Anak Luar Nikah Itu Hadiah Dari Allah V

Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah-iii/).

Untuk part IV, (https://iiumc.com/anak-luar-nikah-itu-hadiah-dari-allah-iv/).

Pertama sekali, aku nak minta maaf. Abaikan dengan manusia-manusia yang rasa anak luar nikah ni jijik sejijiknya. Jangan dihina sangat anak luar nikah.

Ada komen aku baca siap gelar anak luar nikah ni takde tempat di dunia dan takde tempat diakhirat. Ya Allah. Mengucap lah.

Kalau anak tu takde tempat kat dunia ni, Allah takkan tiup roh dalam janin dalam kandungan.

Setiap kejadian semua atas kuasa Allah. Siapa kamu untuk menentukan tiada tempat anak luar nikah ni didunia dan akhirat?

Anak luar nikah yang dah besar panjang pun boleh terasa hati bila baca komen macam tu.

Pembaca dalam page ni dari pelbagai lapisan masyarakat. Dari pelbagai latar belakang. Jangan menjatuhkan hukum sesuka hati.

Kalau mereka ni takde tempat didunia, jabatan agama tak wujudkan wali hakim untuk mewakili mereka bila bernikah. Yang salah tu perbuatan zina.

Anak tu tak salah apa pun untuk dihina dan dikutuk. Aku bukan menggalakkan zina. Semua tu cuma kisah sejarah hidup aku kenapa aku anggap anak luar nikah aku tu hadiah dari Allah.

Bukan aku nak suruh orang lain lahirkan anak luar nikah.

Aku juga nak orang yang pernah buat kesilapan macam yang aku pernah buat tu untuk tidak menambahkan dosa dengan menggugurkan kandungan.

Cukuplah jadikan anak yang Allah izinkan jadi dalam rahim tu sebagai ‘teguran’ dari Allah untuk taubat.

Sekali lagi aku minta maaf dan aku terima semua nasihat serta teguran sebagai sesuatu yang positif untuk aku dan untuk semua yang masih di dunia kegelapan.

Semoga yang masih bergelumang dengan zina juga terbuka pintu hati untuk berubah dan taubat.

Semoga yang masih bergelumang dengan zina terbaca komen-komen yang mengutuk, mengeji dan menghina.

Aku nak korang tahu, itu baru kutukkan di dunia. Di akhirat nanti lagi teruk kutukkan yang diterima dari para malaikat terutama Allah jika tidak sempat bertaubat. Taubatlah segera.

Disana nanti bukan sahaja kutukkan, tapi dengan siksaan sekali berjalan serentak. Ajal maut tidak mengira umur. Semoga Allah permudahkan.

Terima kasih atas segala doa, nasihat dan teguran dari semua pembaca dalam ni untuk aku dan anak-anak.

Aku luahkan kat sini kisah hidup aku bukan untuk raih simpati. Sebab kesusahan, kesengsaraan, penderitaan dan kelalaian aku selama ni semua dah berlalu.

Kehidupan aku pada hari adalah apa yang ada dalam perenggan terakhir part 1. Aku dah taubat. Aku dah tinggalkan semua yang Allah larang.

Hikmah yang aku dapat dari taubat aku dan arwah suami, Allah beri kami rezeki yang tak putus dan kebahagiaan.

Part 2 & 3 tu sekadar menjawab persoalan yang tanya tentang harta, faraid dan nasab.

Apa yang aku dan arwah suami aku rancangkan untuk masa depan anak aku tentang harta tu sekadar menjawab soalan yang ada dekat komen luahan lama aku.

Takkan aku nak reply di komen orang tu pula. Aku memilih cara nak jawab persoalan tu adalah dengan cara buat post baru. Aku minta maaf banyak-banyak bagi yang tak selesa dan tak suka.

Aku tak minta orang untuk suka kisah hidup aku dan anak-anak. Sejarah akan kekal menjadi sejarah yang tak boleh diubah. Orang suka atau tidak, tetap itulah jalan hidup yang aku pernah lalui.

Bukannya boleh kembali ke masa lalu untuk ubah semua tu. Setiap orang ada kisah tersendiri.

Kalau korang dapat selami hati anak-anak luar nikah ni macam mana, korang mesti faham kenapa aku nak ibubapa yang ada anak luar nikah ni fikirkan masa depan anak mereka.

Selagi masih ada bapa biologi dia, usahalah minta bapa biologi dia bertanggungjawab seadilnya.

Ni luahan terakhir aku kat sini. Aku minta maaf banyak-banyak dan aku minta halalkan setiap saat dan minit yang pembaca luangkan untuk baca luahan aku.

Terima kasih banyak-banyak. Tidak lupa juga untuk semua yang luangkan sedikit masa untuk menaip dan komen. InsyaAllah kami baik-baik sahaja.

Perenggan akhir di part 1 itu adalah kehidupan aku sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak untuk yang mendoakan kami.

Allah saja dapat balaskan kebaikan awak semua. Terima kasih kerana setiap luahan aku, awak semua tetap titipkan doa.

Aku sekadar isi masa lapang aku untuk bercerita kat sini sebab aku dah takde kawan untuk berbual panjang sejak suami aku pergi.

Kalau awak baca semua luahan aku, pasti awak dapat tangkap yang aku cuma pernah rapat hanya dua insan dalam seumur hidup aku. Iaitu ibu dan arwah suami aku. Nak bercerita panjang dengan ibu, masih ada rasa janggal.

Hanya yang pernah merasa menjadi anak tersisih je akan faham janggal apa yang aku maksudkan.

Kerana aku cuma sempat merasa kasih sayang hingga umur 9 tahun. Selebihnya hanya selepas aku bernikah pada usia 19 tahun baru aku merasa kasih sayang semula.

Dengan buat luahan kat sini je aku dapat rasa yang aku ada ramai kawan berbual kerana pembaca rajin meninggalkan komen-komen.

Terima kasih banyak-banyak untuk awak semua. Minta maaf sekali lagi untuk semua.

Terima kasih team IIUM Confession atas ruangan dan peluang. Jazakallahu khairan kathira.

– Daya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *