Anak Mak

terima kasih admin siarkan confession x seberapa ni..

Pengenalan ringkas. Aku anak perempuan bongsu umur 23. Ringkaskan? Hehe
(banyak unsur2 masuk bakul angkat sendiri dlm confession di bawah ni. tapi itu kenyataan nk bt camna. peace)

Mesti antara pembaca2 ada yg terkategori sebagai anak mak. Aku pon dah termasuk dalam kategori anak mak la kalau mengikut perspektif adik beradik aku. Kenapa aku yang dilabel anak mak. Sebab mak banyak lebihkan aku dari yg lain. Contoh mcm zaman aku sekolah ada kem dekat sekolah. Kem yg sama mak bagi aku pi tapi kakak aku tak boleh pi. Kalau zaman la ni dah besaq2 gajah ni sekali-sekala balik kampung aku request makanan apa2, walaupon mak kata dia malas atau tak larat, dia masak jugak. Kalau adik beradik lain mintak, dia masak jugak tapi most of the time dia cakap masak sendiri la. Hehehe. Mak kalau dia beli apa2, untuk aku mesti ada jugak. Aku tak mintak pon tapi dah anak mak kan. Hatta hanyalah sebiji pin tudung.(biji ka butir aku taktau). Btw citarasa aku ngan mak lebih kurang ja.

Mesti hangpa heran awat mak lebih aku. Ni dia nak habaq. Aku jenis kalau mak marah diam ja tak melawan tak menjawab. Buat taktau ja dengaq dia duk potpet. Satgi dia diam la sendiri. Aku jenis tak suka menyusahkan mak. Baju aku basuh sendiri siap pesan kat mak baju aku jgn usik aku buat sendiri. Tapi dah nama mak, bukan dia peduli pon, dia basuh jugak. Aku kalau nak pi mana2 aku usaha simpan duit sendiri. Nak pi kem sekolah ka nak beli baju kelab ka simpan duit sekolah hari2. Payah la nak mintak mak duit ni. Dan yang paling penting aku utamakan dia dalam apa benda sekalipon. Sentiasa pikiaq mak dulu kalau nak buat apa2. Aku walaupon keja part time gaji 1 minggu seratus lebih aku mesti huluq kat mak sikit la tak kira janji huluq. Kalau gaji bnyak lebih la sikit aku huluq. Dulu masa duk kampung dgn mak setiap kali gaji mesti aku bawak mak keluaq makan. KFC la mi udang la bihun sup la. Paling2 kalau bajet tak lepas pi pasar malam beli martabak.(ni ejaan baru kan). Sekarang keja jauh kalau balik kampung mesti ajak mak pi makan mana2 hat sedap2. Masa dekat uni setiap kali exam setiap kali tu aku telepon mak habaq “cheq tgh jalan nak pi dewan exam ni”. Restu mak wey. Penting tu. (rahsia kejayaan ni)

Mak ni ada appointment hospital sbb darah tinggi dgn kencing manis. Sapa lagi yg selalu teman dia kalau bukan aku. Aku paham adik beradik lain sibuk dan ada yg dah ada keluarga tapi sekurang2 nya tanya la mak mcm mana. Harini gula berapa darah berapa. Sejak dah duk jauh ni ja aku tak teman mak dah. Dia pi sendiri ja kadang ajak kawan dia teman. Padahal ada ja adik beradik lain dekat area rumah walaupon tak duk sekali dgn mak. Kadang telepon dia aku tanya bila temujanji, ubat makan dak, ada makan benda pelik2 ka supplement semua tu toksah duk makan tak tentu hala. (ni pasai aku jauh dia duk makan tah benda pa sedara juai kat dia. bila teguq dia kata saja cuba sedara bagi free). Pernah sekali aku gaduh sikit dgn mak lepas tu mak demam panas aku pon demam sekali. Ingat kan adik beradik lain nak jaga mak, sekali panggil aku jugak suruh tengok mak. Aku yg tgh demam tu jaga mak yg demam. Macam mana gayanye tu.

Walaupon aku dah 23 aku masih manja dgn mak lagi. Pernah ja aku balik kampung sampai 2 3 pagi. Masuk rumah teruih masuk bilik mak panjat katil dia tidoq peluk dia. Best wey. Tau la bila dah besaq2 ni malu nak peluk mak nak sayang2 dgn mak. Tapi masa bila lagi nak buat mcm ni. Nanti mak tak dak baru nak update status ‘rindu kat mak’ ‘menyesal dulu tak manja2 dgn mak’. ‘Andai waktu boleh diputar.’ cliche’. Kalau keluaq jalan2 ngan mak adik beradik ramai2 tudiaa depa jalan depan nu. Tinggai mak kat belakang, sapa lagi nak tunggu. Aku la jalan dgn mak pegang tangan dia. (ni kena pegang tangan bukan apa, satgi dia hilang masuk kedai tu ni. hahaha)

Aku tau setiap family tak sama. Ada org mak dia lebihkan salah sorang tanpa sebab. Tapi kalau rasa2 hangpa duk buat perangai lebih kurang ja dgn mak jangan nak jeles tak tentu pasai bila mak lebihkan sapa2. Akhir kata mak sorang ja. Macam mana pon dia bagi lah layanan yg terbaik. Aku pon tak sempurna layan mak kadang teremosi termarah terguris dan mcm2 ter jugak tapi aku cuba jadi yg lebih baik.

p/s: same situation goes to ayah. tapi aku highlight mak sebab ayah dah tak dak. tak rasa ralat sbb aku buat bnyk bnda dgn arwah semasa arwah masih ada.

p/s lagi: arwah ayah lagi manjakan aku lebih dari mak. awat tak panggil aku anak ayah. hmm. Yang penting aku anak mak ayah. Byebye semua. Assalamualaikum

-anak mak-

– -zie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit