Anak Perempuan

Assalamualaikum. Aku kak long yang mempunyai adik beradik semuanya perempuan. Sudah pun berkahwin nak masuk tahun ke 3 dan mempunyai anak. Rezeki lepas belajar terus je kahwin dengan pilihan hati dan merantau jauh di penang mengikut suami tersayang. Kerana taat sanggup tinggalkan segala nya keluarga dan kawan2.

Alhamdulillah dapat pekerjaan sebelum berkahwin dekat dengan tunang ketika itu. Syukur sangat sebab fikir boleh bantu mak ayah tapi semuanya hanya angan-angan dimana beberapa bulan setelah bekerja kalut nak kumpul duit kahwin, lepas kahwin plak kalut nak kumpul duit untuk bersalin dan kelengkapan anak, rezeki bunting pelamin. Jadinya memang tidak menyumbang apa-apa setiap bulan. Just kumpul duit nak balik sana paling-paling kurang Rm 1k mesti dalam tangan.

Kisahnya bermula selepas kahwin dimana sebagai isteri, aku ikut sahaja suami tambahan pula mak mertua ibu tunggal. Memang hampir setiap minggu akan balik sana ( 45 min daripada rumah kami), lepas beranak makin kerap sebab nak bermain dengan cucu sulung.

Setiap permintaan mak pergi ke tempat2 yang jauh dari penang mesti akan suami yang hantar tanpa mak mertua suruh. Yang jadi geram nya di sini adalah abang – abang suami seolah-olah lepas tangan. Kami kerap gaduh pasal hal ini, aku bukan apa kadang-kadang kita nak ada masa sendiri untuk famili kecil ni. Ok fine ada weekdays tapi jenis kerja suami memang akan sambung di rumah sampai lewat malam.

Jadi masa memang terhad bersama, jadi makin geram selepas je balik dari hantar ambil mak mertua, suami akan mengadu letih la apa la, yelah dia tak cukup rehat. Setiap hari bekerja dan hujung minggu pula ke rumah mak mertua memang la badan otak semua letih. Aku rasa macam jahat je ajar suami untuk tolak ajakan mak mertua untuk bagi ruang adik beradik dan ruang untuk diri sendiri. Alih-alih aku jugak yang kena ceramah dan makan la hati sorang-sorang.

Aku selalu sangat terasa dengan suami sebab memikirkan perasaan mak ayah aku di kampung. Bila saja aku bersuara pasal mak mertua mesti suami akan berkata ala mak ada ayah boleh bawak berjalan2 sedangkan mak mertua seorang diri. Bagi aku tak boleh la berkata begini sebab aku anak sulung perempuan, takkan lepas kahwin terus terputus hubungan. Bagi suami prioriti dia adalah mak dia, tu memang aku mengerti itu syurga suami tapi yang buat geram tu adik beradik dia yang lain buat tak endah dengan permintaan mak mertua.

Disebabkan hal ini jugak la mak ayah aku jadi trauma bermenantu kan orang jauh dan minta adik-adik perempuan pilih suami yang dekat. Selepas 2 tahun bekerja sekarang ni aku dah jadi surirumah sebab jarak perjalanan tempat kerja lama dengan rumah baru makan masa yang agak lama. Jadi demi suami dan anak, berkorban lagi. Maka lagi la payah untuk aku pulang ke kampung kerana duit hanya cukup-cukup je daripada boleh balik 5 kali setahun jadi 2 kali je setahun.

Jadinya di sini, aku tak tahu bagaimana aku sebagai anak perempuan boleh balas jasa mak ayah aku di kampung. Mungkin ramai berkata carilah kerja. Ye aku sudah cari kerja dan ada juga pergi temuduga tapi tidak ada rezeki lagi buat masa sekarang. Doa-doakan la ye agar aku dimurahkan rezeki dapat pekerjaan yang bagus. Sedih sangat bila adik kata ayah macam tak larat dah, nak berhenti niaga pun tak boleh sebab kak long tak kerja siapa nak bagi duit..Aduh lemah je rasanya jadi anak perempuan ni.

Sampai satu tahap bila tak tahan sangat suruh suami cari perempuan lain yang yatim piatu dan dekat penang yang boleh dijadikan pengganti aku agar aku bebas berkhidmat untuk mak ayah aku sendiri, nauzubillah min zalik. Dan doakan agar mak mertua aku rasa macam mana bila anak perempuan mak berjauhan..

Astaghfirullahalazim jahatkan aku ni…

Terima kasih sebab sudi membaca luahan hati ini.

Yang benar,

– Kakak sulung

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *