Anak Kurang Bertanggungjawab

Assalamualaikum Admin, minta untuk hide nama dan profile jika cerita ni terpilih. Aku bukan nak buat confession apa sangat, cuma nak kongsi cerita. Aku pernah bekerja sebagai Material Engineer Assistant, jadi ofis aku agak ceruk sikit, dekat dengan stor dan satu ofis aku ada dua orang QC, yang da pangkat mak cik tapi aku panggil akak.

Yang aku nak cerita pasal salah seorang dari QC tu, Kak Ida. Kak Ida ni ada 3 orang anak, semua lelaki, anak pertama umur dekat 30 tahun, yang kedua anak istimewa, aku tak pastilah istimewa macam mana, yang aku tahu, dia tak pandai bercakap, tak pandai uruskan diri sendiri dan yang ketiga, di jaga oleh Ibu dan adik Kak Ida. Anak pertama Kak Ida bekerja dan menyewa dekat daerah lain jarak dalam dua tiga jam dari sini. Dan suami dia dah meninggal dunia.

Kak Ida ni kalau ditengok sebenarnya dah tak ada semangat nak buat kerja. Yelah buat kerja sikit, dia punya merungut naik stress aku dengar tapi nak buat macam mana, dia terpaksa kerja nak cari duit. Aku tak lah salahkan dia, aku tahu dia penat, dia kena uruskan anak istimewa dia, seorang diri, sah-sah anak dia bertubuh agak besar sedangkan Kak Ida ni agak kecil orangnya. Pagi-pagi dah kena siap, hantar anak dia pergi taska, itu pun dia cakap itu satu-satunya taska yang terima anak dia lepas tu baru masuk kerja. Tu kalau hari sabtu, taska tutup, dia kena kerja sabtu, dia akan kurung anak dia dalam bilk, waktu rehat dia akan balik mandikan, bagi makan anak dia lepastu datang balik kerja. Aku yang tengok dia pun terasa penat.

Kenapa tajuk anak tidak tahu tanggungjawab? Ok, masuk cerita anak sulung dia, ayat tu bukan setakat aku cakap belakang, aku pernah cakap depan-depan Kak Ida yang anak dia anak yang baik tapi tak tahu tanggungjawab, jadi suruh anak sulung dia tu belajar tanggungjawab. Bila dia merungut penat jaga anak istimewa dia seorang diri dan kena kerja lagi, aku cakap kenapa anak akak yang pertama tu tak nak kerja kat sini? Yelah, boleh sama-sama jaga lagipun dah tentu anak dia tu lagi kuat kudrat dan jimat sewa rumah. Dia cakap anak dia tak suka kerja tengah-tengah bandar. Lepastu dia cerita, kalau anak dia balik pun bukan lekat kat rumah, berjalan je sana sini. Kak Ida cakap dia pun teringin nak berjalan sana sini tapi mana larat dia bawa anak istimewa dia seorang diri. Bila dia cakap dia malas nak kerja, jadi aku cakap tak payahlah ot sangat. Dia cakap tak cukup duit tak ada orang nak bagi duit, aku cakaplah anak akak akan ada, suruh lah dia bagi duit belanja sikit jadi adalah masa rehat akak sikit dan tak lah akak terkejar-kejar.. Dia cakap anak akak tu simpan duit nak pergi berjalan, backpackers luar negara. Mana nak cukup duit bagi akak. Aku pula sakit hati dengan jawapan tu, Aku cakap “ Anak akak tu tua dari saya tau, Saya ni dari habis belajar terus kerja tanggung keluarga, nak jalan dalam malaysia pun fikir banyak kali sebab takut ada menda lain lagi penting”. Kak Ida cakap dah dia cakap macam tu, akak nak buat macam mana. Lepas tu, hari tu aku dengar cerita kak Ida beli kereta baru, MPV, banyak jugala duit muka lebih 5 ribu kalau tak silap dia siap keluarkan duit asb, tapi aku pelik dia tetap drive kereta buruk dia yang aku rasa setiap bulan mesti rosak. Aku tanya mana kereta baru tu, rupanya-rupanya dia beli untuk anak sulung dia. Kereta dia punyala buruk tak tukar, pernah suatu hari kereta dia rosak, mujur ada budak kilang ni yang baik, sanggup ambil dia pergi kerja, tolong uruskan kereta dia semua. Lepas tu kak Ida telefon anak dia depan aku, Kak Ida punya nangis-nangis cerita, anak dia punya respon sakit hati aku, sebab aku dengar suara anak dia, geram aku nak rampas handpone tu lepastu nak sound anak dia. Kemudian, tak lama lepas tu, kak ida tunjuk kat aku gambar sportrim, dia cakap anak dia suruh dia beli sport rim dia cakap boleh tapi dia yang pilih. Dalam hati aku nak cakap, akak tak payah cerita apa-apa pasal anak akak, saya yang sakit hati.Banyak lah lagi kisah anak dia yang menyakitkan hati aku. takut panjang sangat pula.

Ada satu hari tu, Kak Ida masuk ofis, aku tegurlah, jap lagi dia marah aku, aku rasa aku cuma tegur tak ada cakap apa-apa lagi. Rupanya dia stress, anak ketiga dia nak masuk kolej swasta, adik dan mak dia cakap tak bagi anak dia buat pinjaman ptpn nak bayar sendiri. Nanti kesian anak dia kena bayar ptptn bila dah habis belajar.Walau kongsi-kongsi duit, dia kena keluarkan dekat 10k, aku bagilah idea, pilihlah kolej yang bayar murah sikit, kan banyak pilihan. Dia cakap mak dengan adik dia nak anak dia belajar dekat dengan rumah. Tu je kolej yang dekat. Mana dia tak stress nak cari duit banyak tu.Jujurnya aku memang kesian dengan Kak Ida.

Jadi, Moral dari cerita aku ni, sebagai ibu bapa, jangan terlalu manjakan anak, ajar mereka tanggungjawab. Dan sebagai anak, cuba tengok kesusahan ibu bapa, mungkin diaorang nampak ok, tapi sebenarnya diaorang tak ok. Belajarlah mengenal tanggungjawab sebagai anak dan laksanakannya.

Ini je cerita aku, terima kasih kepada yang membaca dan ambil pengajaran kalau boleh.

– Izza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit