Anak Khas, Anak Istimewa

assalamualaikum and hi .kalau korg baca confession ni maksudnya tersiar dah la kan ,haha thank you for that .berbalik kepada tajuk ,i would like to share pengalaman aku dengan anak-anak istimewa ni since aku bakal jd guru pendidikan khas ,next year yihaa .doakan !

ramai yg cakap budak istimewa ni scary .menggelikan .yela sbb diorang selalu dimomokkan dengan budak yg air liur meleleh ,hingus meleleh ,comot .tp diorang xtau sebenarnya budak-budak khas ni special kalau korang cuba masuk dunia mereka .knp special ?sbb diorang tahu menghargai despite of their kekurangan .pernah sekali tu ,aku ajar warna .it tooks 2 months utk aku ajar diorang lima jenis warna dalam masa dua bulan .ajar harini esok lupa ,and begitula seterusya .tapi bila nak abis latihan mengajar ,ada budak ni dia sebut satu satu warna yg aku ajar in english .lepastu he thanks me .masha Allah perasaan masa tu sebak and terhru gila .x sia sia usaha dan kesabaran aku yg kena tarik mereka dari bawah kerusi ,belakang almari ,kejar mereka ,fuh .guru pendidikan khas je faham

mereka ni jugak pemberi inspirasi .pernah satu haritu ,kami berckp ttg cita-cita .ada budak khas ni cakap cikguu ,nanti saya nak kerja elok2 .saya xnak dah jadi bodoh ,saya nk tolong makayah saya .saya nak jd org berjaya blh naik helikopter mcm org tu .masa tu ada program kt sekolah yg adee org kenamaan dtg .lepastu aku bagitau dia okay ,tp awk kena belajar rajin-rajin dan jgn nakal-nakal okay .dia senyum dan kami berfist bump .hehe diorang pun ade impian ,jgn perkecilkn .bantulah diorang walau kalian bukan cikgu sekalipun .kita x tahu masa depan sorang-sorang kan .jgn pandang rendah ,diorang pun manusia .manusia istimewa

diorang jujur .sgt jujur .mmg org ckp budak2 jujur, tp sekarang budak2 pun ade yg pndai menipu .tpi diorang jujur .kalau aku mengajar x best ,diorang directly cakap bosan .hahaha pang rasa kena tampar kat muka kena tegur budak khas .jadi aku baikilah pengajaran aku .jujur diorang tu tahap kau kena redho dan sabar sesabarnya .dia tegur cikgu kenapa muka cikgu ade jerawat .then aku jawab cikgu stress ,awak nakal sangat .esok kalau dia dh xnampak jerawat dia akan cakap cikgu ,kami dh x nakal kan sebab jerawat cikgu dh x ada jadi cikgu x stress .adoila anak-anak .mekap tebal dia tegur ,muka pucat dia tegur ,sampai cincin kat tangan aku pun dia tegur cikgu ,cikgu belum kahwinkan .lpeastu kawan dia jawab pandai2 je kau ni .dia ckp balik yelah orang dah kahwin pakai cincin kuning ,cikgu pakai cincin putih haha .semua dia jujur tegur .jadi kau kena terima semua teguran tu seadanya sebab tu dari hati diorang .

budak khas ni ajar aku utk lebih hormat dan beradab dgn org .masa latihan mengajar ,kita kena ajar kelas khas dengan kelas biasa .kdang-kdang budak kelas biasa salam pun xnak kat kita .yela kita guru baru yg berlatih je .tapi budak khas dia datang sekolah ke ,dia balik ke ,dia x pergi dekat makbapak dia dulu ,dia lari dekat kita ,dia salam kita siap sengih2 .ade yg siap jerit cikguuuuuuu walaupun ada masalah pertuturan .masa tu kau akan rasa betapa kehadiran kau sgt bermakna utk diorang .aku bukan nak kutuk budak biasa ,tp pernah budak biasa panggil aku babi .bukan marah tapi sengaja panggil aku babi konon nak bergurau .jadi siapa lebih beradab ?yang kau kutuk air liur meleleh ,lembab ,bodoh ,comot tu ?renung2kan .tp x semua budak normal ni x beradab .

budak khas ni aura positif dia lain .trust me ,cuba hampiri diorang .kau yang moody ,panas hati insha Allah akan jd okay and happy bila dgn diorang .aku mengaku ada masa kau akan marah jugak sbb perangai diorang yg masha Allah ,tp diorang tahu nak amik hati kau balik .pernah budak sindrom down ni lari .tengah jalan ,masa balik sekolah yg aku kena kejar dia .dahla dia laju ,pastu dia baring dekat parking kereta masa panas terik ,siap keraskan badan sebab aku nak angkat dia .dahla menyepak-nyepak .adoi ,nak marah sbb panas ,dia buat hal pulak .tapi lepastu dia okay ,dia pujuk aku siap peluk cium-cium pipi .alahaiiii .dia hulur tgn cakap ‘ap gu’ ,maksudnya maaf cikgu .terus x jadi nak marah .hurm .belum lagi yg masa kau marah ,dia buat persembahan istimewa siap menyanyi dan menari lagi .aiseh ,cikgu rinduuu

dan diorang ajar aku ,normal mana pun kau ,kau tetap tak sempurna .budak khas ni kebanyakannya boleh speaking .yg aku pernah ajarla .ade sorang budak ni dia memamg speaking je memanjang .aku yg bebal speaking ni layankan jelah .dgn bahasa yg agak berterabur aku cakap dgn dia .dia balas balik teacher ,what are you talking about .hu malu pulak aku kena tegur dengan budak khas .selain x terer speaking ,aku fail bab seni .tapi diorang ,memang kreatif .aku bagi tanah liat ,boleh jadi helikopter diorang buat .sedangkan aku sendiri cuma tahu buat orang lidi je .terus aku sedar ,dlm kurangnya diorang ,ada kelebihan yg aku xdaa .jadi kenapa aku nak mendabik dada dan bangga ?

buat ibu bapa ,yg ada anak istimewa ,hargailah mereka ,sayangilah mereka dan didiklah mereka seadanya .mereka istimewa ,mereka anak syurga .buat cikgu ,jalankan tanggungjawab anda sebaiknya .mereka amanah utk kita didik ,dan jaga .dan buat masyarakat ,terima mereka sebagai sebahgian daripada kita .jangan hina mereka ,jangan rendahkan mereka ,jangan pinggirkam mereka .dunia ini pinjaman ,bukan utk yg kau sahaja ,tp utk kita semua .

doakan kami tahun depan .
bakal cikgu pk .

– bakal cikgu pendidikan khas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit