Anak Luar Nikah: Simpan atau Buang?

Pertama kali, saya kenalkan diri saya sebagai “Juga Banyak Dosa”. Aku bukan asal dari Lembah Klang dan di besarkan dalam komuniti yang kecil. Jadi di kebanyakan kalinya kami kenal antara satu sama lain. Saya bukan NGO dan tak pernah terlibat dalam politik kecuali waktu mengundi. Tapi sudah beberapa kali aku uruskan kawan sekaum yang bersalin tanpa suami.

Anak luar nikah: Di buang atau di simpan? Mungkin ini yang terlintas di fikiran cik yang termengandung tanpa suami. Jika di simpan anak itu, mungkin balik kampung kena sebat dengan orang tua. Belum kira lagi bayi ini membesar dalam penuh kehinaan. Diri sendiri pun belum tentu mampu berhadapan dengan diskriminasi komuniti. Jika dibuang bayi tidak berdosa ini, adakah semudah itu anak itu membesar dengan keluarga yang bakal memelihara mereka suatu hari nanti (if any).

Cik yang susah hati, jika Cik pilih untuk membuang bayi cik, kemungkinan anak cik akan kehilangan keistimewaan yang paling di takuti manusia di muka bumi iaitu kerakyatan. Kemungkinan besar, anak cik di nafikan hak seperti pendidikan dan imunisasi, selain dari kemudahan kepada rakyat malaysia yang lain. Jadi saya sangat berharap supaya Cik tidak pentingkan diri sendiri dengan menyusahkan zuriat cik yang tidak berdosa. Cukup bayi cik membesar tanpa ibu dan ayah biologi. jangan di siksa anak itu hidup tanpa kerakyatan.

Jadi persoalannya, apa yang harus di lakukan jika termengandung anak luar nikah?

Pertamanya, daftarlah diri Cik kepada klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan dengan kediaman cik. Dapatkan pemeriksaan yang sepatutnya untuk bayi berwarganegara Malaysia lain nikmati. Afterall, kita sama sama bayar tax untuk kemudahan kesihatan. Saya faham, cik mesti malu bila misi tanya mana surat kahwin. Tebalkan muka untuk beberapa bulan. Jika cik enggan memelihara bayi yang ada dalam perut cik, boleh la bisik di telinga misi, insya allah misi ada senarai couple yang mencari anak angkat berkajang kajang.

Katakan lah cik in-denial sewaktu membaca artikel ini sambil melayan sakit nak bersalin serta tidak pernah daftar buku pink, saya nasihatkan cik menelefon ambulance atau jika mampu pandulah ke hospital sekarang (Saya ada kawan yang hardcore, nak bersalin drive sendiri ke hospital). Pihak hospital akan tanya pasal kad pink tapi kalau tidak ada hospital kerajaan still akan proceed untuk bersalin. Lagi sekali, jika cik enggan memelihara anak cik, boleh inform pihak misi, insyaaAllah berkajang list orang nak anak angkat dorang simpan.

Bersalin di hospital kerajaan agak complicated sedikit untuk discharge. Hospital akan meminta consent dari ibu bapa cik. Jika Cik enggan bekerjasama, selalunya anak Cik akan di ambil oleh JKM. Tapi jika di cik sedar dari mula cik sudah mengandung, cik boleh bincang dengan bakal keluarga angkat untuk proses bersalin di hospital swasta.

Tujuan saya menulis artikal ini bukanlah menggalakkan orang kita berzina. Saya cuma memberitahu dan memberi sedikit cadangan apa yang perlu di lakukan bila mengandung anak luar nikah. Cik, adalah sangat kesian zuriat tak berdosa membesar tanpa warganegara. Cik selesaikan segala documents kewarganegaraan anak dan lepas itu Cik boleh decide tinggalkan anak kepada pasangan yang lebih berhak jika cik tidak mampu memelihara anak Cik.

Semoga Cik kembali kepada Allah dan di ampuni segala dosa. Jalan bertaubat itu ada. Tidak pelihara anak itu tidak mengapa. Asalkan jangan di buang.

Regards,

Bukan Ahli NGO,

– Juga Banyak Dosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *