Assalamualaikum. Saya Cik Bunga, si bujang terlajak yang tinggal berdekatan dengan keluarga. Kami lima beradik. Dua adik perempuan Dan seorang adik lelaki dah berkahwin. Hanya tinggal saya dan adik bongsu lelaki yang masih membujang.
Saya tinggal berasingan dengan keluarga walaupun jarak ke rumah mak hanyalah 1 jam. Saya tak suka kelam kabut pergi kerja. Jadi saya menyewa berdekatan tempat kerja. Cuma tiap2 minggu saya memang confirm akan balik rumah mak abah.
Mak abah kerja kampung je. Adik bongsu pulak mak abah tak bagi pergi jauh-jauh. Alhamdullillah dialah driver mak abah nak kemana-mana. Abah tak pandai drive tapi saya memang belikan kereta untuk mudahkan dia kemana-mana dengan adik sebagai driver.
Untuk tugas dan kerja lain, biasanya mak akan selalu menangkan adik. Biasanya sabtu ahad saya balik ke kampung, kerja saya adalah mengemas rumah, mengemop lantai, cuci bilik air, cuci dapur, cuci toilet, memasak and sebagainya. Saya memang suka rumah bersih, kemas.
Mak and abah tak ambil berat sangat pasal kebersihan, asal boleh sahaja. Fahamlah mak abah pon tak larat tapi mak tak pernah suruh adik tolong buat apa2 kalau saya tak ada. Adik biasa tolong abah sampai tengah hari je, petang dah rehat.
Saya di rumah seharian buat kerja rumah. Kadang kudrat saya tidak mampu nak uruskan semua kerja, sekali sekala saya mintak tolong adik basuhkan pinggan, mop lantai, cuci bilik air tapi mak marah Saya balik sebab suruh adik buat kerja rumah.
Mak selalu marah kata adik Saya tu penat, kenapa nak suruh dia. Katanya jugak lelaki dah penat cari duit, kerja berat dan sebagainya. Dia penat kat kebun tu. Padahal balik tengah hari tido petang tu segar bugar je.
Kita ni yang dah macam zombi dari pagi buat kerja, memasak bagai. Jaranglah berjaya nak suruh adik buat kerja rumah. Adik pon seronoklah mak asyik backup dia.
Kalau cakap dia akan cakap, mak tak bagi buat. Sedih saya. Abah pulak diam je, tak kata apa sebab mungkin bahagia begitu. Selama ni mak sanggup berpenat sorang-sorang dan anak perempuan tanpa bantuan abah.
Mak selalu nasihat adik-adik suruh hormat suami. Adik perpuan selalu kena marah kalau suruh-suruh suami buat kerja. Lemaklah si suami tu perempuan yang kena buat. Saya pon tak faham, adakah itu ajaran dalam Islam sebenarnya.
Mak selalu bagi contoh nenek dulu-dulu, dia muda-muda dulu boleh buat walaupun anak ramai. Bolehla mak tak bekerja. Adik perempuan saya semua bekerja, bukan suri rumah sepenuh masa. Masing-masing penat bekerja.
Kami tiga beradik perempuan. Memang dididik buat kerja rumah sedari kecil. Basuh pinggan, baju, cuci rumah dan segalanya kami adik beradik perempuan yang buat. Yang lelaki boleh je relex-relex tengok tv sambil makan kàcang.
Rutin kami adik beradik perempuan bangun pagi kena basuh pinggan, kain, kemas rumah dan sebagainya. Mak kadang-kadang pergi tolong abah di kebun. Jadi kamilah yang buat semua kerja rumah. No wonder adik-adik saya semua mertua sayang sebab rajin.
Bila semua sambung belajar dah kawin rumah jadi tak terus sangat sebab dah biasa anak perempuan buat. Mujurlah saya si bujang telajak ni ada untuk buatkan semua kerja-kerja yang adik perempuan buat.
Kisah adik perempuan saya pula kawin dengan jejaka pilihan hati, seorang cikgu. Adik saya ni rajin macam kakak dia jugak (perasan). Tapi dapat suami yang dimenangkan mak mertua sama macam mak.
Jadi suaminya tak banyak membantu kerja rumah walau sama-sama bekerja. Semua adik yang uruskan. Sampai saya pon naik angin tengok. Kadang mulut ni jahat jugak. Saya dengan selamba akan suruh adik ipar buat.
Mak jegil mata je. Saya buat tak tahu je. Bayangkan adik perempuan saya dah kemas baju dalam beg, siapkan anak-anak, suami dok leka main handphone. Sikit pon takde rasa nak tolong.
Okay lagi. Ini adik saya jugaklah yang angkat semua barang-barang masuk bonet kereta. Memang hangin la saya. Bila saya cakap kat adik minta tolong suami dia diam je.
Buat sendiri semua. Kadang tu, suami dia tunggu dalam kereta je sambil isteri dok susun barang dalam bonet. Tu belum lagi bab pempers. Pempers anak dalam bilik diaorang tu kalau adik perempuan saya lupa keluarkan and saya pon tak tengok.
Alamatnya berminggulah masam dalam bilik air dalam bilik tu. Bau bilik pon macam bau tandas. Takde pon inisiatif nak keluarkan pempers tu dari bilik letak kat tong sampah luar rumah.
Seorang lagi adik ipar lelaki seorang engineer dan dibesarkan dalam keluarga yang menangkan anak perempuan. Ni dari cerita adik sebab dia kata dia stress sangat kadang-kadang.
Dalam keluarga mertua dia, lelaki yang banyak buat kerja. Anak lelaki bangun awal, anak perpuan pulak tidur kadang sampai ke tengah hari. Ayah mertua pula jenis rajin. Makanya mak mertua memang rasa kudrat lelaki lebih untuk tolong dia hatta kerja di dapur.
Untunglah adik saya dapat suami rajin. Cuma kesian dia stress kalau raya kena beraya rumah suami dulu sebab mak mertua dia memang minta dia suami isteri tolong dia mengemas dan masak juadah Raya.
Walaupun ada adik-adik perempuan, tapi semuanya jenis bangun lambat and siap diri masing-masing. Hikmahnya mak mertua dia baru nampak and suarakan jugaklah yang die menyesal didik anak perempuan macam tu.
Tapi kata mak mertua dia, susah nak ubah bila semua dah besar panjang and dah berkahwin. Mujurlah dapat adik yang jenis rajin, adalah jugak peneman perempuan didapur mak mertua dia.
Mungkin Ada yang rasa simple je benda ni tapi saya kadang stress sangat hadap semua ni. Kadang saya mengamuk, kadang memang suka bebel.
Sampai satu tahap sekarang mak dah boleh terima sikit kalau saya suruh adik buat kerja. Walaupun masih ada jawapan mak adik penatlah apa. Kadang Saya yang bebel balik kat mak. Selalu saya bagi contoh adik ipar dua orang tu.
Sebab mak pon kadang merungut jugak bila tengok seorang adik perempuan saya tu macam hamba je. Sikit sebanyak ubah persepsi mak terhadap lelaki.
Rasa banyak berdosa juga dengan mereka kerana selalu bebel bab ni tapi sekurangnya adik bongsu lelaki saya yang bakal berkahwin nanti dapat menjaga dan membantu isterinya pula. Oh ya, adik lelaki Saya yang dah berkahwin ni lain pula ceritanya.
Mereka suami isteri sama-sama bekerja tapi ditakdirkan dia dapat isteri yang garang dan tegas. Yang Ni Alhamdullillah, adik lelaki saya banyak membantu isteri dia walaupun dia dulu tak pandai buat apa pon.
Sekarang mak pon dah terima kenyataan anak lelaki dia yang seorang ni boleh memasak and tak pandang serong dah kat menantu perpuan dia.
Dulu mak selalu mengadu kat saya dia tak berapa gemar dengan menantu perempuan dia yang banyak bergantung kat suami. Sayalah tukang backup adik ipar saya tu.
Alhamdullillah sekarang mak dah boleh terima. Kadang-kadang mak yang request adik lelaki saya masak goreng-goreng. Sedap katanya, lain dari orang perempuan masak walaupun adik lelaki saya tu masak campak-campak aje.
Maaflah kalau rasa saya si bujang yang tak layak bercakap soal rumah tangga orang. Hanya memberikan contoh di depan mata.
Mungkin ada yang rasa saya perlu mengalami dulu baru tahu untuk sentuh Hal rumah tangga tapi seriously, benda macam ni buat saya tawar hati untuk berumah tangga. Saya lebih selesa begini.
Doakan saya kuat untuk terus jaga mak abah saya walau apa dugaan sekali pon.
– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit