Anak Malaysia Rakyat Australia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-malaysia-rakyat-australia/).

Assalamualaikum WBT kepada semua pembaca.

First at all, aku tak menjangka ramai yang memberi galakkan dan semangat yang positif kepada confession pertama aku tempoh hari. Maaf kerana penceritaan agak tidak lengkap kerana fokus aku hanya ingin kongsikan pengalaman aku disini. Harap admin dapat siarkan confession ini untuk menjawab kembali soalan-soalan yang diutarakan oleh para pembaca IIUMC sekalian.

1) Add facebook.

Maaf kerana aku tidak dapat add friend di facebook buat masa ini kerana sudah penuh. Tetapi anda semua boleh menghantar email di [email protected]

2) Tips untuk berhijrah.

15 tahun sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Australia. Tapi masih ada cara kepada yang betul-betul ingin dan tekad untuk behijrah. Paling mudah adalah study visa. Tetapi anda semua lebih baik terus datang ke sini dengan ETA visa, dan cuba masuk English class selama 3 bulan. Selepas itu boleh lah mengambil ujian PTE (Australia English Test)-Lagi mudah dan senang lulus dari IELTS.

Ya memang kos agak tinggi. Tapi jangan risau, makanan banyak diberikan secara percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di sini. Banyak Food Bank disediakan di sekitar bandar-bandar utama dan boleh digunakan semasa anda baru bertapak ke sini. Kos belajar tidak terlalu mahal. Tapi bergantung keupayaan masing-masing bagaimana ingin mencukupkan bajet. Memang sekiranya anda bertekad untuk berhijrah, anda perlukan pengorbanan yang cukup besar.

Aku dahulu menjual segala hartaku, rantai emas semua sehingga komputer pun aku letak kat pajak gadai. Bila sampai kesini, aku memang totally lost. rasa menyesal pun ada. tetapi aku tabahkan hati untuk terus berjuang. Lagi-lagi kalau anda sudah ada keluarga, untuk datang seperti aku mungkin agak mustahil. Tetapi jika anda bertekad, anda pasti boleh!

Behijrah adalah perjuangan, dan juga Nabi SAW juga mengamalkan penghijrahan. Berjuang selagi boleh dan kalau rezeki tidak berpihak kepada anda, anda perlu menerima dengan hati terbuka. Mungkin rezeki anda bukannya disini. Untuk sampai ke student visa, anda perlu ada sekurangnya AUD3000 untuk meneruskan life disini. Waktu yang paling sakit adalah menunggu untuk mendapatkan visa. tetapi apabila sudah dapat, anda akan dapat rasa hasil tuaian dari berkat kesabaran anda.

3) Ibu tunggal dan anak-anak.

Mengenai hal Australia menolong ibu tunggal, ya, ia masih ada disini dibawah naungan United Nation. Under TPV, Temporary Protection Visa. Tetapi syarat yang diperlukan adalah, mangsa domestic violence dan tidak mendapat perlindungan di Malaysia. Anak-anak sukar untuk bersekolah kerana menjadi mangsa perceraian.

Sekiranya anda didalam permasalahan ini, anda boleh membawa anak-anak ke Australia untuk meminta perlindungan di Asylum Seekers atau Australia Red Cross di bandar-bandar utama. Pihak ini akan menolong anda untuk memulakan hidup disini, dan mendapat keistimewaan seperti sekolah percuma dan wang saraan bagi setiap anak.

Anda perlu membawa segala bukti yang mengatakan anda sudah tidak boleh tinggal di Malaysia buat sementara waktu kerana didalam keadaan bahaya seperti police report, surat mahkamah, gambar-gambar atau message dari pasangan anda yang boleh dijadikan bukti.

4) Kesukaran untuk datang bercuti ke Australia.

Mengenai masalah ini, aku tahu ramai yang menyalahkan rakyat kita datang secara illegal. Sebenar bukan isu itu sahaja menjadi masalah untuk melancong ke sini. Aku akan terangkan mengapa satu persatu.

Pertama, duit cash yang tidak mencukupi. Australia memang cukup gemar kepada pelancong yang banyak bebelanja di negara ini. Bukan sekadar datang cukup-cukup makan, maksudnya bukan sekadar untuk makan, minum dan tempat tinggal sahaja. Ramai pelancong dikalangan kita tidak mampu membawa cash yang banyak. Yelah, sebab currency pun tinggi.

Lagi banyak cash yang anda bawa, lagi mudah untuk anda dilepaskan oleh immigration. Percakapan juga apabila disoal jawab juga amat penting. Teringat aku pada satu kes kumpulan wanita yang ingin ke Perth tetapi dihalau balik. Wanita terbabit menjawab soalan dengan tidak rasional. Satu kad kredit untuk digunakan dalam satu kumpulan.

Mana logiknya untuk pihak Immigration untuk percaya bulat-bulat? pergi pulak untuk seminggu tetapi duit cash ada AUD300 sahaja, itu sudah cukup point untuk mereka memberi alasan supaya dihantar balik ke Malaysia. So, pandai-pandai lah menjawab dengan penuh keyakinan. bawa segala dokumen dan bank statement.

Kedua, tidak tahu berbahasa inggeris. Ini point yang selalu rakyat Malaysia dihantar balik. Kalau betul anda tidak tahu berkomunikasi, anda perlu yakinkan kepada mereka yang anda ada apps di telefon bimbit untuk digunakan sebagai translator. Ramai je rakyat China tak tahu dan lagi teruk dari kita. Tetapi mereka bijak menyakinkan immigration untuk dilepaskan dengan mudah.

Selalunya group lelaki lebih ramai dihantar balik dari group wanita. untuk lelaki, jangan beritahu anda datang beramai-ramai. cukup sekadar berdua atau berseorangan. Kerana ini menyebabkan mereka terfikir anda datang kesini untuk bekerja di ladang.

Ketiga, kena pandai cari regional yang mudah melepasi pihak immigration. Bagi saya Melbourne dan Gold Coast adalah regional yang paling mudah untuk lepas. Dan juga perlu alert waktu musim buah.

Sekiranya musim sejuk, elakkan turun di Sydney kerana musim blueberry ramai orang kita akan ke Coff Habour melalui Sydney. Lebih baik anda turun dimana-mana regional yang berdekatan dan travel dengan bas, train atau domestic flight. Agak letih tetapi percayalah, anda akan explore lebih banyak pengalaman dari perjalanan itu.

Keempat, Ramai rakyat Malaysia bekerja secara illegal. Sebenarnya, aku ingin memberi pendapat secara adil didalam isu ini. Kita tidak boleh terus meletakkan kesalahan kepada rakyat Malaysia. Kerana mereka ini pasti bersebab kepada sanggup menjadi PATI di negara ini.

Banyak yang aku tidak setuju dari confession sebelum ini (pengalaman dibumi kanggaroo) (https://iiumc.com/hidup-baru-di-negara-kanggaroo/) kerana Puan terbabit tidak mahu mendalami apa masalah utama rakyat malaysia ramai ke sini. Puan terbabit beruntung kerana suaminya memberikan peluang kepadanya untuk pendapat partner visa. tetapi jangan terlalu mendongak langit sehingga kita lupa orang yang susah dari kita.

Ya, kerana mereka orang Malaysia susah nak holiday. Tetapi kerana kerajaan Malaysialah terlalu mengetatkan undang-undang untuk mendapatkan visa dan menyebabkan rakyat Malaysia yang terdesak sukar untuk bekerja secara legally.

2 tahun dahulu, pihak Australia dan persatuan pemetik buah disini pernah mengeluarkan hasrat untuk mewujudkan visa kepada pemetik buah yang sudah ada disini. Perbincangan sudah cukup jelas. Pihak Australia juga sebenarnya memerlukan tenaga orang Malaysia untuk bekerja di ladang. Sebab itulah walaupun mereka tahu ramai rakyat Malaysia bekerja secara haram, tetapi amat jarang mereka ditangkap. Kerana Australia sendiri perlukan anda semua untuk mengisi kekosongan diladang.

Malangnya kerajaan Malaysia tidak mahu bekerjasama memberi kelonggaran supaya rakyat Malaysia dapat bekerja secara legally kerana kita amat tahu Malaysia memang tidak mahu kehilangan rakyatnya yang menjadi aset utama untuk mendapatkan income kepada negara. Ada yang aku kenali orang malaysia disini, bekerja kerana terpaksa menyara keluarga yang susah. Ada yang kerana bapa sakit dan perlukan banyak duit.

Ini satu-satunya jalan untuk mereka bekerja keras dan dapat pulangan yang lumayan didalam masa yang singkat. Di Malaysia, rakyat dikerah untuk bekerja sampai lewat dan ada yang melakukan 3 pekerjaan dalam sehari, tetapi pendapatan tetap tidak sama dengan hasil titik peluh dan pengorbanan. Siapa mahu menjadi PATI dinegara orang?

Siapa mahu berasak tidur 20 orang satu rumah kalau tidak terdesak? Jangan kita terlalu menghukum mereka kalau kita sendiri tidak mampu untuk menolong mereka. Hakikatnya Australia sendiri tidak kisah kalau rakyat kita tidak boleh datang bercuti disini. Kerana mereka tahu tidak semua mampu untuk membawa cash yang banyak dan menjanakan ekonomi disini.

Mengapa Rakyat China masih diberi kelonggaran dan mudah untuk datang sini? walaupun peratusan mereka tinggal illegally adalah sama dengan Malaysia? kerana mereka membawa cash yang banyak, rakyat China ini pandai cari cara untuk tinggal disini. kerana mereka ada duit, so mudah untuk mereka mendaftarkan diri di kolej-kolej swasta di bandar.

5) Kisah hidup aku.

Mulanya aku tidak mahu terlalu bercerita mengenai masalah keluarga aku. Tetapi aku tidak mahu ramai yang tertanya-tanya dan akan jadi fitnah kalau tekaan para pembaca itu salah.

Pertama, kisah aku tiada kena mengena dari confession yang ada disebut oleh para pembaca tempoh hari. Inilah kali pertama aku buat confession mengenai hal keluarga aku.

Aku ada abang yang malas bekerja. Aku anak nombor dua dan ada dua orang lagi adik dibawah aku. Pada dulu lagi abang aku ini menjadi dominan dan apa yang dikatakan olehnya pasti ayah dan ibu aku menerima sebulat suara. Aku bekerja siang malam kerana perlu sara ramai orang didalam keluarga aku. Sehingga anak abang aku pun aku kena sara.

Ibu hanya mengatakan mungkin rezeki aku lebih, so aku kena sara mereka semua. Sampai satu tahap, aku mendapat peluang pekerjaan di Sudan bawah skim Petronas. Mulanya keluarga aku seronok sehinggalah abang aku mula dengki dan tidak puas hati. Dia takut sekiranya aku pergi jauh, aku akan melepaskan tanggungjawab dan beban menyara keluarga ke bahunya. So dia mula memaksa aku untuk tidak menerima tawaran tersebut.

Kerana kedegilan aku, abang aku menghasut ayah untuk menerima kawannya menjadi suami aku. Kawannya itu tidak bekerja sama sepertinya dan suka menghisap ganja. Aku tahu kerana aku selalu diganggu sewaktu pergi dan balik dari kerja. Ayah aku termakan hasutan dan memaksa aku untuk berkahwin.

Aku tekad, dan aku tidak mahu menjadi hamba mereka sampai bila-bila sehinggalah ayah aku terkena strok secara tiba-tiba. Abang aku menyalahkan aku dan memfitnah yang aku anak derhaka. Ibu dan adik-adik semua menghalau aku keluar dari rumah malam itu juga, Bagi aku, itulah permulaan hidup dan dapat memperoleh kejayaan seperti sekarang.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa aku tidak balik memohon maaf. Para pembaca lebih dari itu telah aku buat. Aku balik membawa suamiku dan anak pertama dan kami dihalau seperti peminta sedekah. Suamiku orang Indonesia. Seorang jurutera kapal yang sudah lama berada di Australia. Tetapi sudah meninggal 5 tahun lepas.

Selepas kejadian itu, aku terus membawa diri sehingga sekarang. Adik-adik masih dingin denganku. Aku menyuruh mereka untuk menyambung pelajaran tetapi mereka tidak mahu mendengar kata. Terlalu cepat ingin berkahwin, dan end up dua-dua menjadi janda muda dan tidak tahu bagaimana untuk mencari rezeki.

Aku hanya boleh kirimkan duit untuk menolong mereka. Tetapi kerana mereka masih ego, dan semua hanya mengharapkan ibu untuk sesuap nasi. Apabila aku sudah berjaya, difitnah pulak yang aku lupa diri. Tetapi percayalah, tiada sesaat pun aku lupakan mereka.

6) Pembaca yang masih belajar.

Kepada yang masih belajar dalam mengejar cita-cita, belajar lah dik sekiranya ada peluang. jangan dengar kata-kata orang yang ijazah sudah tidak laku sekarang. Tuntut ilmu setinggi mungkin kerana ilmu itu bukanlah untuk mengejar duit semata-mata. Tapi boleh menjadi penyelamat anda untuk behijrah ke negara lain satu hari nanti. Jangan terlalu sempitkan minda yang rezeki hanya di Malaysia sahaja. Dunia ni luas dik, tetapi kita perlu ada tiket untuk kesana. Belajarlah. jangan berhenti

Ikhlas dan salam sayang,

– Dayana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *