Anak Kandung Yang Dipinggirkan Oleh Mak Sendiri

Assalamualaikum semua, aku amat tertekan kalau aku scroll di fb, di tiktok semualah di socmed mengenai JANGAN derhaka dengan emak. NAK berjaya kena baik dengan emak. NAK hidup senang santuni emak. DOA seorang emak tiada hijabnya. SYURGA di bawah telapak kaki emak.

Kalau seorang anak tu dah berusaha macam macam untuk menjaga hati emak, membahagiakan emak, TETAPI emaknya sendiri membuangnya seperti anak pungut bagaimana adakah dikira anak derhaka?

Aku sangat tertekan, memang ku akui hidup ku tidak berjaya dalam pelajaran, tidak berjaya dalam perniagaan, semua yang ku buat semuanya tidak berjaya.

Aku sebenarnya tahu, emak aku memang tak suka aku dari lahir, kerana apa? Aku pun tak tahu, yang aku tahu sejak aku lahir, yang menjaga aku adalah emak sedara aku yang ketika itu masih bersekolah tingkatan 3.

Sehingga aku darjah 3, ayahku meninggal dunia. Dan mak sedara aku telah melanjutkan pelajaran ke luar negara,

Oh untuk pengetahuan semua aku hanya 2 orang sahaja adik beradik. Setahun selepas ayahku meninggal, emak berkahwin semula, bermulalah episod rumahku nerakaku.

Arwah ayahku dahulu pegawai kerajaan, jadi ayah memang ada tinggalkan rumah, pencen, duit royalti dan adalah duit-duit lain yang ditinggalkan untuk emak. Ketika itu aku ngan adikku masih kecil, memang tidak ambil tahu sangat mengenai urusan duit-duit semua tu.

Kiranya ayahku meninggal, sepatutnya aku dan adik aku tak susah.Tapi bila emak kawin lagi dan dapat anak dari bapa tiri ku itu, lagilah emak aku benci sangat dengan aku. Padahal aku adalah seorang pelajar yang sangat cemerlang.

Aku pendekkan cerita, memang dari ku kecik sampai dewasa, emak aku selalu cari psal dengan aku. Aku seumur 12 tahun, semua keje rumah aku buat, kecuali masak sahaja.

Aku jenis tak kisah, sebab hobi ku memang suka mengemas, aku akan lakukan semua kerja rumah setiap hari.

Aku sekarang dah pun mencecah umur 50 tahun, cuma aku semakin sedih, emak aku semakin tua semakin membenci aku dan adikku.

Macam2 dah ku cuba lakukan untuk emak aku, tapi emak tetap macam dulu juga, malahan emak tetap membenciku.

Aku cuba sedaya upaya ku untuk membahagiakan ibuku, bagi duit, aku membantu sedikit dari segi kewangan jika adik-adik nak bersekolah, kelengkapan dapur sehinggakan setiap kali ku balik kampung, aku akan mengemas rumah emak, bagi keselesaan emak. 

Aku cuba min, berikan keselesaan kat emak, aku belikan emak gelang emas, aku belikan emak handfon supaya dia mudah untuk berhubung, tapi kan min, mak aku tetap tak nampak aku min.

Kalau adik-adik dari anak bapak tiriku kan min, emak aku memuji, bercerita senang cerita, memang emak aku cananglah cerita baik2 mengenai mereka.

Oh aku lupa nak beritahu, perkahwinan emak aku dengan suami dari neraka (bab bapa tiritu, ku malas nak tulis, korang pasti tahukan, bapa tiriku tu jenis macamana, berdasarkan cerita ku ini) tu, dapatlah anak 4 orang.

Mereka ni semua di tatang seperti minyak yang penuh. Padahal rumah yang mereka duduk tu dan hasil pencen yang emakku dapat tu semua dari peninggalan arwah ayahku. Suaminya yang dari neraka tu, seronok duduk free, duit free semua.

Apabila memasing adik-adik yang bapa berlainan dah besar, mereka menjadi batu api, selalu mencucuk emak, selalu fitnah aku dan adik aku macam macam, supaya emak bertambah benci dengan aku dan adik aku.

Aku tak pernah cemburu dengan nasib mereka, kerana mereka berjaya dalam pelajaran tinggi dan memiliki kerja yang hebat, pada aku, rezeki mereka mendapat doa dan restu dari seorang emak.

Aku sangat sedih min, aku rasa tertekan sangat, adakah aku anak derhaka? Adakah aku tak dapat cium syurga? Adakah aku memang di takdirkan masuk neraka?

Tahun 2022 aku ngan adik aku berselisih faham dengan emak aku. Puncanya dari hasutan salah seorang adik yang berlainan bapatu. Emak percaya bulat-bulat cerita mereka emak aku tak nak jumpa aku, tak nak angkat call aku, tak nak balas wasap aku.

Ni kan min, bukan kali pertama tau emak aku buat aku camni. Sehingga ku lupa dah entah yang keberapa kali emak aku buat aku ngan adik aku.

Kepada semua yang membaca, doakan emak aku dilembutkan hatinya. Aku sangat tertekan dan rasa sedih sangat. Sepatutnya di usiaku begini, aku nak balik jumpa mak, berborak dengan mak. Tapi apakan daya. 

Kekadang ku nengok juga status adik-adik bapa berlainan tu. Mereka happy gembira bersama emak,

Emak pun nampak sihat dan gembira bersama anak2nya yang dia sayangi serta cucu2 yang di cintainya. Seolah olah aku dengan adik aku memang tak wujud dalam kamus hidup mereka.

Aku sudahi cerita ku ini, buat tatapan korang semua, agar jangan sesekali pilih kasih dalam menyayangi anak-anak, asbabnya sangat terkesan di hati anak sampai bila-bila.

– Aku anak kandung tapi di anggap macam anak tiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *