Anak Perempuan Yang Tersakiti Parah!

Hi Assalamualaikum semua. Nama aku Bulan dan aku merupakan seorang anak perempuan sulung dalam keluarga.

Seperti tajuk yang tertera, Aku adalah anak yang tersakiti. Dilahirkan dalam broken family membuatkan mental aku bagai didera bertubi-tubi tanpa henti. Sakitnya bukan kepalang.

Aku merupakan anak yang memang tidak rapat dengan ibu aku. Kami tak pernah ngam kerana perangai yang sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza. Tapi ini bukanlah menunjuk aku ni anak yang tidak peduli. Bukan!

Aku anak yang sentiasa dipuji oleh orang sekeliling asbab kebaikan dan kelembutan aku. Tolong jangan kecam aku sebab aku bukan nak riak tapi untuk bercerita secara details supaya kalian lebih memahami cerita aku.

Ibu dan ayah aku sentiasa bermasalah, Akibat dari perbuatan ayah aku yang pernah berkahwin lain pada waktu muda2 dahulu. Dan aku sangat memahami perasaan ibu aku.

Buktinya aku sendiri yang unsurkan untuk inu dan ayah aku bercerai secara baik dan tidak bermusuh demi kepentingan anak-anak kerana aku sangat rapat dengan ayah aku.

Tapi serapat mana pun aku tidak pernah setuju dengan perbuatan ayah aku sebelum ini dan sentiasa menasihati dia untuk kembali ke pangkal jalan.

Namun, Di mata ibu aku. Aku ini adalah anak yang paling kurang ajar dan derhaka asbab aku anak yang paling disayangi oleh ayah aku.

Ketika dahulu sesuatu yang tidak puas hati pastinya aku adalah anak yang menjadi tempat hilangkan amarah. Dipukul, diherdik, dihina, dicaci dan dimaki. Ya itulah keadaan aku membesar.

Aku dahulunya seorang periang, berkeyakinan di sekolah makin lama makin menurun keyakinan aku mungkin asbab sentiasa diherdik kut. Dan sumpahan tu bukan biasa2 ya, Semua bintang dalam hutan semua perkataan sumpahan semua.

Bila aku dah bekerja dan berjaya sumpahan itu makin berkurang sebab yerlah aku yang bagi duit bulan-bulan. Cuba kalau tak ada duit pastinya keadaan aku masih sama.

Tak terkecuali adik2 dan ayah aku. Paling aku terkilan, apabila ayah aku mula untuk berubah tapi diherdik, dihina keluarganya, dimalukan depan orang. Aku jadi tak boleh terima.

Tinggi sangatkah darjat sehingga orang yang sedang berubah langsung tak diberi peluang. Namun, ketika ayah aku memberi duit segala sumpahan tadi hilang dan akan berulang-ulang lagi kalau sekiranya duit sudah habis.

Aku faham ibu aku mempunyai tekanan akibat masalah yang lalu. Tapi apa salah anak-anak?

Tak pernah sekalipun aku minta untuk dilahirkan, Seringkali benda yang diungkit ubu perlu dihormati, syurga dibawah tapak kaki ibu, Lalu bagaimana dosa ibu bapa dengan anak-anak?

Mental dan fizikal aku di torture habis-habisan sampai aku hilang keyakinan aku untuk berhadapan dengan orang ramai akibat herdikan sepanjang hidup.

Herdikan bukan one to one yer. Depan semua adik beradik dia, Yang mana adik beradik dia tak pernah larang pun untuk berhenti sebab semua takut.

Aku dimalukan depan orang ramai! Adik aku pernah disimbah air depan orang ramai! Dipukul pun depan orang ramai!

Macam mana aku nak bagitahu orang sekeliling yang aku ni tengah sakit! Sakit menahan segala memori yang sentiasa ulang tayang kejadian menyedihkan dalam hidup aku.

Aku selalu terfikir kenapa ibu ayah aku tak boleh jadi macam Abby dan Norman, Seperti ibu dan ayah elfira loy yang masih baik sedangkan dia orang sudah bercerai! Ibu ayah aku masih suami isteri yang sah.

Entahlaa sampai bila lagi aku nak kena menghadap ibu aku yang berperangai begini. Dia sentiasa menjadi perosak suasana.

Kalau bawak berjalan kemana-mana pasti ada saja yang tak kena, cari pasal dengan ayah aku sampai kami semua dah turn off untuk mengajak kemana-mana.

Provokasi usah dikira, Perkataan yang di keluarkan sangat menyakitkan, Sampai kalau ikutkan akal tak waras nak sahaja aku lempang mulutnya agar dia sedar dosa memyakiti hati orang dengan kata-kata kita berdosa besar apatah lagi dengan suami, anak2 dan keluarga.

Bila aku nasihat dia tak mendengar, alih2 aku yang dimarah dan kesalahan ayah aku akan diungkit kembali.

Benarlah kata orang, asbab wanita ke neraka adalah mulut dan asbab lelaki ke neraka adalah berkait dengan tanggungjawab.

Aku cuma risau bila ibu sentiasa mencaci hamun takut disaat2 akhir kehidupan Allah jadikan mulutnya sentiasa mengeluarkan perkataan begitu.

Entahlah. Dah puas aku berdoa, Hati aku ni retak seribu. Aku tak pernah ada keluarga bahagia.

Aku harap jasa baik pembaca. Doakan aku dipertemukan dengan suami yang terbaik ya, Dan doakan apabila aku ada anak nanti aku akan jadi ibu yang terbaik. Anak ni amanah bukan tempat untuk kita lemparkan amarah.

Doakan semoga ibu aku berubah menjadi orang yang lebih baik, lebih menjaga mulut. Lillahitaala korang, Aku sangat penat, aku sangat malu dan aku sangat sedih. Doakan aku ya Assalamualaikum..

Yang tersakiti,

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *