Anak Lelaki Kecilku

Assalamualaikum.. Aku menulis disini kerana aku tidak tahu untuk meluahkan perasaan aku macamana selalunya jika ada sebarang masalah aku akan berkongsi dengan encik suami. Tapi….

Ok, sebelum diteruskan aku akan menceritakan dari mula tentang keluarga kami. Cerita ini lebih kepada masalah aku dalam mendidik anak lelaki sulung.

Pada januari tahun 2014, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang ku kenali hanya 3 bulan sahaja dan ketika itu aku berusia pertengahan 20-an.

Seawal perkahwinan kami, aku merasakan akulah insan yang sangat bahagia kerana diberi hadiah seorang lelaki yang sangat baik. Baik dari segi akhlak mahupun baik dari segi agama malah suamiku sangat rajin dalam mengurus hal-hal rumahtangga.

Pada hujung tahun 2014, lahirlah seorang anak lelaki dari rahimku. Allhamdulillah aku cepat sahaja mendapat cahaya mata.

Sebulan kemudian, kami diberi rezeki yang sangat diimipikan oleh suamiku iaitu dia mendapat tawaran sambung belajar di luar Negara. Malah, pembelajarannya juga ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan di sana.

Suami membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut bagi mengubah keluarga kami. Hal ini kerana, pada ketika itu aku mengajar di salah sebuah sekolah swasta dengan gaji pada ketika itu hanya RM1000 dan suami ku mengajar disekolah berdekatan dengan gaji sebanyak RM1500.

Justeru keputusan yang dilakukan oleh suamiku, aku terpaksa berpindah semula ke rumah kedua ibubapaku. Selain itu, rumah ibubapaku hanya 10 minit dari tempat aku bekerja.

Dalam rumah ibubapaku ada ibu, ayah dan keluarga abangku yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Anak lelaki bangsu abangku agak sedikit manja dan selalu bergaduh dengan anak lelaki ku malah umurnya hnya tua setahun sahaja dari anakku.

Pada ketika itu, aku mula rasa sedkit tertekan dengan kehidupanku kerana aku terpaksa mengurus anak lelakiku yang selalu bergaduh dan juga berebut barang mainan dengan sepupunya itu.

Selain itu, kehidupanku bertambah tertekan ekoran abangku yang terlalu manjakan anaknya dan anakku terpaksa mengalah dengan sepupunya tersebut. Semua barang mainan anakku adalah mainanya dan mainanya adalah mainanya.

Aku pada mulanya tidaklah kisah sangat dengan mainan anakku diambil tapi bila tahap berebut dan orang sekeliling selalu menyuruh anakku memberi sahaja mainan tersebut ekoran sepupunya sudah menangis meraung aku jadi agak terkedu.

Pada tahun 2016, aku mendapat cahaya mata yang ke-2. Pada ketika itu, perangai anak lelaki ku (2 tahun) mula berubah. Dia menjadi semakin aktif dan sangat kerap bergaduh dengan sepunya. Malah, orang disekelilingku selalu mengadu sifat buruk anak lelakiku ketika itu.

Tekanan ku menjadi bertambah dan aku mula kerap memarahi anakku. Marahku ketika itu memang agak kasar dan aku pernah menghempaskan badan kecil anakku diatas katil.

Astagfirullah.. aku menjadi tertekan ekoran terpaksa menjaga dua orang anak ku dengan suami yang kejauhan. Banyak hal-hal menguruskan anak-anak diuruskan oleh ku tambahan pula kewangan yang agak kurang sebab gajiku kecil sahaja.

Allahmdulilah 2 tahun lepas, keluarga abangku telah berpindah dirumah barunya. Oleh itu, pergaduhan dapat dikurangkan. Namun, family abang sulungku pula terpaksa berpindah ke rumah ibubapa kami kerana terdapat pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan

Pada tahun ini. Usia anak lelaki sulungku sudah berumur 6 tahun. Suamiku masih lagi dalam pengajiannya. Aku pula untuk senang menguruskan anak lelaki ku, gajet adalah mainannya.

Pelbagai certa kartun yang ditontonya. Jesteru, bahasanya banyak dipengaruhi oleh cerita yang ditontonnya. Perkataan seperti ‘jahat’, ‘tak faham bahasa ke?’, ‘oi budak kecil’ , ‘gila ke’ menjadi perkataan yang selalu dikeluarkannya apabila dia marah.

Selain itu, anak lelaki aku itu juga akan menjerit ketika marah mungkin sebab aku yang selalu meninggikan suara ketika marah.

Namun, aku sudah berkali-kali menasihatinya dan pelbagai teknik yang ku gunakan untuk memperbetulkan bahasanya dibuat. Sampai aku pernah mencubit pipinya ketika dia mengeluarkan bahasa-bahasa begitu.

Aku masih ingat pada tahun ini juga, abangku yang telah berpindah datang singgah ke rumah ibu bapa kami. Mereka baru pulang dari pasaraya. Anak-anak mereka membawa mainanan baru sambil menunjuk-nunjuk.

Apa lagi anak lelaki aku suka sangat hendak melihat dan mencuba mainan baru tersebut aku cuba memujuk anak lelakiku dengan hal-hal lain tapi tidak menjadi. Ibu bapa mereka membiarkan sahaja apa yang berlaku.

Aku hanya diam dan memerhatikan sahaja. Tidak tahu apa reaksi yang sepatutnya dan terus masuk kebilik kononya untuk ke tandas. Aku tidak mampu membuat apa-apa kerana kakak iparku dan abangku tidak boleh orang menegur anak mereka.

Aku hanya mendengar keadaan tersebut dari dalam bilikku sahaja. Beberapa minit kemudian, aku mendengar abangku menengking anak lelaki kerana merebut mainan anak mereka dan mereka terus balik ke rumah mereka.

Aku terkedu pada ketika itu, terasa sangat sakit hati. Mereka selalu begitu, jika ada mainan baru mesti bawa ke rumah ini tapi tidak ingin kongsi (memang perangai kanak-kanak) maka pergaduhan akan berlaku. Aku mula naik pening dan tertekan.

Selain itu, abangku memang suka memarahi anak lelaki ku, mungkin badannya agak gembal dan tinggi menyebabkan dia nampak lebih besar dan sebaya dengan spepu-sepunya lelaki yang bersekolah rendah.

Aku jenis yang tidak kisah sangat jika orang memarahi nak-anakku jika mereka buat silap. Tapi jika marah tanpa soal selidik dan putuskan kepada siapa yang ingin dimarahi adalah suatu yang tidak adil lagipun anak-anak abangku pandai memutar cerita.

Lagipun perangai anak lelaki ku memang suka memendam dan tidak pandai mengadu.

Oleh itu, aku terpaksa tanya betul-betul tentang perasaannya dan apa yang berlaku tapi keadaan itu dah terlepas kena maki hamun oleh bapa saudaranya. Aku pon naik hairan juga kenapa abangku itu sangat suka memarahi anak ku dan menyalahkan anakku jika ada apa-apa yang berlaku.

Cara marahnya memang menakutkan ku kerana tangan dan kakinya akan turut naik juga. Aku? Hanya menangis dalam bilik kerana tekanan dan memikirkan bilakah aku akan keluar dan mencari rumah sendiri.

Sebelum musim PKP ni aku telah megalami demam yang agak teruk dan haemoglobin dalam darahku menjadi turun. Oleh itu, suamiku telah menelefon ibu mertuaku untuk mengambilku dan anak-anakku pulang kerumah mertua ku. Allhamdulillah mereka memang baik sahaja dengan aku dan anak-anak.

Di sana kami sangat bahagia. Anak-anakku bebas bermain. Namun pada suatu hari kakak ku telah menelefonku menyatakan yang ibuku sangat merinduiku. Hatiku terus sedih dan rindu yang tidak dapat disekat sampaikan aku termimpi-mimpi ibuku.

Aku membuat keputusan untuk pulang semula kerumah ibubapaku dengan anak-anak. Aku telah menyatakan hasrat ku kepada suamiku dan pada mulanya nya suamiku menolak kerana dia dah tahu apa yang selalu berlaku kepada anak-anak kami.

Tapi, kerana aku terlalu merindui ibuku, suamiku membenarkan sahaja dengan hati yang berat.

Allahamdulillah aku pon tidak tahu macamana aku boleh lepas untuk pulang ke rumah dengan sekatan PKP yang agak banyak.

Di sini, mulalah timbul beberapa konflik anak lelaki. Jika dia dimarahi oleh kakak atau abang atau ipar-iparku, aku tidaklah kisah sangat jika memamg itu kesalahanya dalam hatiku itu mungkin kerana mereka ingin mendidik.

Namun kejadian malam tadi masih dalam kebingunanku. Kami sekeluarga solat berjemaah dan anak lelakiku selepas solat bukan boleh duduk diam dan dia terus menaiki kereta mainan milik sepupunya dan melintas dihadapnku yang masih solat kerana aku terlambat 2 rakaat.

Jadi, keadaan jadi sedikit haru dengan tingkah laku anak lelakiku yang berumr 6 tahun tersebut.

Oleh itu, sepunya yang bersekolah menengah telah membuat keputusan dengan menarik kereta mainan tersebut.

Maka, terhempaplah badan anak lelakiku ke lantai dan terkeluarlah bahasa yang agak kurang sopan dari mulut anak lelaki ku ‘oi budak jahat’ kepada sepunya yang merampas kereta tersebut untuk disimpan. Abangku yang mendengar terus menghantuk kepala anak lelaki ke lantai.

Pada ketika itu, remuk terasa hatiku. Namun aku hnya menahan sahaja. Pada ketika itu, mata ingin mengalirkan air mata dan bertalu-talu dalam hati bertanyakan kenapa? Kenapa perlu buat begitu? Sebelum tidur, anak lelaki mengadu yang dia sakit kepala kerana hantukkan tersebut.

Aku hanya mendengar dan berdoa dalam hati suapaya anak ku menjadi insan yang soleh. Ingin sahaja aku meluahkan kepada keluarga yang jika mereka tertekan dengan kehidupan.

Aku juga tertekan dengan membesarkan anak-anakku yang masih kecil kesorangan, sumber pendapat yang kurang.

(Sebelum ni aku buat kuih sebelum kekerja untuk diletak ke kedai bagi menambah pendapatan namun terpksa dihentikan) dan gaji ku tidak tahu macamana lagi bulan ini kerana aku bekerja swasta.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *