Anak Nelayan

Assalamualaikum
Aku Madihah, 24 Tahun, anak sulong dari 6 orang beradik dan sekarang (Alhamdulilah) seorang penjawat awam.

Abah aku seorang nelayan dan umi akusuri rumah. Sebelum abah kerja nelayan, abah anggota beruniform. Kerana tuntutan tugas yang berat dan abah tak tahan. Akhirnya abah berhenti kerja. Waktu itu, ramai yang kecam abah cakap abah bodoh berhenti kerja. Tapi abah terima dan umi juga sokong keputusan abah. Selepas berhenti kerja, abah bekerja kontrak selama 5 tahun dan kontrak abah tamat.

Maka bermula lah hidup abah sebagai seorang nelayan. Ye seorang nelayan. Mesti ramai yang cakap kenapa tak kerja lain? Kan dulu badan beruniform, pergilah apply guard ke apa ke. Tapi aku percaya tu rezeki Allah yang ditulis sejak dari dalam perut ibu lagi. Bila abah kerja nelayan, ramai saudara mara yang kecam. Kalau dulu, waktu abah senang dan ada duit (Dapat duit pampasan berhenti) ramai yang datang pinjam dan minta tolong. Masa tu abah juga berniaga ikan dalam sangkar. Tapi ada masalah dan semua ikan mati.

Keluarga sebelah umi dan abah aku sangat berbeza. Sebelah umi, keluarga berduit dan sebelah abah sederhana (Keluarga abah kuat agamadan ramai belajar di Timur tengah). Jadi, abah selalu kene perli dan sindir menyindir, hina dan pulau tiap kali abah buka mulut bercakap. Kebanyakan makcik pakcik aku sebelah umi kerja di Kuala Lumpur. Mereka penjawat awam dan berniaga. Kalau hari raya keluarga mereka paling meriah. Pakaian paling mewah berbanding pakaian hari raya keluarga aku.

Sejak itu aku menjadi seorang pendendam. Mana tidaknya sejak dari umur aku 12 tahun, aku dah lali dengar diorang menyindir abah, umi dan aku adik beradik. Ayat yang keluar dari mulut diorang. Ya Allah, sangat lah berbisa. Sampai aku fobia, tiap kali raya mesti aku akan takut sebab kene sindir. Sejak dari itu, abah dan umi selalu pesan dekat aku dan adik2. Belajar sunguh-sungguh nanti tak kena sindir, hina, pulau dan perli bila besar. Tengok contoh umi dan abah, jadi orang miskin sebab tu orang cakap lepas dan sindir.

Aku selalu menangis bila kenang umi dan abah. Adik-adik aku pun sama jugak kena sindir tiap kali diorang jumpa dengan pakcik makcik aku. Aku memang berdendam sampai aku mati bila tiap kali dengar ayat diorang. Nak dijadikan cerita, Alhamdulilah aku dan adik-adik aku pandai belajar. Diorang sangat cemburu bila dengar keputusan peperiksaan aku dan adik-adik( Rekod exam keluarga aku yang pegang).Bukan riak tetapi sekadar berkongsi keputusan. Rezeki Allah itu luas, Bila Dia timpa kesusahan kepada umi dan abah. Dia bagi kesenangan dalam mendidik anak-anak.

Aku belajar di Politeknik. Masa aku dapat tawaran, makcik dan pakcik aku menyindir (dapat politeknik bukan dapat kerja pun lepas habis study. Buat habis duit mak bapak jelah). Dan aku buktikan kata-kata mereka salah. aku belajar bersungguh, scor tiap kali exam dan akhirnya lepas graduate. Aku dapat tawaran kerja sebagai setiausaha di Kementerian. Mereka terdiam. Masa aku dapat kerja di Kuala Lumpur, diorang sekali pun tidak pernah call tanya khabar. Aku memang susah masa tu. Gaji bukan terus dapat. Dan aku belajar hidup berdikari sendiri tanpa bantuan orang lain.

Adik-adik aku pula alhamdulilah, belajar IPTA (Engineering), Mesir (Universiti Al-Azhar), Sekolah agama nombor 1 kelantan (Maahad muhammadi lelaki), SMK (selalu dapat top student) dan Pra sekolah. Kami orang susah sebab itu kami belajar bersungguh. Tiada duit masa belajar dan sekolah itu perkara biasa. Tidak bermewah dan mampu tengok orang berbelanja, itu pun perkara biasa.

Apa yang aku ingin cakap sekarang, Jangan lah riak dan berbangga dengan harta sebab Allah nak tarik sekejap saja. Untuk pengetahuan, semua anak -anak pakcik-makcik aku “tidak menjadi orang”. Ayat yang sama diorang cakap dekat abah aku!!!. ada anak luar nikah, belajar separuh jalan kemudian berhenti, anak degil, mengatal dengan jantan, ikut jantan sana sini, ponteng sekolah, pergi disko itulah peragai anak-anak diorang. Aku bukan membuka aib. Tapi aku ingin nasihat kepada semua, jagalah percakapan sama ada dengan adik beradik atau dengan sesiapa pun. Orang yang mendengar kata-kata akan ingat sampai bila-bila. Aku juga sekarang ini jadi seorang pendendam kerana bahan mulut. Maafkan aku kerana aku tidak boleh maafkan satu pun perkataan yang keluar dari mulut mereka sewaktu menghina, perli, sindir dan segala perbuatan mereka dekat aku dan family aku. Semoga Allah merahmati kita semua. Aamiin

-Madihah

– Madihah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit