Assalamualaikum semua. Thanks admin. Harap2 confession ni approve ya. Mana tahu ada ibu-ibu yang boleh share pengalaman kat komen.
Macam ni, saya ni ibu tunggal kepada 2 anak lelaki berumur 10 dan 7 tahun.
Hubungan saya dengan bekas suami tak baik. Dan dia pun dah hampir 2 tahun tak bertemu anak-anak. Jadi apa-apa masalah berkaitan anak, sepenuhnya saya urus sendirian.
Kisahnya awal tahun 2021 saya sudah perasan badan anak lelaki saya yang berumur 10 tahun sudah mula berbau.
Ada jugak bertanya kawan-kawan sama ada mereka alami masalah yang sama dengan anak lelaki mereka. Namun jawapannya tiada.
Memandang saya agak risau untuk benarkan anak saya menggunakan deodorant terlalu awal, jadi seminggu sekali saya akan potong lemon, letak kapur sireh dan gosok pada ketiak anak. Setel satu masalah.
Dalam 2 bulan lepas, saya mula perasan atas bibir anak saya macam naik bulu halus.
Saya dah susah hati. Nak naik misai ke? Atau sebab anak saya berkulit putih jadi nampak hitam kehijauan di atas bibir. Saya masih bersangka baik.
Sehinggalah satu hari lepas mandi anak lelaki saya datang dan bagi tahu, “Ibu, kenapa ada rambut kat be**rd along?”
Saya apa lagi terkejut beruk lah! Mulalah terasa sempit dada. Sebab saya ada anxiety. Saya check, yes, ada lah sehelai dah tumbuh.
Sorry ye terpaksa cerita sedetail ni. Sebab nak share pengalaman tak tahu nak urus hal ni macam mana.
Saya rasa sangat tak ready sebab pada pemahaman yang pernah saya belajar zaman sekolah hanya dimaklumkan anak lelaki akan akil baligh pada usia 15 tahun.
Tapi anak saya macam mana pada usia 10 tahun sudah berlaku perubahan-perubahan terlalu awal.
Saya sebagai ibu cuba bersikap terbuka dan bertanya “Along pernah mimpi basah tak?”. Kemudian anak bertanya lagi, “mimpi basah tu apa?”. Hah! Sudah!
Jadi nak tak nak saya ceritalah pada dia perihal mimpi basah dan anak saya menyatakan tidak pernah. Hanya mimpi terkencing sahaja. Bila bangun seluar basah sebab air kencing.
Saya bertanya dengan teliti ciri2 air kencing yang anak saya maksudkan bagaimana. Setakat ini saya yakinlah dia sekadar terkencing sahaja.
Ada jugak saya gugel info, dari artikel berkaitan menyatakan usia akil baligh anak lelaki 9 hingga 15 tahun. Ohh… Begitu.
Tapi still saya tak bole terima kenyataan. Anak lelaki saya badan kecil saja. Rupanya masih comel macam budak-budak. Kenapalah terlalu awal dia matang?
Susah hati saya. Saya risau nanti masuk sekolah cikgu2 perasan perubahan dia. Dah nampak macam nak ada misai. Padahal baru 10 tahun.
Mujur sekarang keluar rumah kena pakai facemask.
Baru-baru ini saya buat keputusan bawa anak saya berjumpa doc. Saya buat appintment.
Tapi saya tak suka cara nurse bertanya dihadapan ramai orang apa masalah anak saya. Sedangkan mereka tak rekod pun dibuku rekod kesihatan anak saya.
Saya dah beritahu, hal privacy berkaitan anak saya, nak jugak dia orang tahu apa masalah anak saya.
Bila ke kaunter lagi satu, ditanya lagi apa masalah anak saya. Terpaksalah slow2 beritahu apa masalahnya.
Bila giliran anak saya dipanggil doctor, bayangkan nurse-nurse kat depan pandang2 saja saya dengan anak saya.
Ntahlah kalau dah jadi bahan gosip atau saya yang terlebih syak wasangka. Geram dan kesian sungguh dengan anak saya.
Selesai jumpa doc, saya ada bertanya ada cara tak nak perlahankan proses kematangan sampai usia yang sesuai? Doc tanya untuk apa? Tak perlu katanya sebab ini sesuatu yang normal.
Dan doc ada buat panggilan ke doc yang lain, dan keputusannya kata doc saya tak perlu risau. Ia sesuatu yang normal.
Doc ada tanya, “tak tanya dengan ayahnya? Mungkin faktor genetik. Ish.. Takkanlah tetiba nak wasap bapaknya,
“Eh, hampa dulu akil baliaq umuq berapa?.” Tak pasal2 kena maki. Haha
Jadi saya nak tanya pada ibu2, memang normalkah apa yang anak saya sedang lalui pada usia 10 tahun ni?
Saya sangat runsing. Saya tak boleh bayangkan la nanti usia 11 tahun suara dah pecah, dada sudah bidang, muka dah naik jerawat, misai sudah naik.
Sekarang ni pun saya selalu bancuh tepung jagung dan kunyit sapu kat atas mulut dia. Dah kering saya kopek dan gosok2 supaya bulu halus atas bibir tidak terus naik.
Maaf kalau bahasa saya tunggang langgang. Mohon share kat komen sesiapa ada pengalaman macam ni.
– Ina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit