Anak, Jangan Lupa Tanggungjawab

Hi semua. Aku Rose tinggal dengan adik dan parents yang masih sihat cuma dah tak cergas. Keperluan semua aku yang handle contoh masak beli barang dapur dsb.

Adik aku kerja bagus dan working hours dia agak panjang berbanding aku yang office hours dan weekend cuti. Gaji adik aku lagi tinggi dari aku.

Aku ada 5 orang beradik semua perempuan. 2 kakak dah berkahwin, Kaklong dan kakngah manakala Kak Teh masih bujang. Dia menyewa kat luar sebab jenisnya suka hidup bebas.

Dari kecil mak suka tekankan perempuan kena ada duit sendiri, kena menyimpan dan kalau ada simpanan pun rahsiakan dari suami.

Masa awal2 Kak Long kahwin mak cakap kerja je macam biasa. Tapi masuk sebulan kahwin Kak Long resign sebab rumah baru dalam 20 minit dengan office. Bagi aku tak jauh pun sebab boleh drive tapi Kak Long penakut nak drive.

Lepas lahirkan first baby mak suruh Kak Long untuk cari kerja supaya ade income sendiri. Sebabnya abang ipar aku tentera ya tapi gajinya bukan lah banyak sangat. Banyak benda kena korbankan. Tapi sebab Kak Long dah seronok duduk rumah dia cari anak asuhan.

Jadi lah dia pengasuh. Dapat lah beberapa orang. Kak Long agak cekap jadi mudah dia handle anak asuhan dia. Duit ada lah dia hulurkan kat kami.

Mak pun dah tak suruh dia kerja sebab Kak Long dan ada income sendiri dengan jadi pengasuh. Kakngah kahwin pun sama.

Suami suruh resign sebab tempat kerja jauh. Kakngah kerja kilang jadi ade shift suaminya lagi lah tak izin. Jadi lah kak ngah surirumah tapi dia ade bisnes online. Hasil bisnes memang sendu jadi kak ngah mmg takde bagi duit pada kami.

Kadang2 ade jugak tak konsisten lebih banyak takde dari ada. Mak ada suruh kak ngah cari kerja tapi suaminya eh tiba2 suruh dia jadi surirumah.

Kakngah jenis menurut jadi dia ikutkan saja suaminya. Suaminya ni aku tak suka sebab pemalas. Semua urusan anak kakngah settlekan.

Kalau kak ngah tengah msk anak nangis suami dia akan panggil suruh tengok anak aku kurang berkenan sikit abang ipar yang ni.

Kak ngah pulak dah la jarang bagi duit jarang pulak call tanya kabar atau apa2. Ada sekali aku mintak tolong kakngah hantar mak checkup hospital awal2 dia cakap boleh last2 suaminya ade kerja jadi tak boleh lah.

Semua nak harap suami. Ada lah berbalah sikit dia boleh cakap suruh ayah aku yang pergi, mak masih ade suami lagi. kakngah dah kahwin ade family sendiri. Seolah2 kami ni bukan family dia. Dia ada cakap suruh adik yang still bujang hantar mak.

Untuk pengetahuan pembaca aku lah yang selalu hantar mak checkup sebab aku senang apply cuti tapi haritu aku nak suruh kakak2 aku rasa erti tanggungjawab sikit. Sebab tu aku kurang suka surirumah yang abadikan diri pada suami dan anak dia je. Parents dilupakan.

Dia lupa pada parents dan adik beradik dia. Dunia dia hanya suami dan anak2. Dah lah aku korbankan tenaga aku kat rumah, masak hari2.

Duit belanja rumah sekarang duit aku, kak long dan adik aku. Bab duit aku yang handle. Tiap2 bulan Alhamdulillah cukup.

Bil2 coway wifi tnb aku dan adik bayar. Sebab kami masih duduk kat sini. Kak Teh korang jangan tanya, yang ni langsung tak membantu.

Dah lah tak menghulur duit,selalu jugak mintak pinjam duit. Banyak masalah dia timbulkan. Geleng kepala kalau fikir.

Dalam adik beradik aku paling rapat dengan mak. Jujur aku cakap bila aku jaga mak sekarang ni aku rasa hidup aku makin berkat. Allah jaga aku. Mak pernah cakap dia paling sayang aku.

Aku takde cakap dengan adik beradik aku takut dorang kecil hati pulak. Masa tu aku luah dan menangis kat mak aku penat urus rumah dan kerja. Duit aku selalu ade lebih, kawan2 selalu belanja makan, kenderaan aku yang dah 10 tahun tu tak pernah rosak.

Masa pkp aku nekad tukar kerja even orang cakap susah cari kerja masa ekonomi jatuh kan tapi Alhamdulillah aku dapat masuk company yang sangat bagus tak toksik, gaji sedap paling penting boss Mashallah sangat lah baik.

Dorang Chinese couple yang sangat soft spoken, dan timbang rasa sangat. Masa mak aku sakit aku pernah mintak wfh hampir 2 bulan dan dorang approve. Point dia kat sini nak cakap hidup aku jadi mudah. Allah tolong aku asbab doa mak kat aku.

Sebab aku selalu ada dengan mak. Mak selalu cakap mudahan mak redha dengan kau Allah pun redha dengan kau. Aku tak berniat nak riak tapi aku nak jadikan pengajaran kat semua pembaca sebagai anak perempuan jangan lah lupa balas jasa parents korang.

Besar nikmat dan berkat Allah bagi kalau jaga orang tua ni. Mungkin bukan duit tapi berkat tu. Jangan lah asyik fokus pada suami dan lupakan parents. Memang suami tu syurga korang tapi kena ingat syurga yang pernah korang ada before kahwin.

Kalau ada kakak2 yang dah kahwin baca ni cuba korang jenguk2 adik bujang yang jaga parents kat kampung tu, tanya kabar dia. Besar jasa dorang.

Jangan lupa hulur duit, kudrat adik beradik yang jaga parents tu tak boleh dibayar dengan duit tapi dengan duit hilang kurang sikit beban dorang.

So surirumah pun kena ade income sendiri ye. Jangan jaga family sendiri je dan lupa tanggungjawab sebagai anak. Mungkin ade pembaca yang tak setuju tapi ini pendapat aku lepas banyak pengalaman sekeliling yang aku tengok.

Ok sorry ya kalau cerita caca marba. Feel free to give your opinion.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *