Anak Kena Body Shaming dan Cikgu Kaki Sindir

Salam Sejahtera. Entah kenapa aku menulis luahan disini sedangkan aku boleh directly chat di group whatsapp kelas. Boleh jadi aku tak nak anak aku jadi sasaran lagi.

Penat. Sedih. Kasihan melihat anak yang semakin hari terdera mental dan emosinya di sekolah.

Ditakdirkan anak aku memiliki badan montel.

Memanglah dia obesiti tapi itu tak bermakna semua orang perlu body shaming dia. Dia tak minta pun badan sebesar itu. Dan aku tak pernah sumbat dia makan apa sahaja non stop tanpa kawalan.

Dia jalani diet sihat, aku bawa bersenam dan bermain untuk make sure dia aktif dan pecah peluh setiap petang. Tapi berat badannya susah nak turun. Menurun tapi slow progress.

Mungkin ada kesilapan aku di mana-mana dalam rutin dietnya.

Tapi tidakkah aku ini telah mencuba untuk pastikan anak kesayangan aku sihat dan memiliki berat badan ideal dan bmi yang normal?

Sepanjang bersekolah, setiap hari dia pulang dengan muka muram. Dia akan mengadu dah tak tahan kena body shaming.

Gemuk, gajah, kingkong, babi you name it apa sahaja kawan sekolah tak ejek dia.

Tahu tak apa perasaan aku sebagai ibu macam mana rasanya? Rasa tak berguna sebab tak boleh lindungi anak dari menjadi mangsa buli.

Aku tahu, pasti yang akan ada menyarankan aku membuat aduan pada guru. Dah berbuih dah mulut aku mengadu pada guru tapi apa je yang cikgu dapat buat?

Cikgu dah tentu tak mampu kawal mulut kawan-kawan sekolah anak aku. Jadi aku tak boleh nak salahkan cikgu seratus peratus.

Aku cuba bertenang dan buat teguran secara umum di group whatsapp bila situasi yang kritikal sahaja.

Bukan setiap hari aku meroyan bising di group tentang anak aku dibuli. Sebulan sekali pun susah aku nak chat di group kelas.

Tapi tiba-tiba sampai suatu tahap, anak aku mula melarang aku membuat teguran di group. Dia cuma cakap dah tak ada siapa yang ejek dia.

Aku rasa lega.

Tapi semuanya meleset bila mana satu hari anak aku terlepas cakap yang dia tak pernah happy pergi sekolah. Dia rasa dia nak berhenti sekolah. Kawan-kawan cakap dia gemuk macam b*bi.

Aku menangis dengar benda ni. Tergamak budak sekolah rendah keluarkan kata-kata macam tu pada kawan. Mak bapa dia tak ajar ke supaya tak ejek kawan di sekolah?

Lelaki dan perempuan dua kali lima. Seronok body shaming anak aku. GEMUK MACAM B*BI kata mereka. Aku tak boleh lupa ayat ni keluar dari mulut anak aku dengan linangan air mata.

Aku beri jaminan untuk bawa hal ni pada gurunya. Guess what? Anak aku larang. Katanya dia sudah tidak tahan disindir cikgu-cikgu.

Rupanya bila aku membuat teguran di group kelas, cikgu menyindir anak aku kaki mengadu. Aku terkedu.

Anak aku menangis meraung merayu pada aku supaya berjanji tidak akan bersuara mengenai hal ini. Ya Allah, sedihnya aku.

Anak aku cakap sejak aku buat teguran dua bulan lepas, dia selalu dicop anak mak. Cikgu-cikgu melabelnya kaki mengadu.

What? Adakah tindakan aku menegur secara general di group itu rupanya telah menjadi bahan gosip guru-guru di sekolah? Allah, kesian anakku.

Bagaimanalah anak aku bertahan di sekolah setiap hari?

Kalau bukan pada aku tempat dia mengadu, dia nak mengadu pada siapa lagi?

Aku ibunya. Dah tentu akulah akan melindunginya. Aku memang mengnormalkan soalan ‘bagaimana sekolah hari ni? Ok?’ setiap hari bila dia balik dari sekolah.

Aku akan bertanya perjalanan hariannya, aktivitinya di sekolah tanpa gagal setiap kali ambilnya di waktu pulang.

Tapi, adakah menjadi satu dosa bila dia menghidap obesiti? Memanglah obesiti bukan satu hal yang baik tapi tak bermakna orang boleh cakap apa sahaja sahaja tentang bentuk fizikalnya.

Selama ni aku kira, guru akan menegur sikap murid-murid supaya hentikan budaya mengejek, tapi rupanya anakku menjadi mangsa sindir di kelasnya.

Kawan sekelas baik lelaki mahupun perempuan tidak langsung rasa bersalah mengejek bentuk badan anakku.

Sebab apa? Sebab bila cikgu buat sindiran secara terus dan terang di kelas, murid lain rasa perbuatan mereka tidak salah langsung.

Sebaliknya anak akulah yg salah dan lemah sebab tak tahu malu mengadu hal sekecil itu pada ibunya.

Body shaming satu hal yang kecil ke? Memang anak aku kena deal sendiri dengan kawan-kawan dan sikap gurunya di kelas ke? Aku tak berhak buat aduan tentang isu ini ke?

Bila mesyuarat PIBG bukan main lagi cikgu berucap, ada masalah buli sila buat aduan cepat. Kita akan ambil tindakan. Kita tak nak sekolah kita membudayakan buli. Sekolah kita zero kes buli. Yakinnya mereka.

Aku tahu cikgu-cikgu tak dapat kawal semua murid. Tak mungkinlah mereka dapat kawal. Tapi yang paling aku kesalkan adalah sikap cikgu yang menyindir anak aku. Macam tu ke cara cikgu handle masalah ni?

Aku kesal. Kesal yang teramat. Aku sedih bagi pihak anak aku. Aku ibu yang gagal, tak dapat nak lindung anak sendiri. Tak mampu buat apa-apa untuk anak.

Kalau aku buat aduan terus pada pihak sekolah, entah apa pula yang anak aku kena hadap? Kasihan anakku.

– Mommy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *