Salam semua, nama saya Bunga. Berusia 38 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata lelaki berusia 7 dan 9 tahun.
Baru-baru ni, saya ada terbaca kerisauan seorang ibu mengenai anak lelakinya. Saya pun ada kerisauan mengenai anak lelaki saya. Walaupun bukan mengenai ona** tetapi lebih kepada kencing berdiri.
Sedikit latar belakang mengenai diri saya. Saya merupakan seorang muslimah yang sangat particular mengenai issue ini.
Saya seorang yang sangat anti dengan lelaki yang kencing berdiri dan saya make this known to my husband masa mula-mula berkahwin dulu.
Mungkin ujian untuk diri saya, saya juga mendapat suami yang kencing berdiri. Tetapi saya dah bagitahu suami saya yang kalau awak nak kencing berdiri, pastikan bukan depan saya.
Alhamdulillah suami mengikut kehendak saya. Walaupun saya tahu kalau saya tiada, dia akan berdiri juga. Tapi at least bila dengan saya, seperti mandi bersama atau pun kami berdua didalam bilik air, suami saya akan duduk dibowl.
Masalah saya sekarang ini, anak lelaki saya pun dah pandai kencing berdiri. Mungkin belajar daripada kawan-kawan disekolah kerana dirumah, memang saya akan pastikan anak-anak saya duduk di toilet bowl.
Dah puas saya marah. Tapi mereka tetap berdegil. Saya risau kalau bermula dengan berdiri ini, mereka akan pandai untuk tidak basuh bebird pula.
Saya pernah meluahkan perkara ini kepada kawan baik saya. Muslimah yang menjaga juga. Tetapi jawapan yang diberikan amat mengejutkan saya.
Kawan saya cakap, mula-mula saya macam awak juga. Tapi bila saya dah ada anak lelaki, saya rasa lebih mudah untuk kencingkan dia berdiri dan kadang-kadang kalau hendak cepat, saya hanya goyang-goyangkan sahaja bebird anak saya.
Adakah apa yang saya risaukan ini tidak valid? Dan saya patut lebih bersifat terbuka mengenai issue ini?
Sekian terima kasih..
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit