Ibu bapa saya bercerai pada usia kami masih kecil. Kemudian selepas 2 tahun menduda ayah kahwin dengan seorang wanita yang 20 tahun lebih muda dari usianya. Ketika berkahwin, wanita itu membawa bersama anak lelaki yang masih bayi (saya namakan syafiq).
Saya tanyakan pada ayah di mana bapa bayi itu. Ayah jawab bapanya mati. Ketika itu saya di sekolah rendah. Jiran-jiran ceritakan pada saya yang ibu tiri saya ada anak luar nikah. Yang pertama tak tahu di mana dan yang kedua adalah yang bersama saya. Saya tak kisah apa kata jiran. Tapi saya kecewa ayah tipu saya. Jelas ayah, anak itu tak berdosa, kita ambil untuk jaga supaya di masa depan anaknya tak ulang kesilapan ibunya.
Saya dan adik-adik lain melayan syafiq seperti biasa, malah saya menjaganya lebih daripada adik-adik lain supaya dia tidak berkecil hati dan supaya dia ingat apabila dia dewasa nanti, dia tidak tergamak melakukan kesilapan besar dek terkenang kebaikan dan kasih sayang kami.
Syafiq membesar mengetahui latar belakangnya sendiri tanpa bertanya pada ibunya. Dia tahu dia anak luar nikah kerana ber bin kan Abdullah.
Setelah syafiq bersekolah menengah, ibunya sekali lagi mengulang kesalahan. Beberapa kali dia tertangkap dengan ayah. Ketika itu ayah baru berpencen. Marah benar ayah, memang dibelasah lelaki itu. Dahlah bermukadimah zina di taman permainan, bersama lelaki berlainan bangsa pula. Malah adik-adik pernah ternampak ibu tiri dengan lelaki lain berbalas bahasa isyarat, duduk bersama dalam lori (ini yang paling saya kesal, sbb taknak peningkan ayah, kami diamkan-dan akibatnya mungkin di bawah ini) dan macam-macam lagilah.
Tak lama lepas itu, ibu tiri mengandung. Setelah berpuluh tahun tak mengandung ketika dengan ayah. Ayah syak tetapi dia telah tua dan dia tidak mahu berbalah kerana tiada bukti kukuh. Sedangkan memang bayi yang lahir itu berlainan benar dengan kami semua (tiada trait ayah, yang ketara wajah ibunya dan trait lelaki yang pernah adik nampak).
Saya kecewa kerana kami telah dewasa, dari kecil berebut kasih ayah dengan ibu tiri muda. Dah dewasa perlu fikir dan selesaikan masalah ayah dan ibu tiri.
Anak lain boleh bawa ayah ke sana sini tapi kami terpaksa mengalah kerana ayah menjaga anak tiri (hasil luar nikah isteri).
Anak lain boleh bawa ayah yang tua untuk tinggal bersama tapi kami takkan nak angkut dan menyara ibu tiri dan adik-adik tiri kami sedangkan kami ada keluarga dan anak-anak sendiri.
Pernah saya terfikir agar ayah ceraikan isterinya kerana orang bercerita, di belakang ayah, ibu tiri doakan ayah cepat mati. Perkahwinan ayah sekarang bertahan kerana anak kecil (yang ayah kata mungkin anaknya juga-tiada bukti jelas, kasihan budak itu). Tapi saya rasa tak tergamak biarkan adik-adik tiri merasa kepahitan keluarga pecah belah.
Untuk buat ujian DNA, seperti mencipta bala. Kalaulah anak itu anak ayah, pasti ibu tiri berang kerana meraguinya (siapa pun marah kalau dituduh). Kalau bukan anak ayah, takkan nak ditinggalkan sahaja anak-anak tirinya yang dah bersekolah menengah dan belum tadika?).
Adik itu berbin nama ayah. Siapa ayahnya yang sebenar hanya ibunya yang tahu.
Kekusutan kami ialah bagaimana kami nak berbakti pada ayah sedangkan kami tahu ayah sakit dan perlu perhatian kami.
Kalau kami bawa ayah tinggal sekali, bermakna ayah sekeluarga perlu pindah mengikut kami yang jauh di selatan. Apa pula kata isteri/ suami kami kerana perlu turut menyara keluarga tiri kami?
Dalam masa yang sama, ibu sebenar kami yang tak pernah muncul masa kami kecil, tiba-tiba hadir dan berbaik dengan kami. Kadang sedih kerana yang menjaga kami adalah ayah, tapi yang selalu dibelanja, dibelikan barang dan selalu meminta adalah ibu kami sebab dia kerap datang pada kami. Ayah tak meminta malah kalau kami beri dia tolak kerana tak mahu kami terbeban keluar belanja untuk berlaku adil pada ibu tiri dan adik-adik tiri.
Untuk saya cakap dan meluahkan mata ke mata dengan ibu tiri, saya tiada keberanian untuk mengguris jiwa lain. Lagipun rumahtangga ayah seperti biasa. Ibu tiri nampak seperti sudah berubah.
*salah seorang adik kami menghidap kanser. Kami syak tekanan inilah salah satu punca dia menghidap kanser. Tapi kenapa pelaku kesilapan tidak nampak rasa bersalah pada kami adik beradik.
*saya simpati pada anak luar nikah, mereka diejek kerana bin atau binti abdullah. Tapi ibu/bapa yang berzina itu tak ada tanda pun pada nama mereka yang mereka itu berzina. Kalau mereka bertaubat, bagus untuk mereka, tapi kalau tidak, yang merana adalah anak zina mereka kerana menanggung nama sepanjang hayat dan kami juga tak pasal terbabit. Perit telinga menahan cerita dan cakap mulut orang. Perit lagi melihat kelakuan mereka yang berpura-pura seperti tidak silap. Dan bayangkan yang menanggung perasaan, cemuhan dan ujian ini adalah anak-anak kecil.
Jangan disangka anak kecil tak faham. Buktinya kami sendiri, walaupun di sekolah rendah, kami memahami apa itu zina, apa akibatnya dan kamilah yang menanggung cemuhan kerana ada adik tiri zina. Kami juga terpaksa membuat tak nampak isyarat lucah yang berlaku depan mata, membuat pekak bila orang menyampai cerita.
Wahai orang dewasa yang berakal, gunalah akal untuk cari agama kalaupun tak mahu agama carilah common sense.
Saya harap pelaku dosa seperti di atas menyesal sungguh-sungguh dan doalah agar Allah tunjuk jalan keluar bagi masalah ini. Tak tertahan menanggung perit. Umur pun belum tentu panjang untuk disia-siakan.
– Amrani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit