Anak Mak

Assalamualaikum. Nama aku huda, awal 20 an dah sudah bekerja. Terima kasih kepada admin sebab sudi siar cerita aku. Sebenarnya aku nak buat sedikit luahan. Aku taktau nak luah dan mintak pendapat dekat siapa. Nak luah dekat orang yang aku kenal, takut nanti memalukan. Jadi, aku nak mintak pendapat daripada korang yang baca ni. Harap tak rasa menyampah la ye bila baca.

Cerita ni sebenarnya pasal kawan baik aku and dia seorang anak mak. Untuk pengetahuan korang, kami sudah berkawan hampir 10 tahun dah daripada kecil sampai sekarang dia terlalu manja dengan mak dia. Aku namakan dia sebagai Amin (bukan nama sebenar). Amin dengan aku sama umur tapi bezanya aku mampu berdikari tapi dia tak. Sebab? mak dia terlalu manjakan dia padahal dia ada 2 orang adik perempuan yang masih bersekolah rendah.

Amin pun ada seorang abang yang dah kahwin dan seorang kakak yang bakal berkahwin. Kedua duanya bekerja kecuali Amin. Ye amin je yang tak bekerja sebab takda keyakinan diri, terlalu manja, penakut nak hidup dalam dunia baru. Tapi orang takkan tau amin macamtu sebab luaran dia tak nampak macam lemah. Amin cuma tolong mak dia mengasuh budak dekat rumah je pastu dapatla duit upah bulan bulan mak dia bagi.

Tahun lepas, kami berdua ambil lesen kereta manual dan alhamdulillah lulus dengan jayanya. Lepastu dia cakap dekat aku yang dia nak bawak kereta mak dia tapi mak dia tak bagi sebab takut jadi apa apa. Bukan takut kereta rosak tapi takut jadi something dekat anak. Mak dia terlampau penyayang dengan anak anak. Amin kecewa gila gila and lepas pada kejadian tu, aku bagi bawak kereta aku selalu. Sampai sekarang mak dia tak yakin yang dia boleh kereta sorang sorang.

Dia cuma boleh bawak dalam kampung sahaja. Luar daripada kawasan tu memang dilarang sama sekali. Pernah jugak aku hasut dia suruh bawak kereta senyap senyap then ambik aku yang duduk dekat kampung sebelah ni tapi dia tak berani sebab takut ayah dia nampak then kena marah, huhuhu. Tapi sebenarnya ayah dia taktau aku dah herek anak dorang bawak kereta kat jalan besar. Hahaha. Jahat pulak rasa.

Dalam family pun dia siap ada nama panggilan manja tau. Mula mula aku dengar haritu pun aku terkejut sebab mak ayah dia panggil dia adik. Wehhhhh adik bongsu dia pun mak ayah dia panggil nama je weh. Adik adik dia pulak panggil dia abang sayang. Manja terukkk sampai aku pun jadi speechless.

Tadi aku lepak lepak dengan dia dekat kedai makan pastu aku tanya la pasal interview askar yang dia kena pegi minggu depan tapi dia cakap dia rasa takut and cakap mak dia macam tak rela anak manja sayang duduk jauh dari rumah. Amin sebenarnya dah bernekad nak jadi askar sebab dia nak bagi mental kuat. Takkan nak manja duduk bawah ketiak mak sampai ke tua. Dia sendiri yang cakap tu, bukan aku tau, hahaha. Hampir 4 bulan, setiap petang dia jogging dan main bola sebab nak kuatkan fizikal sebelum pergi interview. Aku suka tengok usaha dia tu sebab dia betul betul bersemangat nak ubah diri kearah lebih baik.

So korang, aku nak sangat korang bagi pendapat macam mana nak bagi keyakinan dekat kawan aku dengan mak dia ni. Anak makcik si amin tu makin lama makin tua tau makcik. Kalau makcik asyik rasa takut lepastu amin pun jadi takut + tak berkeyakinan. Bagilah dia peluang hidup macam orang lain. Jangan terlalu kawal amin sampai nak bawak kereta pun tak bagi. Amin, kau pun satu, cuba laa yakin dengan diri sendiri yang kau boleh berdikari macam orang lain. Kadang kadang aku pun rasa nak sekeh sekeh kepala kau tu, haha. Sekian sahaja. Terima kasih semua kerana sudi baca.

– Huda

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *