Anak Kesayangan Emak

Hari tu aku tertengok clip Zulhuzaimy entah dalam program apa kat FB. Tapi pendek ceritanya, Zul cerita pasal hubungan dia dengan arwah ayahnya yang tak berapa ngam.

Katanya mungkin sebab dalam ramai ramai adik beradik, dia je yang nakal dan belajar tak pandai, kalau aku tak salah.

Jadi mereka tak bercakap, tak bertegur kalau Zul balik kampung. Masa ayah dia meninggal, dia tak sempat jumpa.

Tapi yang jadi syahdu adalah bila kawan kawan arwah cakap, sebenarnya arwah selalu cakap pasal Zul kalau lepak dengan kawan kawan, takde nak cerita pasal anak yang lain!

Jadi, Zul be like, ‘Oh, rupa rupanya aku anak yang disayangi. Aku anak kesayangan’

Begitu la lebih kurang yang aku dengar.

Dia begini. Aku rasa aku faham maksud dan rasa Zulhuzaimy. Tapi mungkin hati aku tak bersih macam dia, aku tak boleh terima senario itu dengan senang.

Sebab apa? Sebab aku ada di posisi itu!

Adik beradik aku ada 7, aku yang ke 6. Maksudnya aku bukan bongsu. Dari aku kecik, aku memang ingat kedudukan aku. Aku bukan bongsu, jadi aku tak dirajakan.

Tapi aku bukan anak yang dewasa, jadi aku boleh dikudakan. Maksud dikudakan aku tu bukan kena belasah.. tak!

Tapi aku dipaksa mengalah kepada abang dan kakak, juga pada adik aku yang seorang itu.

Ayat biasa aku dengar, ‘Kau adik, jangan berebut dengan abang kakak’ dan ‘kenapa la dengki sangat dengan adik beradik?’ dan ‘takkan la dengan adik sorang pun tak boleh mengalah?’.

Lagi pun jarak aku dengan adik 5 tahun, sedangkan aku dengan abang yang atas aku cuma 1 tahun. Dan adik aku putih, adik beradik aku putih. Aku gelap. Tiberrr. Entah ada kaitan ke tak.

Mungkin sebab aku hitam, adik aku yang kecik tu lebih comel dari aku? Sampai sekarang kalau ada iklan losyen pemutih kat TV, abang aku akan suruh beli. Tahu tak korang, ia menyakitkan hati.

Back to topic yang asal, sebab parents aku ada ramai rakyat jelata yang perlu disuap, belanja bukan sikit ye. Apa lagi parent aku cuma kerja kampung. Seingat yang aku boleh mengingat, aku memang dah tolong parents aku dari kecik.

Petang aku (dan abang yang atas aku tu la sebab masa tu orang lain duduk asrama) akan siram sayur kat kebun, hujung minggu kutip sekerap, balik sekolah perah kain yang mak aku basuh guna tangan, ehh banyak la kalau nak list. Tu dari masa kecik kecik lagi.

Mak aku selalu cakap, dia berangan nanti bila anak anak dah besar, hidup dia senang sikit. Dia penat dah jaga anak. Nanti nak tumpang anak pulak. Kalau sorang anak bagi rm100, wauu! 7 anak dah rm700!

Aku ingat abang aku kata, nanti dia nak belikan kereta untuk mak aku. Jadi mak aku tanya, sayang dia tak? Abang aku cakap sayang! Tapi aku tak ada jawapan. Aku lebih kepada takut.

Macam mana kalau aku tak boleh bahagiakan mereka? Aku ni menyusahkan ke? Kalau aku tak boleh bagi kereta, tu tanda aku tak sayang ke?

Bila aku sekolah menengah, aku masuk asrama jugak. Jangan cerita la kelengkapan aku kat asrama. Aku tak berani mintak,

Aku takut nanti mak aku akan merungut macamana aku dengar dia merungut pasal abang kakak aku sampaikan aku pernah pakai kasut sekolah yang dah berlubang tapak.

Aku simpan duit syiling, lepas tu aku tukar kat kedai runcit. Yeayyy!boleh beli kasut baru!

Masa duduk asrama, 1 bulan sekali aku akan balik. Outing jarang, duit cukup cukup makan je. Tak pernah dihantar dan diambil kecuali hari first dan last dalam sesi sekolah sebab bawak barang. Tu pun lepas aku f5, aku pergi daftar sendiri.

Masa tu abang dan kakak aku ada yang dah kerja, ada yang matrik, diploma. Tapi a aku banyak masa kat rumah sebab sekolah tak jauh pun. Rutin aku sama bila balik kampung, buat kerja rumah. Lepas SPM pun aku masuk kebun getah dengan mak aku.

Mak aku tak bagi menoreh, takut pokok rosak katanya. Jadi aku menebas atau tolong kutip getah yang dah penuh, sorok dalam semak. Aku tak tido, kang pacat masuk telinga kang huhuuu. Aku buat macam macam untuk tunjukkan aku berguna, aku boleh senangkan parents aku.

Aku tolong tanam getah, membaja, cuci kebun, tanam sawit, rumput, jaga lembu, jaga kambing, jaga kucing. Bagi aku, jaga kambing paling penat sebab kami tak ada tanah untuk lepas kambing.

Aku nak tunjuk aku berguna walaupun aku tak pernah janji macam adik beradik yang lain. Aku buat apa yang aku mampu. Aku tak cakap banyak, aku tak janji banyak. Aku buat!

Bila dapat offer jadi cikgu ganti, kena hina dengan budak sekolah sebab diorang pernah nampak aku tarik kambing kt kampung. Hmmmm

Ayah aku ada eh! Ayah aku garang masa aku kecik dulu, sekarang bila anak anak dah besar tak dah.

Tapi, walau apa yang aku buat, mak aku tak pernah puji walau sekali! Tak pernah! Aku ingat dia ungkit adik beradik aku yang lain pernah susah sebab tolong dia.

Adik aku membesar dalam ladang, abang aku jatuh motor dalam kebun getah, kakak aku nasib baik tak putus tangan kena parang, orang ni begini, orang tu begitu.

Aku tak boleh merungut, atau tidak aku dengki dengan orang lain sebab aku tak malang begitu. Sedangkan aku pon tolong. Takkan aku kena jatuh motor jgk baru dia nampak pengorbanan aku buat?

Aku memang akan spend zaman bujang, cuti hujung minggu di kampung. Jarang sangat aku merayau. Kawan kerja pun fedup nak ajak berjalan. Hampir semua ak rijek. Even bila dah kerja, tugas aku kat kampung masih sama.

Kadang kadang aku bawak mak aku jalan jalan, pergi rumah besan dia, shoping pinggan. Lepas kahwin, aku menangis sebab menyesal. Sape akan jadi driver parents aku?

Aku mula sedar aku hidup untuk gembirakan mak aku (ayah aku ada la sikit) bila aku mengandung anak lelaki. Aku takut nak bagitahu mak aku sebab cucu dia semua lelaki. Aku takut mak aku kecewa tak dapat cucu perempuan.

Suami pon tak faham kenapa aku emo lepas scan baby lol. Mak mertua aku pun nak cucu perempuan, jadi aku dua kali rasa bersalah masa tu.

Aku pun rasa bersalah bila aku berpantang dan tak membantu langsung di rumah. Aku dah tak boleh jaga haiwan haiwan ternakan, tak kemas rumah, tak peduli hal rumah masa berpantang. Aku cuma jaga diri sendiri dan anak saja. Aku ingatkan begitulah berpantang.

Sehingga aku dengar mak aku bagitau kakak aku, ‘ T tu, asyik berkurung dalam dengan anak bilik. Masa anak tidur, keluar la tolong tolong’ sedangkan dia bagitahu misi kalau boleh, makanan berpantang pon dia nak hantar dalam bilik.

Ditambah dengan hormon, penat, suami balik hujung minggu, entah laaa.. aku rasa terlalu kecil hati. Aku banyak korbankan umur aku tolong mereka, aku cuma nak berpantang saja. Ye, aku mula depressi lepas bersalin.

Aku susah nak handle anak, suami aku tak faham kenapa aku cakap susah berpantang kat kampung, tak ada orang boleh bawak aku dan anak check up di klinik sebab diorang sibuk,

Dari hari pertama smpai hari 40 aku berpantang, aku tak berurut walaupun aku dah mintak tolong ayah aku bagitahu tukang urut sebelum bersalin lagi.

Aku tak boleh tanya kenapa kakak aku dulu boleh dapat semua tu, tapi aku tak, tau nanti mak aku cakap aku dengki lagi. Aku minta suami bawa aku balik rumah kami. Aku terlalu kecik hati. Tapi suami tak nak!

Sedangkan mertua aku layan aku berbeza. Mereka tolong jagakan baby, bagi aku rehat dan makan.

Aku mula banding keluarga aku dengan mereka. Agaknya, Tuhan tahu aku sangat menjaga keluarga, Dia bagi family baru yang menjaga aku. Adik adik ipar aku baik sangat!

Alhamdulillah. Tapi aku kekok. Aku tak pernah rasa dibantu, aku tak pernah rasa dirai, jadi macamana aku nak react?

Tahun ni emak aku positif covid dan dia mengadu pada kakak aku, anak kesayangan tak call, tak tanya khabar.

Oh, rupanya aku anak kesayangan dia. Aku tak pernah tahu. Aku tak pernah rasa disayangi. Aku hanya membesar dengan niat tidak membebankan. Cukup la penat mak ayah aku bela 5 anak sebelum aku.

Nak tahu apa aku rasa bila aku dengar cerita zulhuzaimy? Sedih! Marah! Sebab nikmat tahu disayangi sahaja tu takkan sama dengan nikmat rasa disayangi. Tak sama!

Parents..tunjukkan sayang kalian pada anak. Tak perlu cerita pada jiran, pada kawan kamu bangga dengan anak anak. Kami tak perlu cerita lepas kamu meninggal, kami mahu rasa kasih sayang masa kamu masih hidup. Tolong la.

Tunjuk rasa sayang pada kami, supaya kami pun boleh tunjuk sayang pada orang lain jugak. Ia tak adil untuk kami. Ambil tahu pasal kami, tanya la masalah kami. Tahu apa keperluan kami. Bela anak bukan setakat bagi makan saja.

Aku dah hilang rasa belonging dengan emak aku sendiri. Sekarang yang aku tau, setiap bulan aku bagi duit kat parents aku.

Bila balik kg, aku kemas rumah setakat aku mampu. Aku beli perabot yang aku rasa perlu kat rumah kampung. Lain lain, aku hilang rasa.

Oh ya, mungkin rezeki aku jugak, kawan2, suami, adik adik ipar, even sepupu sebelah suami aku sangat la pemberi. Out of nowhere tiba tiba dapat hadiah untuk aku atau anak aku. Jadi aku slowly tiru mereka. Aku mula memberi pada orang lain.

Gembira! Memang suka bila tengok orang guna barang yang kita bagi! Aku dah ada contoh, jadi aku ikut dan bagi semula. Tapi still, aku tetap takut takut bila bagi hadiah pada emak aku. Aku takut dia masih tak gembira, tu bukan taste dia.

Jadi aku doa, semoga aku tak jadi parent yang begitu. Semoga aku terus ada dalam kalangan orang yang baik baik dan aku boleh jadi baik sama.

– T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *