcoo..

Yang anak saudara perempuan darjah 2 pun sama. Kalau umur 3-4 tahun tu saya faham la nak orang lain tolong ambilkan air minum…

Sekarang mak saya, di usia 60 tahun lebih.. masih lagi mengharap saya untuk membantu kerja rumah bila saya balik kampung. Ibaratnya ada dekat 20 orang kat rumah, tapi tak berfungsi.

Sekarang mak saya tak perli, kutuk, marah saya dah.. bila mak saya tengok suami saya basuh sendiri pinggan lepas makan.

Kadang-kadang saya minta juga suami saya tinggal kat saya pinggan tu lepas makan… kerana adat ni masih lagi dibuat di kampung saya. Kalau mak mertua tengok ni, pasti dapat jelingan maut…

Tapi di rumah mak saya, suami saya kadang-kadang cakap takpelah, sehelai je pun pinggan tu, biar dia basuh. Biar saya tolong kemas yang berlonggok-longgok kat dapur tu.. huhuhuu.. adik lelaki saya belum kahwin.

Semenjak dua menjak ni, dia rajin basuh pinggan di dapur. Di umur dia 33 tahun, dia cakap takpelah biar dia uruskan pinggan mangkuk tu semuanya… dia minta saya rehat. Ah, taktau saya rasa lega ke bangga dengan adik lelaki saya ni. Well done bro.. ko dah layak kahwin. Hahaha..

Dia dah sedar yang abang ipar dia tak patah tangan dan jatuh maruah pun bila basuh pinggan… kerana layanan saya dan hormat saya pada suami tak pernah kurang, malah erat.

Mungkin dia sedar, bila balik kampung, saya kemas barang dan angkat beg sama-sama dengan suami,dan kami susun beg dalam kereta sama-sama. Sedangkan kakak saya, kemas beg dan susun beg sendiri… suami dia baring main game dan tunggu angkat kunci sahaja.

Saya tahu mak saya dah sedar dan bercakap pasal saya kat adik-adik..tapi biasalah ego orang tua, takkan nak sebut depan-depan. Cukup dengan mak saya tak perli, hina, kutuk saya dah.. itu pun saya dah lega dan happy.

Anak-anak ni jiwanya murni, mereka nak jadi anak baik.. berusaha jadi baik. Tak salah puji anak sekali sekala.

Hargai bantuan mereka… sekurang-kurangnya bantuan mereka yang taknak menyusahkan kita, walaupun kecil. Setiap mereka unik dan tersendiri, jangan pukul rata perangai anak.. jangan benci mereka.

Kerana walaupun niat mendidik, bahasa yang mereka dapat dan faham hanya kebencian… tak salah berkata-kata baik dengan anak. Jika satu kesalahan anak yang kita benci, satu kesalahan itu ada pada diri kita sendiri..kerana kita cerminan anak, dan anak cerminan kita…

– Jannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *