Anak Penagih Forex

Kisah bapak aku ketagih dengan forex bermula bila aku di tahun pertama degree, waktu tu bapak aku sembang terpaling trader dan mak aku suroh aku doakan bapak aku berjaya supaya boleh berhenti kerja.

Bapak aku mesti berhenti kerja awal nanti warga muda belia tak ada kerja kalau dia tak pencen awal. Macam tu la sembang kencang bini penagih forex.

Aku waktu tu sangat tak setuju sebab bapak aku sangat tak cerdik dengan apa apa bidang selain dari kerja hakiki dia.

Untuk makluman, bapak aku generasi lahir hujung 60 an yang ada degree dalam bidang sains dan lepasan university luar negara.

Jadi gais, set set umur macam tu dengan pendidikan macam tu, semestinya gaji bapak aku cecah 5 angka dengan number 2 di depan.

Ye… Lebih 20 ribu sebulan.

Mesti korang bayangkan hidup aku mewah kan? Malang nya sangat lah tidak.

Sejak bapak aku jadi penagih forex, duit biasiswa aku pun terpaksa bagi dekat mak untuk tutup mana mana lubang belanja.

Bila tahun ke 2 degree, aku dah mula jumpa doktor pakar sebab issue kelainan hormones, dengan kewangan mak bapak aku yang huru hara..

Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa merana nya jiwa aku habiskan belajar dan aku terpaksa terus kerja sehari selepas menghantar projek tahun akhir.

Mula-mula kerja, gaji aku cuma RM2.5k tak tolak epf lagi. Aku pulak tinggal jauh dari keluarga. Jadi perlu sewa rumah..

Dan kemudian sebab kerja aku perlukan aku ada kenderaan sendiri. Di tambah lagi ubat ubatan aku, jadi boleh bayangkan tak betapa cinonetnya gaji aku sebenarnya.

Tapi tetap ya, mak aku sentiasa call aku mintak duit, sebab adik adik tak ada duit untuk makan. Dan setiap awal tahun, mak aku akan meraung raung mintak aku lunaskan yuran adik adik aku.

Bila tanya mana gaji bapak aku yang lebih 20k tu, mak aku mesti jawap jangan tanya dia apa apa. Dia tak pernah tau mana pegi duit bapak aku.

Akhirnya 1 moment ni aku mintak dorang semua pindah ikut aku duduk di bandar dengan harapan kurang lah beban aku sebab perlu tanggung 1 rumah sahaja.

Malangnya, bapak aku memutuskan untuk terus pencen lepas ikut aku pindah di bandar bagi memberi focus yang maximum terhadap kerjaya sebagai trader.

Bayangkan, kurang setahun, semua duit epf, duit tabung haji, termasuk sspn adik adik aku lebur dengan forex.

Waktu adik aku nak masok universiti, aku menangis bila dapat tahu duit sspn adik aku pun lebur sekali.

Aku menangis sampai hentak hentak kepala ke stering. Waktu tu, ya Allah kesian nya adik aku. Nak tak nak, suka tak suka aku terpaksa buat sampai 2 tiga kerja untuk tanggung yuran dan belanja makan dorang di kampus.

Sekarang ni, walaupun dah berstatus muflis, bapak aku tetap dengan ego dia tak nak bekerja. Setiap hari makan tetap 5 kali sehari. Lepas makan, mestilah tidur. Tidur pulak berdengkur satu taman.

Aku pulak sentiasa panic attacks sentiasa. Tidur aku tak pernah lena sebab runsing memikirkan bill untuk esok hari. Paling aku sedih, pernah kawan aku hulurkan duit di tangan walau aku tak mintak.

Pernah kawan aku call aku dengan soalan “do you have money for tomorrow”. Aku tak pernah berani nak jawap ya atau tidak. Aku sangat sedih bila ada masa aku ni bak pengemis untuk cukupkan keperluan semua.

Kisah aku dan Cikgu Istiqomah cuma secebis cerita dari rentetan mangsa ketagihan forex.

Gais, sesungguhnya bukan senang nak senang. Kerjalah, carik duit yang halal. Tiada jalan pintas untuk meraih kekayaan. Sesungguhnya kaya itu bukan kejayaan dan kejayaan yang sebenar adalah keberkatan.

– Anak Penagih Forex (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *