Anak Kau Tak Reti Cakap Melayu

Assalamualaikum semua…..

Tak tau nak mula dari mana, tapi dari tajuk tu mesti dah tau kan apa yang aku nak cakap. Ya, aku nak cakap pasal kanak-kanak Melayu zaman now, iaitu generasi Alpha, yang semakin tak pandai cakap bahasa Melayu.

Puncanya? Sebab mak bapak mereka yang pure Melayu ni semua tak nak bercakap bahasa Melayu dengan anak-anak yang pun pure Melayu macam dia juga tu. Tak nak ajar bahasa Melayu kat anak-anak dengan alasan nak bagi anak-anak kuasai bahasa Inggeris dari usia kecil.

So anak-anak Melayu yang muka pure Melayu ni hanya mampu berbahasa Inggeris sahaja, terkebil-kebil mata bila orang cakap bahasa Melayu, padahal berbangsa Melayu, lahir dan menetap pun di Malaysia.

Ya, aku faham, mak-mak dan bapak-bapak ni semua dulu masa kecik-kecik tak reti cakap bahasa Inggeris, bila dah besar baru nak mahirkan diri dalam bahasa Inggeris, dah kerja baru nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris,

So mak-mak bapak-bapak ni nampak macam “wow susahnya bahasa Inggeris itu”, so mereka tak nak anak-anak mereka bodoh bahasa Inggeris macam mereka dolu-dolu.

Gais, teman-teman semelayuku semua, sejak bila kita jadi bangsa yang dari bodoh bahasa Inggeris kepada bangsa yang bodoh bahasa Melayu?

Korang nampak tak apa yang berlaku kat sini? Ya, selama ni kat Malaysia ni orang selalu pertikaikan yang penguasaan bahasa Inggeris anak-anak Melayu secara umumnya amat lemah berbanding bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Tapi dalam usaha mak-mak bapak-bapak zaman now ni nak bagi anak-anak fasih berbahasa Inggeris, bahasa Melayu pulak ditinggalkan. Alasannya, selagi anak-anak ni duduk Malaysia, lambat laun pandailah mereka bahasa Melayu. Alasannya lagi, bahasa Melayu senang belajar.

Memanglah kau rasa senang sebab itu bahasa yang mula-mula kau kenal. Bahasa Inggeris pun senang juga, bukan macam bahasa Perancis atau Mandarin yang susah nak kuasai.

Bila anak-anak tak dibiasakan berbahasa Melayu, kat phone pun budak-budak tu tengok Youtube, Tiktok dalam bahasa Inggeris, TV pun bahasa Inggeris, makanya bahasa ibunda anak-anak Melayu ni dah bukan bahasa Melayu dah.

Bila bahasa ibunda mereka bukan bahasa Melayu, walaupun mereka belajar bahasa Melayu kemudiannya, bahasa yang paling selesa mereka gunakan bukanlah bahasa Melayu.

Makanya, membesarlah generasi Alpha bangsa Melayu ni tanpa menguasai sepenuhnya bahasa Melayu, tanpa keselesaan menggunakan bahasa Melayu, tanpa rasa kasih pada bahasa Melayu.

Jangan salah faham, tak salah pun untuk orang Melayu gunakan bahasa Inggeris atau bahasa lain untuk berkomunikasi dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Itu bukan masalahnya. Gunalah bahasa apa pun yang korang suka.

Tak… cumanya, memang bangsa Melayu ni wajib hanya tahu satu bahasa je ke? Ke memang otak budak Melayu cuma boleh terima satu bahasa je dalam satu masa?

Apa salahnya bagi anak tu jadi bilingual? Boleh bertukar-tukar antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris, atau bahasa-bahasa lain dengan mudah.

Kenapa kena pilih hanya satu bahasa untuk anak anda? Budak-budak umur bawah 10 tahun lah yang paling mudah dan cepat sekali belajar bahasa. Kenapa nak tunggu anak-anak besar baru nak biar dia belajar sendiri bahasa Melayu?

Kenapa menghadkan kebolehan dia? Kenapa underestimate kemampuan dia untuk menguasai lebih dari satu bahasa di usia kecil? Ya, bahasa Inggeris kau dulu hauk, kenapa sekarang nak tukar jadi bahasa Melayu anak kau pulak yang hauk?

Tak cemburu ke tengok bangsa lain yang fasih bertutur 4-5 bahasa termasuk bahasa Melayu, sedangkan anak anda yang bangsa Melayu sendiri hanya mampu faham dan bercakap bahasa Inggeris sahaja?

Dalam pada tu, ada pulak mak-mak bapak-bapak Melayu ni yang bangga anak mereka hanya boleh berbahasa Inggeris sahaja. Dah macam trofi pulak nak ditunjuk-tunjuk kat orang.

“Sorry, my kids only speak English” dengan lagak muka bangga gitu. Sedangkan sebenarnya sama je seperti “Anak saya tak faham bahasa Inggeris”. Ia adalah kekurangan, bukan kelebihan.

Sebab keterujaan kau tengok anak kau kecik-kecik dah fasih berbahasa Inggeris, keterujaan kau praktis bahasa Inggeris dekat anak kau, keterujaan kau dengar accent anak kau versi Los Angeles atau London yang mereka tangkap dari video-video media sosial,

Maka lahirlah generasi Melayu yang lemah berbahasa Melayu. Bangga sungguh. Bangga dia tu lain maciam kan? Letak emoji rolling eyes kat sini sebijik dua.

Percayalah, kalau trend ni berterusan, 10-20 tahun akan datang, bangsa Melayu tak fasih berbahasa Melayu itu akan menjadi suatu kebiasaan di Malaysia. Masa tu mungkin anak-anak kau tu pulak gigih bercakap bahasa Melayu dengan anak-anak dia sebab tak nak anak-anak dia jadi macam dia.

Atau mungkin anak-anak kau langsung tak rasa perlu pun untuk anak-anak dia (iaitu cucu-cucu kau) bertutur dalam bahasa Melayu. Sebab kau dah demo kat mereka yang bahasa Melayu bukan keutamaan, bukan kepentingan.

Aku faham kalau kahwin dengan orang berbangsa lain yang memang tak faham dan tak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Aku faham kalau pasangan tu duduk negara yang tak menggunakan bahasa Melayu.

Tapi ramai je aku jumpa budak-budak Melayu yang lahir dan membesar kat negara lain tapi masih fasih berbahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun fasih, bahasa negara tempat dia lahir tu pun dia fasih (contohnya bahasa Jepun). Jadi dah ada 3 bahasa yang dia kuasai kat situ. Bukan ke tu satu kelebihan?

Terus terang, semakin pelik aku tengok perangai orang Melayu zaman now ni. Nama Melayu pun dah malu nak guna, nama anak-anak pun tak nak letak nama Melayu ejaan Melayu dah. Kalau tak nama barat, ejaan nama pulak yang dibaratkan. Kononnya “international”.

Dah semakin lenyap dah nama-nama Melayu atau nama-nama Arab dengan ejaan Melayu. Semua nak letak yang tergeliat lidah Melayu nak sebut.

Kalau dah orang Melayu sendiri tak nak guna nama Melayu ejaan Melayu, tak nak ajar anak-anak bahasa Melayu, tak payahlah nak sembang kencang kutuk bangsa lain warganegara Malaysia yang tak fasih berbahasa Melayu.

Tak payahlah nak sebut “Tak akan Melayu hilang di dunia”. Sebab bangsa Melayu kat dunia ni bukannya ramai mana pun.

Mungkin Melayu tak hilang, tapi kemelayuan tu yang semakin hilang, bila semua nak di “internasional” kan supaya lebih “moden” kononnya. Sebab Melayu ni tak moden gais, segala yang barat aje yang moden belaka.

Kuno betul pemikiran kau. Kucing aku yang tak ada akal tu pun faham bahasa Melayu banding dengan anak kau.

– Manusia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Apa nk diherankan, kau tengok sekitar kita, berlambak billboards, logo, nama kedai, slogan, nama taman perumahan, nama hiway, you name it, kenapa boleh lulus semuanya. Cakap mendaulatkan BM, habok….dr aku sekolah rendah sampai dh jadi nenek ni..tak mendaulat pun BM ni…sedeh…
    Aku tabik kt org2 indon, sngt kuat jatidiri mereka. Muka panasia pun ckp indo dgn fasih. Org asing yg kawin/duduk kt Indon, pun mereka fasih berbahasa Indon.
    Aku pn risau jg , klu org melayu sendiri tak nak ckp BM, sapa nk cakap ek….
    Aku setuju dgn coretan kau tu…

    • Kepala hotak kau Indon. Bukan Indon. Indolah!!!! Lagi satu, biarlah billboard, logo atau apa2 sekalipun guna bahasa Inggeris. Tu perniagaan diorang. Bukan perniagaan kau. Pergi buat sendirilah kalau nak semua bahasa Melayu. Hampeh betul kau nk

  2. Aku setuju dengan apa yang kau cakap tapi pasal nama itu aku tak setuju. Suka hati mak bapaklah nak namakan anak diorang apa pon. Apa hak kau nak judge nama anak orang? Sibuk je nak mempertikaikan nama anak orang. So what kalau diorang nak namakan anak diorang bukan bahasa Melayu? Bukannya wajib pon. Poyo je lebih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *