Anak Muda Pemalas

Salam semua. Sekarang ni banyak betul aku tengok orang complain anak muda sekarang malas, lebih suka jadi rider grab, foodpanda. Pengurus F&B susah cari pekerja. Lepasan engineer complain gaji rendah bla bla bla.

Aku jem bila orang kata anak muda sekarang pemalas. Lepastu tuduh budak muda sekarang berangan nak jadi influencer, tak fikir masa depan etc.

Aku nak cakap pasal bidang aku. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam bidang akaun ni kurang diberi perhatian.

Balik balik geng lepasan engineer je yang claim diorang underpaid. Fresh tak ada experience gaji lebih 2k, 2.5k pun diorang dah bising underpaid, aku mampu gelak jela haha. Simpati dengan bidang aku lagi.

Gaji lepasan degree dekat accounting/audit firm ni korang tahu berapa? 1800 je. Itu pun kira rate ok dah tu. Certain firm memang bagi 1500/1600 je itupun sebab kerajaan naikkan gaji minimum jadi 1500.

Kalau tak, 1200,1300. Member aku interview dekat pantai timur tu lepas kerajaan umum gaji minimum 1500, dia mintak gaji 1800, interviewer tu boleh kata itu tinggi tu, dalam setahun dua you boleh dapat gaji banyak tu, sekarang kita offer 1500 sahaja.

Tapi yelah, pantai timur kan. Nak expect apa, tu pun walaun bodoh kata pantai timur maju, rakyat banyak tanah, rumah besar2, pandang sebelah mata sek kito yang migrate ke kl selangor, haha.

Aku nak cakap pada si bebal yang kata anak muda ni pemalas. Kau pergi mana2 audit ke accounting firm ni, kau tengok ofis diorang ramai tak anak muda ni? Yang masih study buat part time pun ada. Cuba tanya gaji diorang berapa?

Yang dah 3 tahun bekerja pun aku boleh cakap rata rata gaji kurang 2500. Kalau nak dapat gaji okay kena masuk big 4. Itu pun high turnover rate sebab culture kat sana.

Nak jumpa Firm selain big 4 yang gaji sedang elok ni, agak payah tapi ada je yang aku jumpa, cuma memang tak banyak la.

Aku rasa majikan kena prioritize dan hire those from account/audit firm ni, sebab diorang boleh keep working under pressure but always get the job done.

Tipu la kalau kata kerja kat firm ni tak banyak. Nak kejar buat akaun, audit, submit audit report submit tax etc. Seorang kerja handle berpuluh company.

Buat invoice, follow up payment. Tak dapat duit dari client tak dapat gaji. Masing2 ada KPI kalau gaji diorang 2k, kena make sure paling kurang bulan tu kena buat kerja yang cukup untuk dapat payment dari client around 3-5k.

Client liat bayar, naya gaji lambat. Aku boleh vouch experience setahun kerja kat firm ni lebih banyak knowledge dan skill dari kerja kat tempat lain sebab tangungjawab besar yang diorang pegang.

Kerja banyak, OT kebanyakan Firm tak ada, kena kerja lebih masa walaupun tak dibayar atau kerja tak siap. Gaji cukup makan untuk survive sebab masa yang tinggal nak guna untuk rehat dan keluarga. Tapi kebanyakan daripada diorang ni hadap je.

Endure sebab tahu masa muda ni lah kena korbankan masa, tenaga demi secebis ilmu dan pengalaman. Tapi yang bodoh bodoh kat luar tu dok bising anak muda sekarang pemalas, tak progressif entah sebab apa? Lol.

Positif jela mereka ni katak bawah tempurung, tak jumpa anak muda yang bersungguh struggle demi kehidupan lebih baik. Lepasni boleh cari kat account/audit firm.

Yang kesian, bila dah bersedia nak berpindah kerja dengan ilmu dan pengalaman yang cukup, kena hentak dengan hakikat dunia sebenar yang ilmu dan pengalaman kau tu penting untuk value diri kau je.

Yang paling penting dalam dunia pekerjaan ni adalah connection. Tapi tak apa, upgrade lagi. Ambil professional cert or dapatkan title chartered accountant dari MIA. InshaAllah ada yang pandang.

Aku nak pesan pada anak muda sekarang, yang sedang belajar dan baru nak melangkah ke alam pekerjaan. Build your connection.

Embrace your friends, lecturer, alumni, intern, colleague, pakcik yang menunggu turn gunting rambut, makcik beli barang dapur kat pasar, kenalan mak bapak kau bila jumpa kat wedding or apa apa event tu.

Mana tahu ada antara kawan2 tu yang bernasib lebih baik, secure job kat company elok, boleh tarik kau sekali.

Mana tahu ada pakcik makcik yang tengah ada kekosongan kerja kat company diorang dan willing to teach fresh grads. You’ll never know, you’ll never know.

Akhir kata, janganla pandang circle kau yang kecik tu je dah sibuk buat rumusan bebal. Diam lebih baik. Aku tengok dekat socmed ni Orang Muda Vs Orang Tua bila bab pekerjaan ni dah macam bodoh pulak.

Yang tua sibuk membandingkan zaman diorang dengan sekarang, yang muda nak kan perubahan tapi hanya mampu mula dengan diri sendiri, sebab yang tua kutuk kat atas belum mati.

Jadi silakan bergaduh kat komen. Aku dah bosan baca pasal politik kat newsfeed.

– Hasel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dalam dunia fiksyen aku, gaji fresh graduate bagi semua pekerjaan dan gaji minimum ialah RM5000 dan 20$ per hour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *