Anak Kencing Berdiri II

Part I: https://iiumc.com/anak-kencing-berdiri/

Hi, saya Bunga. Terima kasih admin sebab menyiarkan cerita saya mengenai anak kencing berdiri. Dan saya dah baca komen-komen dari pembaca sekalian. Saya ingin clarify sedikit mengenai pegangan saya mengenai isu anak kencing berdiri dan kenapa saya betul-betul tak suka kalau anak-anak saya buat begitu.

Pertama sekali, saya sedia maklum bahawa, kencing berdiri ini bukan la haram cuma saya tak suka berdasarkan pengalaman-pengalaman yang saya lalui seperti yang akan saya ceritakan selepas ini. Kalau pembaca ada tambahan pengalaman. Boleh la juga berkongsi dengan kami.

Pengalaman 1
Terjadi sewaktu saya mengikuti satu program hiking semasa belajar diuniversiti dahulu. Semasa hiking, saya ternampak beberapa student lelaki ke arah sebatang pokok dan memancutkan kencing masing-masing. Mungkin tidak tahan. Saya boleh faham. Tapi kenapa lepas pancut tak cuci bebird?

Pengalaman 2
Terjadi sewaktu kami sekeluarga menuju pulang ke kampung halaman. Jalanraya pada ketika itu sesak. Tiba-tiba kereta didepan kami menyalakan hazard light dia dan keluarlah dua orang remaja lelaki mungkin berusia belasan tahun memancutkan kencing ditepi kereta menghadap hutan, sekali lagi saya tegaskan, saya faham mungkin kerana mereka tidak tahan. Tapi selesai memancut, mereka terus zip seluar dan masuk kembali ke kereta. Kenapa tidak cuci dahulu?

Pengalaman 3
Berlaku dikampung halaman saya. Awal pagi jam 3am macam itu, saya terasa ingin membuang air kecil. Sewaktu menuju ke toilet, sepupu lelaki saya juga ingin membuang air kecil, dan saya bagi dia menggunakan toilet dahulu. Walaupun pintu ditutup, tapi jelas kedengaran air yang dipancut di toilet bowl. Selepas selesai, hanya kedengaran flush toilet. Tiada bunyi air paip. Bila saya masuk, lantai kering, sinki kering dan ada titisan kencing atas toilet seat. Murung saya pagi itu dan terpaksa kencing atas lantai sebab geli tengak titisan kencing atas toilet seat.

Pengalaman 4
Pengalaman terakhir saya, berlaku disebuah mall di kuala lumpur. Toilet perempuan ada urinal kecil untuk ibu yang membawa anak lelaki mereka buang air kecil. Ada seorang ibu menyuruh anak lelakinya membuang air kecil di urinal tersebut. Dan selepas habis, ibunya hanya menyuruh anaknya menyimpan bebird dan zip seluar tanpa mencuci bebird terlebih dahulu.

Inilah pengalaman-pengalaman saya yang menyebabkan saya tidak suka anak-anak saya kencing berdiri. Kalau pembaca ada pengalaman lain mungkin boleh kongsikan supaya orang tahu kencing berdiri menyebabkan lelaki ada tendency untuk tidak cuci bebird mereka ataupun adakah tidak mencuci bebird dah menjadi norma untuk masa kini?

Sekian.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *