Anak Orang Miskin Yang Pengotor

Assalamualaikum

Berdasarkan tajuk, itu adalah persepsi kebanyakan (mungkin juga majoriti) masyarakat. Aku berasal dari keluarga yang susah, tapi alhamdulillah cukup makan, pakai, ayah aku sediakan rumah yang selesa dan belanja yang cukup sampai sekarang, aku kat IPT.

Aku tergolong dalam kategori pandai jugak la, masa umur 5 tahun dah boleh baca newspaper, habis kalah budak-budak tadika kampung aku tu. Confident level aku pun tinggi, aku happy masa kecik-kecik dulu. Masuk pertandingan, jadi ketua. Kat rumah pulak, sangat rajin tolong mak ayah sapu rumah, angkat kain walaupun kecik (ikut kudrat sendiri).

Perangai teruk aku bermula masa masuk sekolah rendah, perhatian lebih diberi kepada anak-anak orang kaya, anak cikgu, anak pensyarah, tapi mostly anak cikgu yang paling banyak dapat keistimewaan. Dan kebanyakan mereka ni budak kelas first, aku pun. Diorang pengawas, aku pun sama. ringkasnya, aku kawan dengan geng hot kat sekolah. Budak-budak, cantik, kaya, pandai. Member aku masa sekolah rendah ni ada la dalam 7 8 orang. Tapi aku sorang kategori yang boleh dapat RMT, rancangan makanan tambahan (kalau tak silap), sebab surat pengesahan pendapatan (ayah aku takde slip gaji, kerja sendiri) buat RM 500 je. Sehari tu ada sorang cikgu yang ditugaskan untuk jaga pelajar-pelajar RMT masuk kelas aku dan tanya siapa belum makan. Aku memang tak makan, sebab member-member aku pernah hina budak yang makan RMT tu depan aku (dia tak tahu aku pun dapat), so aku tak angkat tangan. Cikgu yang tengah mengajar dalam kelas tetiba cakap “eh, takde kot pelajar RMT dalam ni, takkan budak kelas first dapat. Biasa anak-anak orang miskin, kelas hujung-hujung je”. Sentap weyy cikgu cakap macam tu, setakat kawan-kawan aku boleh terima, cikgu sekali hina nak orang miskin, confident level aku drop gila, sampai aku tak bagi kawan datang rumah, buat cerita yang best-best pasal hidup, padahal tak betul pun semua tu. Fake gila aku masa tu. Tak masuk lagi part tengah makan ke, borak dengan member-member. Haritu semua makan aiskrim cornetto, aku je tak sebab nak simpan duit. Ada sorang ni offer, nak try ke. Bagi aku benda tu biasa, orang offer, kita terima la sikit, memang sikit je aku try. Pastu dia terus buat muka, nah ambik duit ni, pegi beli sampai semua kat situ pandang aku. Rasa hina la jugak sikit, sampai aku keluarkan duit, explain yang aku ada duit tapi malas nak beli. Biasa la budak-budak, lain daripada orang lain sikit dah rasa malu, rasa down, memberontak.

Masuk sekolah menengah, aku masuk sekolah asrama yang boleh dikira bagus juga la, sebab UPSR aku 5A. Kat sini pun member-member mostly kaya, tapi budak-budak kat sini sangat baik, dan sebab aku dah tanam azam tak nak fake kan diri dah masa mula-mula masuk sini, alhamdulillah aku jadi diri sendiri sampai la habis sekolah, uni pun sama. Member aku semua boleh terima seadanya, yanglebih susah dari aku pun ada dan kitorang tak pernah ada masalah pasal hal tu.

Tu baru habis cerita pasal aku jadi fake masa sekolah rendah sebab member, dengan sedara mara dan jiran pun sama cara menghinanya. Tak boleh rasa lebih sikit, terus bongkak. Tak faham betul aku dengan masyarakat ni. Tambah-tambah time raya, family kitorang tak la beria beli baju lawa-lawa, biskut raya berkotak-kotak, sebab tak mampu. Bukan tak nak beli. Jadi tak payah lah datang rumah orang tengok keadaan sekeliling, buat muka pulak. Ya, rumah orang tak mampu ni tak mewah macam rumah korang pun, makanan pun tak sedap mana, buat ala kadar guna bahan mana ada je. Aku faham benda tu. Tak pe, aku harap dapat kerja nanti boleh bantu family sikit-sikit. Setiap kali raya, mesti ada perasaan frust, upset aku dengan orang-orang yang besrikap macam ni.

Kadang-kadang aku kesal dengan sikap orang sekeliling, suka jatuhkan orang, gossiping. Aku sedaya upaya tak nak cakap buruk pasal orang,terlintas benda buruk terus cepat-cepat fikir benda lain. Mak ayah aku cakap pasal keluarga orang pun aku tak suka, semoga semua orang berubah, betulkan diri dulu.

p/s: bakal makcik2, pakcik2, jutawan2 semua yang membaca ni, tolong la nanti jangan kepoh sangat. Kekepohan anda tu mungkin boleh downkan confident level orang lain, sebabkan depression ke. Long term effect dia kita tak boleh nak expect. Dosa sampai bila nak berterusan.
Orang miskin / tak berkemampuan / kurang kaya kat luar sana mungkin redha dengan keadaan diorang, so korang tak payah la nak buatkan diorang mempersoalkan takdir. Diorang mungkin dah berusaha jugak ubah nasib, tapi belum ada rezeki ke kan, kita tak tahu semua tu.
Mak bapak, tolong ajar anak2 seawal yang mungkin tentang konsep jangan menghina. kau jangan kira tu budak je, kalau tak sampai besar dok menghina, mintak dijauhkan.

– SisRedha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit