Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah-ii/).
Anak luar nikah tiada hak atas harta faraid kerana masalah NASAB?
As’salamualaikum…
Terima kasih nasihat dan doa semua…
Semoga yang baik-baik juga Allah berikan kepada kita semua…
Hari ni aku nak ceritakan pasal nasab dan faraid anak luar nikah kami…
Dalam post yang lepas, isu ni yang ramai bangkitkan dan bincangkan…
Ya.. benar…
Aku dan arwah suami tahu yang anak kami tidak boleh menjadi wali kepada adik perempuannya…
InsyaAllah ada mertua lelaki dan ipar lelaki aku yang boleh menjadi wali…
Ipar lelaki aku ada 6 orang…
Secara tak langsung, anak-anak aku ada 6 bapa saudara…
Harta arwah suami juga anak luar nikah takde hak untuk tuntut dan tidak termasuk dalam pembahagiaan faraid…
Ya… benar…
Tapi apa yang aku dan arwah suami aku buat untuk anak-anak semua adil dapat apa yang sepatutnya?
Apa-apa harta yang arwah suami aku beli, semua arwah letak atas nama aku…
Jadi, apa yang aku ada pada hari ini adalah harta anak-anak aku yang akan aku bahagi samarata bila sampai waktunya… insyaAllah…
Rumah atas nama aku…
Kereta-kereta juga atas nama aku…
Aku bukan mata duitan untuk minta letak nama aku pada semua harta arwah suami aku saja-saja…
Tapi hal ni kami dah bincang dari awal perkahwinan lagi…
Sebab kami tak nak ada anak-anak kami yang tercicir mahupun tersisih…
Semua dapat samarata jika aku pula yang meninggal nanti..
InsyaAllah jika difaraidkan, pasti semua dapat samarata tanpa mengira taraf kelahiran anak-anak kami…
Walaupun anak tu anak luar nikah, tapi dia tetap anak kami…
Tetap anak kepada arwah suami aku…
Kalau cek DNA pun, tetap DNA kami…
Anak yang tiada alasan untuk kita nafikan hak dia…
Kehadiran dia di dunia ni sangat kami hargai dan kami anggap sebagai hadiah dari Allah… (hadiah = hidayah)…
Berapa ramai anak luar nikah didunia ni yang menjadi asbab ibubapa nya bernikah dan kemudiannya meninggalkan perkara yang Allah murka? Ramai…
Kehadiran mereka didunia ni memang ada segelintir yang tidak menyenangi…
Tapi hakikatnya kehadiran anak-anak ini adalah ‘TEGURAN’ dari Allah…
Allah hadirkan mereka untuk ibubapa nya berubah kearah kebaikan…
Walaupun mungkin ada yang rasa terpaksa untuk berkahwin…
Ramai guna alasan berkahwin untuk menutup malu kerana dah mengandung anak luar nikah…
Tapi sudut pandangan lain, terpaksa itu lebih baik dari terus bergelumang dengan dosa berzina…
JANGAN gugurkan…
Dah buat dosa zina, jangan tambah dengan dosa menggugurkan…
Kandungan tu tiada salah…
Yang salah perbuatan zina dan Allah izinkan anak itu jadi dalam rahim sebagai ‘TEGURAN’…..
Itulah hidayah dari Allah sebenarnya…
Baik ibu mahupun bapa kepada si anak luar nikah, jangan beza-bezakan taraf anak kita…
Anak tu lahir dari perbuatan kita…
Kita yang kena bertanggungjawab sepenuhnya keatas anak itu…
JANGAN letak tanggungjawab sepenuhnya keatas si ibu seorang…
Nasihat aku untuk pasangan ibubapa diluar sana yang ada anak luar nikah, fikirlah dan bertindaklah dari sekarang untuk fikirkan masa hadapan anak-anak itu…
Jangan sampai ada anak-anak kita yang berkecil hati dengan kita hanya kerana pembahagian yang tidak berlaku adil hanya kerana dia anak luar nikah…
Jangan… jangan pernah membezakan anak-anak…
Bapa-bapa diluar sana yang ada anak luar nikah tu, tolonglah untuk fikirkan masa depan anak tu…
Ajal kita tak tahu bila…
Sebab kita tak boleh nak nafikan pembahagian harta dengan cara faraid…
Memang itu yang akan berlaku bila berlaku kematian…
InsyaAllah bila anak sulung aku 18 tahun nanti, aku akan tukarkan terus kepada nama dia untuk salah satu kereta yang ada… semoga Allah permudahkan…
Bila ibu yang meninggal, anak-anak akan dapat samarata…
Tapi kalau bapa yang meninggal, anak luar nikah ini akan dinafikan hak…
Walaupun DNA sama, tapi undang-undang tetap tidak menyebelahi anak ini jika harta atas nama si bapa…
InsyaAllah bila kita berlaku adil, anak-anak kita akan mendoakan kita kelak…
Walaupun mungkin pada awalnya anak ini akan berkecil hati atau terkilan dengan statusnya, tapi kita yang kena ambil peranan membentuk anak-anak…
Penuhkan anak-anak dengan kasih sayang tanpa pilih kasih…
Hari-hari peluk anak-anak…
Berlaku adil dengan anak-anak juga adalah ibadah…
Tiada apa yang kita nak harapkan dari anak-anak ini selain dari doa mereka bila kita meninggal nanti…
Hanya doa dari anak-anak kita sahaja yang akan sampai kepada kita selain daripada sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat…
Bila kita meninggal nanti, semua amalan akan terputus kecuali tiga;
1) Sedekah jariah.
2) Ilmu yang bermanfaat.
3) Doa anak-anak yang soleh.
Bila kita bagi pendidikan yang sebaik-baiknya pada anak, semua itu bukankah ilmu yang bermanfaat?
Kita hantarkan anak-anak secara adil ke sekolah, bukankah itu ibadah kita untuk anak-anak tuntut ilmu bermanfaat?
Bukankah anak-anak ini nanti membesarkan dengan ilmu bermanfaat yang kita usaha corakkan dari mereka kecil?
Bukankah ilmu yang bermanfaat itu akan menjadi pahala yang terus mengalir kepada kita selagi mana ilmu itu menjadi panduan kepada anak-anak seumur hidup?
Kalau ada yang terkurang dari kita, turunkan ego dan minta maaf pada anak… jangan malu untuk minta maaf pada anak-anak…
Hargailah masa dan waktu dengan anak-anak selagi hayat kita masih ada…
Kerana kita tidak tahu siapa yang dulu pergi menghadap Allah…
Anak itu anugerah… tidak kira dia lahir dari cara apa sekalipun…
Lagipun harta duniawi ni hanya sementara…
Anak-anak ada rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan…
Cukuplah kita cukupkan anak-anak dengan ilmu yang bermanfaat…
Terutama solat… pesan anak-anak…
Tanpa solat, hidup kita akan susah dan tak kemana…
Kerana solat itu tiang agama sebagai jaminan untuk kita didunia dan akhirat…
Jangan pernah tinggal solat…
Itu kewajipan paling utama kita kena buat…
Banyak hikmah disebalik ‘TAUBAT’…..
Allah bagi lagi banyak bila kita jaga taubat dan jaga solat..
Fikirkan sejenak ibubapa sekalian…
Ini kisah benar yang berlaku kepada sepupu perempuan aku…
Dia ada seorang anak angkat lelaki yang dijaga dari baru lahir dan 2 orang anak kandung perempuan…
Arwah suami dia banyak harta dan semua atas nama arwah suami dia…
Semasa masih hayat arwah suami dia, keluarga mentua dia sangat baik…
Anak-anak dia semua disayang ditatang bagai minyak yang penuh…
Tapi bila arwah suami dia meninggal, siapa sangka nampak warna sebenar ibubapa mentua dan ipar duai dia…
Bertahun turun naik mahkamah sebab ibubapa mentua dan ipar duai tidak puashati pembahagian harta…
Mereka cabar wasiat arwah untuk anak angkat tu…
Mereka sebolehnya mahu tanah tu sebidang dan kereta tanpa di faraidkan…
Hanya 2 biji rumah tu sahaja mereka hendak faraidkan…
Arwah suami dia meninggalkan sebidang tanah, 2 biji rumah, 2 biji kereta dan beberapa simpanan lain…
Lebih menyedihkan, anak angkat yang mereka dah sama-sama anggap sebagai anak kandung dinafikan hak…
Memang betul anak itu tiada hak, tapi siapa-siapa yang ada anak angkat yang dijaga dari bayi pasti merasa anak itu tiada bezanya dengan anak kandung kan?
Anak-anak perempuan pula, kita semua sedia maklum bahagiannya tidak sebanyak anak lelaki…
Semoga kisah aku pada hari ini dapat memberi manfaat dan pengajaran…
Sama-sama kita fikirkan masa depan anak-anak…
Adik beradik sibapa yang kita lihat baik hari ini, belum tentu akan baik bila sibapa meninggal…
Tidak semua… tapi dah banyak kes berlaku… walhal ibu yang dapat bahagian, tapi ipar duai lelaki yang banyak campur tangan sebab taknak berlebih kurang dengan anak buah sendiri…
*Dalam kes aku, Alhamdulillah ibubapa mentua aku tak campur dan ipar duai aku juga menafkahi anak-anak aku sesuai pada kemampuan mereka…
Mereka tak campur urusan harta peninggalan arwah suami aku sebab semua atas nama aku…
Simpanan juga takde dan kwsp aku dah keluarkan sebulan sebelum arwah suami aku meninggal atas sebab hilang upaya bekerja dan doktor-doktor yang bantu aku keluarkan…
Mereka bantu sebab mereka melihat keadaan arwah suami aku yang koma perlu perbelanjaan besar…
Rezeki arwah suami aku dikelilingi orang-orang yang baik sampai hujung hayatnya…
Itulah antara hikmah yang aku nampak bila bertaubat…
Banyak lagi hikmah lain, semua aku syukuri dan semoga yang membaca juga menerima sebaik-baik kemanisan dari Allah…
Untuk anak yang berstatus anak luar nikah yang sedang membaca post ini, aku doakan kalian selalu mendapat kemudahan dari Allah disetiap langkah kalian…
Ketahuilah bahawa Allah tidak menghadirkan kalian dengan sia-sia…
Kalian adalah sebesar-besar hidayah yang Allah hantarkan untuk ibubapa kalian… kalau hari ini kalian rasa ada kurang, ketahuilah Allah ada siapkan sebuah kemanisan dihadapan…
Sama-sama kita perbaiki diri…
– Daya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit