Hai semua aku nak cerita tentang anak jiran atas rumah aku. Aku tinggal di rumah bertingkat yang ada 3 tingkat. Aku tinggal di tingkat 2.
Aku betul2 geram dengan anak jiran aku ni. Dorang macam tak faham bahasa dan tak ada sensitiviti.
Ye lah salah kami sekeluarga lah sebab tak pernah tegur. Tapi biasalah melayu kan ada adab berjiran. Nanti kalah tegur ada yang bermasam muka.
Tu satu hal tapi aku pun tak yakin sangat sama ada yang buat bunyi ni anak jiran aku ataupun jin ke kan? Sebab tulah kami tak pernah tegur tapi jin selalu buat bunyi tengah malam je kan? Betul kan?
Tapi lantaklah mungkin jin ke apa sebab aku nak cerita lebih kepada anak jiran aku ni. Aku rasa anak jiran aku yang buat bunyi ni sebab kalau jin bunyi dia selalunya selari tapi yang ni bunyi orang berlari2.
Tahukan budak2 memang suka lari tapi ni jalan pun menghentak2. Memang ada je orang yang suka jalan menghentak2 ni sampai dah tua pun jalan macam tu. Bising betul.
Kalau tinggal dekat rumah kampung yang bertiang tu mahu lendut papan tu tak pun patah.
Aku betul2 benci dengan orang jalan hentak2 ni. Tak sakit ke tumit dengan lutut dia nanti? Takkan dari satu tempat ke satu tempat yang jarak dalam satu meter pun nak jalan hentak2 dan berlari2?
Anak jiran aku ni semua lelaki dan masih kecil2 lagi. Paling tua pun mungkin masih sekolah rendah sebab tu aku syak bunyi ni dari anak jiran aku.
Aku ni tak kisah sangat kalau ada bunyi yang menjadi masalah bila bunyi tu mengganggu aku nak buat video atau masa aku nak baca buku atau masa aku nak jawab exam.
Sekarang ni kan musim online jadi exam pun online. Tapi berbalik kepada cerita tadi yang aku tak tahan kalau bunyi tu masa aku tengah fokus sesuatu kalau aku tengah tak buat apa2 atau tengah rehat, aku tak kisah langsung pun. Lantaklah nak bunyi ke apa kan.
Ni kadang2 sampai pukul 12 malam berlari2 dengan gelak2, tak fikir ke orang nak tidur? Aku kadang2 dah penat buat video tak jadi2 atau baca buku ulang kaji tapi atas bising2. Bila aku nak tidurnya ni?
Orang melayu kan biasa kalau kita tegur mulalah cakap ‘alah, budak2, biarlah dorang nak main2’.
Aku dulu pun budak juga tapi tak adalah buat bising sampai gegar rumah. Takpun nanti ada orang yang cakap macam ni ‘nanti dah ada anak tahu lah’. Tahulah apa? Tahu nak jaga anak susah?
Dah nama pun jadi mak bapak kena lah tegur dan ajar anak tu. Takkan nak dibiarkan je sampai dorang mengganggu ketenteraman orang lain?
Aku kalau aku ada anak pun aku akan tegur adab2. Adab ni tak semestinya adab hormat orang atau ucap terima kasih je. Semua adab untuk persekitaran ni kena tahu.
Ada je aku tengok mak bapak yang tak ajar pun anak2 adab jangan ambil hak orang, tak ajar pun adab dengan binatang dan tumbuh2. Ni main sepak je binatang, main petik je bunga2, main buang je sampah macam plastik ais krim tu macam tak ada hal langsung.
Korang kalau ada anak dan tinggal rumah bertingkat2 tu ajarlah anak jalan elok2, jangan berlari2, jangan gelak kuat sangat atau menjerit2 sebab ganggu tau?
Bila aku atau sesiapa ni dah tak tahan dengar bunyi macam tu dan stress sebab tulah kadang2 kami ni menjerit dan mengamuk juga. Nak tegur tak sampai hati.
Kami ni kadang2 kejar dateline, bila ada gangguan macam tu kerja aku jadi tergendala sebab otak aku tak boleh nak fokus.
Anak korang ye lah mungkin budak2 lagi dan selamat main dalam rumah dari main dekat luar bahaya kan? Tapi sekurang2nya didik lah anak tu tak pun pasang karpet supaya serap sikit bunyi tu.
Susah betul bila aku nak buat assignment dengan video assignment asyik ada bunyi je. Tu semua markah aku tahu tak?
Walaupun aku mungkin tak kerja nanti sebab susah nak dapat kerja sekarang ni sekurang2nya biarlah aku dapat grad dengan cgpa standard pun takpelah dari merosot ke bawah.
Tapi memanglah aku tak tahu ni bunyi anak jiran ke bunyi jin? Aku senaraikanlah bunyi yang lain aku dengar tu. Bunyi berjalan, berlari, ketuk, sorong perabut dan bunyi benda halus jatuh.
Jadi ni anak jiran ke jin? Tapi kadang2 dengar juga bunyi dorang gelak dan bergusti tu atau mungkin ke bunyi kedua2nya sekali? Korang komen pengalaman korang boleh?
– Stress (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit