Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdullillah dan terima kasih admin approve confession saya.
Aku anak sulung dari lima beradik.Papa dan mama saya bercerai ketika umur aku baru masuk 7 tahun. kami adik beradik beza tak jauh, jadi ketika aku umur 7thun tu adik bawah aku umur 5,4,3 tahun dan 1 bulan. kami 5 beradik jadi oleh mama sepenuhnya. mama tggal dgn arwah atok dan nenek aku termasuk bapa saudara aku yang oku.
time tu aku dan adik2 x thu pon punca kami pulang ke kg sebab apa.so, aku dan adik2 enjoy la blik kg dpat jumpa nenek ngan atok. walaupon time hati mama aku tgah berduka lara sebab bercerai ngan papa aku.so, atok daftarkan aku sekolah kt kg sebab time tu mama aku sedang dlam pantang. aku mulakan sesi persekolahan aku kat kelantan. oh lupa nak bagitahu kg aku kat kelantan.
jadi nak pendekkan cerita..6 tahun pertama mama aku bergelar ibu tggal byak tekanan yg mama aku alami..aku sebagai anak sulung byak makan jasa pukulan2 stress mama aku, time tu aku smpai terfikir yang aku ni anak kutip dlm family mama aku. setiap malam aku selalu tulis diari ttg ape yg mama aku buat kat aku smpai berbirat lebam aku kena balun. setakat batang paip pvc dengan batang penyapu tu biasa dah hinggap kat badan aku. arwah nenek aku yg selalu sapukan ubat kalau aku kene bantai. tapi dlam diam2 aku pernah perasan satu malam mama aku menangis sambil sapukan ubat kat badan aku sambil cakap “mama mintak maaf”. masa tu aku terkesan dgan tangisan mama aku tapi pelik juga kenapa mama menangis sebab dia yg pukul aku. waktu aku darjah 6 tengah diambang upsr. aku ji boleh dikira budak pandai jugak la kat sekolah semua aktiviti kokurikulum aku join sebab nak limitkn masa kat rumah takut kene balun dgn mama aku. setiap kali exam mesti aku buatkan yg terbaik sebab aku tahu kalau result aku bagus mama aku akan masak ayam goreng pastu bagi aku 2 ketul paha ayam tu. waktu tu nilmat gila rasanya sebab sebelum ni seketul ayam tu pon kene cubit isi bagi 3 beradik. yelah mama aku ni keje tukang sapu je. duit nafkah pon papa aku hantar on off je tapi dia tak pernah la lupa tggungjawab dia sbg bapa selalu juga blik time kitaorg cuti skolah bawak jalan2.
waktu tu aku tgah exam UPSR, mama aku pon kurang dah pukul aku lepas program restu ibubapa seminggu sebelum aku exam upsr. kalau pukul pon cubit2 manja je.. biasa la aku ni anak sulung so, adik2 selalu la kene buli pastu melalak satu rumah dengar.
satu hari aku lepas aku UPSR, aku habiskan masa main dengan budak2 kampung pergi sungai, lastik burung ,tangkap anak ayam, main bola sepak semua benda aku buat mengalahkan budak lelaki. aku pon blik rumah time maghrib, masa smpai depan rumah aku tgok adik lelaki aku menangis time tu dia umur 9 tahun. dia menangis sebab terjatuh dari basikal tak ada luka pon cuma basikal tu timpa atas dia. so, aku cepat2 la angkat basikal tu.. kebetulan mama aku dgar adik aku nangis melalak kuat tu terus mama aku keluar sambil pegang sudip, mama aku tgah masak time tu.
tanpa warning mama aku blik sudip tu tepat kena kepala aku, aku pon blurr kejap. mama aku marahkan aku sebab tak jaga adik aku betul2. tiba2 aku rasa macam ade cecair meleleh tepi mata aku. aku igt peluh aku pon lap lah, tgok2 warna merah penuh kat tgan aku.. rupanya kepala aku berdarah kene sudip tadi. mama aku panik terus peluk aku. adik lelaki aku yg menangis terus senyap. aku pon rasa pening2 macam nak pitam. mama aku bagitahu nenek aku nak bawak aku pergi klinik. kami pon pergi klinik, waktu tu klinik nak tutup sebab nak maghrib dah kan malam lepas isyak baru dia bukak, aku tgok mama aku merayu kat doktor tu tgok aku ni kepala berdarah. dotor pegi tgok rupanya kulit kepala aku terkoyak, so kene jahit sikit. aku pon diam je tak ada apa reaksi pon cuma aku tersentuh tgok mama aku peluk aku smbil menangis.
waktu tu aku mula rasa di sayangi. aku igt selama ni mama tak sayang aku. aku dpat result upsr 5A dan dpt tawaran smbung belajar kar sekolah agama berasrama, mama aku sgt menangis gembira tgok result aku. aku pon bangga sebab sbg kakak sulung aku dpt tnjukkan contoh yg baik untuk adik2 aku. satu hari aku terdetik nak belek diari aku saje nak baca kisah2 aku dulu. tiba-tiba aku terjumpa kat salah satu page confession mama aku kat diari aku, kat situ mama aku luahkan segala isi hati dia dan sebab kenapa dia dingin dan selalu marah2kan aku disebabkan tekanan menjaga kami adik beradik. itu, tak termasuk jiran2 mengata mama aku ni janda mengorat laki diorang dan macam2 lagi dugaan yg mama aku hadap.
Aku mula pasang niat nak belajar sungguh sebab nak ubah pandangan org kampung kat mama aku yang walaupon mama aku ibu tunggal dia berjaya didik anak2 dia berjaya. satu demi satu kejayaan aku dapat dari upsr, pmr, spm, diploma dan degree. aku anak mangsa penceraian, kami adik beradik kurang dpat kasih syg dari ibubapa sendiri terutama dari papa kami.
maka pengajaran kat sini, walaupon dlam usia yang kecil aku telah dipukul dan didera oleh mama aku tapi aku mahu buktikan itulah cara mama aku bentuk aku untuk jadi manusia berguna bukannya dengan cara memberontak. sakit di badan apalah sangat kalau mahu dibandingkan dengan sakit yang dipendam dalam hati ibu kita. kita tak tahu sejarah silamnya,kita sebagai anak2 cuba la untuk bahagiakan ibu kita.
sekian,
miss sha
– Miss sha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit