Assalamualaikum semua, aku hanya nak berkongsi kisah anak no 2 dengan anak sulung kakak aku. Anak no 2 aku namakan sebagai Ali.
Di rezeki kan pada tahun 2019 kakak aku dikurniakan seorang anak perempuan setelah 15 tahun mereka menunggu. Aku namakan sebagai Dian.
Dan kebetulan aku juga dikurniakan anak lelaki yang kedua pada tahun yang sama.
Tahun demi tahun sehingga anak anak kami menginjak ke umur 5 tahun, di mana fasa sudah pandai bergaduh, sudah pandai melawan.
Anak no 2 aku ni, aku klasifikasikan dia sebagai second child syndrome atau strong will. Dia sentiasa nak menang, dia ada dunia dia sendiri, kadang kadang tak ada kawan pun dia tak kisah.
Main sahaja dia sendiri, cukup dengan ada Lego. Dia tak please everyone untuk kawan dengan dia.
Berbeza dengan anak kakak aku, yerlah anak perempuan, tambah lagi lama menunggu tentu lah manja. Susah tentu menjadi kesayangan atok & nenek.
Dian lebih senang dengan anak lelaki aku yang pertama Azhan. Sebab Azhan soft spoken, pandai ambil hati.
Pada awalnya aku perhatikan Ali seperti akan cemburu kenapa abang dia tak layan dia sama seperti Dian. Ada juga aku nasihatkan Azhan jangan tinggal Ali. Kalau nak ajak main, ajak bersama.
Sesekali ada juga aku terangkan pada Ali, yang Dian perempuan perlu dilayan lembut, tak boleh dikasari.
Lama kelamaan, Ali jadi seperti attention seeker, saja dia kacaunya Dian untuk dapatkan perhatian.
Bila sama sama melukis atau mewarna, saja di katanya lukisan Dian tak cantik, sudah menangis laa Dian. Nak nak lagi mereka berdua sudah pandai ajuk mengajuk.
Lama kelamaan, abg ipar aku kerap memarahi Ali, kalau Ali rapat dengan Dian cepat dia akan ambil Dian takut kalau kalau Ali akan mengapa apakan Dian.
Pernah juga sekali masa Ali cuba duduk sebelah Dian untuk tengok Handphone bersama sama, di suruhnya Ali pergi ketempat lain.
Di tambah lagi kadang Ali ni pandai menjawab, “Ali nak tengok je, bukan buat apa apa”.
Jadi dari situ aku mula ada rasa tak setuju dengan cara abang ipar aku.
Bila aku slowtalk dengan mak aku jawapan dia, “budak budak macam tu lah” “Dian tu perempuan, Ali tu kan lelaki”
Yang paling aku trigger sekali, kalau kami nak berjalan ramai ramai, kami perlu ikut masa Dian. Dimana Dian perlu tidur dulu, kalau tak dia akan mengamuk.
Bila kami jalan dulu, Dian nak Azhan ada sama. Sudah aku pun pening. Hinggakan Ali pun cakap boring lah Babah, kena tunggu.
Pernah juga Dian suarakan pada isteri aku yang Ali jahat, dia tak suka pada Ali. Lama kelamaan aku dengar terlalu banyak sangat yang, “tak boleh, jangan buat itu, jangan buat ini” yang dikatakan pada Ali.
Sebab tu Ali lebih suka balik ke kampung isteri aku, di sana main laa bola, lari laa sepuasnya, main lah basikal, lompat lah semahunya.
Bila nak main bola, Dian tak dapat bola Ali pula yang perlu beralah.
Kalau nak naik ke tingkat atas Ali tak boleh naik atas, nanti Dian ikut, tak boleh main lari lari nanti Dian jatuh. Lama lama aku jadi bingit.
Kalau tak mahu anak jatuh, tak nak anak ada rasa kecewa, anak ambil risiko untuk berkawan, kenapa perlu letakkan semua rasa itu pada anak aku.
Mungkin aku yang terlebih emosi bila melibatkan anak.
– Team middle chile (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sian Ali.. (team middle child jugak)
Biasa la kalau jd anak tengah mcm ni la.. tak mengalah ngn yg sulung kena mengalah dgn yg kecik. Sbb tu anak aku dua je. 🤣 Sbb aku pun anak tengah.
Kesian Ali.Saya sokong Ali
Kakak dgn abg ipar tu salah tu. Asyik ikot je nanti anak besar kepala. Tau la dia susah dpt anak tp syg anak berpada2 dan bertempat. Klu ali xsuke balik kg awk balik la kg isteri lebih sikit. Kesian jugak dia klu mcm tu.