Anak Kandung Yang Terbuang

Assalammualaikum semua. Aku tak tahu kalau confession aku ni akan disiarkan sebab mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang.

Aku cuma nak meluah kisah kanak-kanak aku yang memang sangat affect hidup aku sampai sekarang.

Sebelum tu, aku kenalkan diri aku, perempuan, umur 25 tahun, belum berkahwin, dan baru sahaja habis degree.

Kenapa anak kandung yang terbuang? Cerita dia panjang, jadi kalau korang nak baca ke tak, terpulang pada korang.

Dan, apa yang aku akan ceritakan ni tak ada unsur nak menghasut atau apa pun ya. Hanya sekadar luahan hati aku di zaman kanak-kanak aku.

Aku ada 6 orang adik-beradik, dan aku anak bongsu. Aku jauh sangat beza umur dengan abang/ kakak aku, beza aku dengan abang atas aku pun 7 tahun.

So, korang boleh bayangkan la perbezaan umur tu. Adik-adik beradik aku semua tak habis sekolah, lepastu semua kahwin awal.

Kisah aku bermula disini, bila kakak sulung mengandung anak pertama, dan mak aku mengandung anak bongsu, iaitu aku.

Ya, mak aku mengandungkan aku secara tak disangka. Dan, maksudnya, aku ni lahir tahun yang sama dengan anak sedara aku tu. Sebaya, dan kami dua perempuan.

Lepas aku dilahirkan, kakak sulung aku pulak lahirkan anak dia tapi tak lama tu, dia bercerai dengan suami dia.

Aku tak tahu la kisahnya apa sangat, tapi parents aku ambik anak kakak sulung aku tu jadi anak angkat dorang. Yes, anak angkat. Parents aku nak sangat anak kembar, jadi dorang ambik anak kakak aku tu, jadikan kembar aku.

Tapi, disini, aku tak nak cakap la pasal kisah kenapa kakak aku bercerai semua. Dan, salahnya parents aku ambik cucu dorang sebagai anak angkat dorang.

Aku nak cerita, kisahnya bila aku membesar sama-sama dengan anak saudara aku aka anak angkat parents aku (cucu sebenarnya). Time kitaorang kecik, kitaorang selalu gaduh, dan aku rasa benda tu normal.

Yang tak normalnya, tiap kali kitaorang gaduh, B (aku bahaskan anak angkat parents aku la senang) ni akan nangis yang menjerit tau, tapi takde air mata. Seolah-olah aku pukul dia.

Sedangkan kitaorang takde la gaduh sangat yang sampai berpukul-pukulan dan aku pun takde pukul dia.

Bila dia nangis menjerit, aku just diam je, aku tak nangis dan aku tak tahu nak react macam mana.

Lepastu, mesti abang dan kakak aku (yang belum berkahwin time tu) mesti akan datang kat kitaorang dan pukul aku, tendang aku, tampar aku.

Dan B? Aku boleh cakap dia tak pernah kena pukul. Dia macam apa-apa yang berlaku, semua salah aku.

Dia takde salah, sebab dia takde ayah (dia ada je ayah tapi tak pedulikan dia dan mak dia tu tinggal selang berapa rumah je dari kami time tu dengan husband baru dia).

Tu yang aku selalu dengar, dia kesian sebab dia takde ayah, aku ada ayah. Aku rasa benda ada atau takde ayah, bukan ukuran untuk kau boleh pukul atau tak kat seseorang tu.

Dan, tiap kali kitaorang gaduh, dorang tak pernah tanya tau siapa yang salah. Disebabkan aku hanya diam je, dan dia menangis menjerit.

So, semua salah aku dan dorang akan pukul aku. Aku sendiri tak tahu kenapa dia nak menangis menjerit macam tu, sedangkan kitaorang gaduh takde pun yang aku pukul dia sampai apa, plus kitaorang sama umur kot.

Mula dari tu, aku rasa macam dah mula berdendam dengan B dan abang/ kakak aku. Aku simpan semuanya.

B banyak buat benda yang aku boleh cakap salah kat aku (mungkin aku pun ada salah jugak yang aku tak sedar), tapi aku tak pernah bagitau kat siapa-siapa termasuk parents aku.

Takde siapa nak dengar hati aku sejak aku kecik dan tu jadikan aku untuk pendam semuanya.

Bila dah besar, naik sekolah menengah, aku jadi kasar, aku dah berani lawan abang aku (kakak aku yang satu dah kahwin dan dia je lagi kat rumah parents aku belum berkahwin).

Dan, abang aku rapat dengan B, aku pulak memang sorang je even kat rumah. Aku lebih suka bersendirian.

Benda yang aku memang tak boleh lupa sampai sekarang, waktu tu aku dengan B baru naik ke tingkatan 4.

Dan, disebabkan aku dapat keputusan yang agak cemerlang dalam PMR (time tu masih PMR lagi tahun 2010),

Pihak sekolah masukkan aku ke aliran sains tulen, dan B pulak aliran kelas bukan sains tulen (aku tak ingat nama aliran dia tapi kat sekolah kitaorang panggil tu kelas hujung).

Waktu tu, B ada boyfriend kat sekolah, semua orang tahu, dan memang sampai keluar dating semua. Dan, yes, aku pernah tegur B, aku nasihat kat dia, supaya fokus study dulu.

Tapi, dia bagitau kat semua orang, yang aku ni cemburu kat dia sebab dia ada boyfriend dan aku takde siapa yang nak.

Dan dia siap cakap yang aku ni menaruh hati dengan boyfriend dia. Dia bagitau kat kawan-kawan sekolah. Dan, dia bagitau kat kakak kedua aku sampai kakak aku pernah marah kat aku cakap yang kenapa aku cemburu kat dia ada boyfriend?

Aku macam, bila masa aku cemburu? Sumpah demi Allah, takde secalit pun rasa cemburu kat dia. Aku cuma bagi nasihat je untuk dia fokus kat study dan SPM.

Waktu aku rasa malu dengan kawan-kawan kat sekolah, dia hebohkan. Dan, waktu tu aku memang jadi sangat benci kat dia.

Aku rasa berdendam tapi hanya dihati je la. Berdendam yang aku padam dia dalam hidup aku. Orang kata fitnah tu lebih kejam dari membunuh.

Dari tu, aku belajar sungguh-sungguh. Dan Alhamdulillah, aku diterima masuk di IPTA dan aku akan mulakan kerja lepas je PKPB semua ni berakhir, insha’Allah.

Dan dia? Dia dah berkahwin sekarang dan dah ada anak seorang. Harap la hidup dia bahagia.

So, apa affect semua tu kat aku sekarang? Aku hidup di dunia aku sendiri. Aku suka hidup bersendirian sebab aku rasa macam ada trust issue dengan sesiapa.

Aku jauhkan diri dari family aku. Aku tak nak jumpa B sampai sekarang sebab luka tu masih berdarah sampai sekarang. Takde siapa yang faham, sebab takde siapa yang pernah tanya aku, dan takde siapa yang nak dengar rintihan hati aku.

Jadi, aku pilih untuk pergi. Aku bukan tak nak maafkan B, tapi luka tu sangat dalam. Mungkin suatu hari nanti.

Cerita aku ni mungkin agak serabut sikit, aku tak reti sangat nak bercerita dan meluah. Cuma mungkin ni boleh lepaskan sedikit beban dihati yang telah lama aku pendam dan simpan sendiri.

Akhir kata, nasihat aku pada korang yang nak ambik anak angkat tu bilamana korang dah ada anak kandung, berlaku la adil.

Jangan sisihkan anak kandung sebab dia ada parents dan jangan lebihkan anak angkat sebab dia takde parents. Dua-dua perlukan kasih sayang.

Kalau mereka bergaduh ke apa, atau berbuat salah, berlaku adil la juga dalam menghukumi. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kera dihutan disusui, anak dirumah kelaparan. Terima kasih sebab sudi mendengar.

– White Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *