Anak Kelantan di Terengganu

Alhamdulillah, genap 3 tahun aku tinggal di Terengganu.Dan selama itu pelbagai pengalaman manis yang aku dapat sepanjang berkelana di negeri keropok lekor ni.Oleh kerana minggu lepas di adakan program Fastaqim di Terengganu, jadi aku jemputlah korang baca sedikit tentang negeri paling unik di Malaysia ni
Aku seorang guru lepasan agama dari mesir, aku asal kelantan dan sekarang mengajar di salah satu imtiyaz di Ganu ni.Tujuan aku tulis pandangan aku kat confess ni sebab ramai kawan sekerja aku yang dari negeri kelahiran aku sendiri yang suka sangat merendahkan rakyat Terengganu. Sedangkan mereka sendiri cari makan di Ganu. Pelik juga perangai orang kelantan(negeri aku) ni.
Jadi di bawah aku tulis secara point supaya mudah sikit pembaca nak faham.
1.Ramai orang Kelantan merasakan negeri mereka lah yang paling kaya, paling cantik, paling islamik, paling bersih dan paling maju berbanding negeri lain.Pandangan itu menyebabkan mereka suka memperlekehkan negeri lain.Tidak dinafikan, perangaj taksub membuta tuli dan geopolitik kelantan menyebabkan fenomena ini berterusan hingga sekarang.
2.Rakyat Kelantan tidak tahu yang terengganu sekarang jauh lebih maju dari Kelantan(dan juga negeri lain). Tengok sahaja jalan raya dengan tar yang tidak berlubang, pembesaran jalan, fly over dan lampu jalan yang tidak rosak jauh lebih baik dari jalan2 di kelantan.Kalau cakap macam ni ramai rakyat kelantan suka nafi dan mereka mengatakan mereka lebih maju.
2.Tapi cuba lihat pula kepada aspek kebersihan. Pada tahun 2017 kerajaan persekutuan mengakui bahawa Terengganu adalah negeri paling bersih selepas dapat menyayingi negeri malaka dalam bab kebersihan.Lihat sahaja pantai terengganu, jauh bersih dari pantai di kelantan yang tidak terjaga, kotor dan fasiliti seperti tandas awam kebanyakannya rosak dan tidak dapat digunakan.Belum masuk lagi bab kebersihan pasar.Cuba bandingkan antara Pasar Siti Khadijah dan Kedai Payang dalam bab kebersihan jauh Kedai payang di Terengganu bersih tanpa tikus2 besar seperti pasar siti khadijah.
3.Dari sudut dana dan peruntukan, rakyat terengganu yang berpendapatan rendah dan juga di usia remaja kebanyakannya akan mendapat dana remaja atau mereka panggil sebagai duit raya hampir 7 kali setahun dengan jumlah Rm200 tanpa perlu buat apa2.Aku sebagai guru di imtiyaz tahu bagaimana mewahnya imtiyaz dengan pemakanan dan fasiliti yang kerajaan negeri Terengganu bagi kepada sekolah imtiyaz ni berbanding sekolah2 YIK di Kelantan.Tidak dinafikan kejayaan sekolah2 YIK di kelantan tapi cuba lihat yuran asrama mereka.Berkali ganda mahal dari yuran imtiyaz di Terengganu ni.
4.Dalam bab pelancongan pula, Terengganu mempunyai bnyk pulau.Cukuplah aku sebut pulau2 utama sahaja seperti pulau kapas, pulau perhentian dan pulau redang.Pulau2 ni menjana pendaptan yang tinggi kerana ramai pelancong asing suka datang ke Ganu di sebabkan pulau mereka yang terlalu cantik berbanding negeri sebelah yang pantainya pun x terjaga kebersihannya.
5.Geopolitik di terengganu ni hebat dan pelik.Rakyat Terengganu dikatakan berfikiran kehadapan seperti rakyat USA.Di USA mereka boleh mebukar pemerintah mereka dengan berselang satu penggal sahaja antara parti demokrat dan republikan.Cuba lihat sejarah Pas dan Umno di terngganu dan lihat sekali pertukaran menteri besarnya yang berberapa kali menimbulkan kontroversi di peringkat negara.
6.Hasil kerja tangan rakyat Terengganu tak kira tua muda dari setiap lapisan umur biasanya akan di promosi oleh kerajaan negeri.Ada yang sampai dapat dana khas dan ada yang dapat kunjungan Menteri Besar sendiri tanda meraikan ke sungguhan mereka dalam membuat produksi barangan buatan sendiri.
7.Cuba tanya pelajar kita di Jordan yang dari Kelantan. Berapakah duit zakat dan biasiswa yang Kerajaan negeri bagi untuk pelajar kita di sana? Cuba bandingkan dengan pelajar Terengganu.

8.Aku rasa banyak lagi kalau aku nak cerita kehebatan negeri dan rakyat Terengganu ni.Tak cukup dalam confess ni. Tujuan aku bukan nak mengangkat Terengganu lebih dari negeri lain tapi kadang-kadang aku rasa fed up dengan perangai kawan-kawan seKelantan aku yang suka perlekehkan Terengganu ni.

Kepada kawan-kawan aku dari Kelantan, orang Terengganu tahu negeri kita hebat. Tapi orang terengganu memang bukan jenis nak berbangga dan taksub kepada negeri sendiri macam negeri kita.Jadi cukup-cukuplah nak perlekeh negeri orang. Kita dan dapat menumpang mencari rezeki di sini pun dah kira baik sebab negeribkita sendiri pun x mampu nak bagi kita pekerjaan.

– Cikgu Imtiyaz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit