Anak Peringatan Dari Tuhan

Salam and hi semua.

Dari tajuk dekat atas, macam dah boleh agak ape yang aku cuba nak kongsikan. Kan?
Aku seorang ibu kepada seorang budak perempuan. Aku seorang ibu dan bekerjaya. Sama macam mak aku.
Aku tertarik nak kongsi dengan ape yang aku rasa dengan semua, sebab perkongsian ni sangat relate dengan kita semua. Tak kisah sesiapa.
Aku berkahwin dan dapat anak selepas 3 tahun berkahwin. Aku dah suami selesa hidup tanpa anak(sebelum ni). And kitorang tak pernah rush untuk dapatkan anak. Sebab selesa bergerak hanya berdua tanpa perlu pikirkan org ketiga (yakni anak). Sebab berkahwin pon bukanlah untuk mengembangkan keluarga. Berkahwin sebab senang bersama berdua dan mak ayah tak bising . Setelah masuk 3 tahun umur perkahwinan, biasalah Malaysian, mesti ade orang2 pertikaikan kenapa tak ada anak lagi. Sejujurnya aku dan suami tak pernanh pakai ape2 alat perancang keluarga. Di sebabkan terlalu banyak sangat rusuhan soalan macam tu, aku daripada tak kisah dengan kondisi waktu tu jadi curious dengan tahap kesihatan aku. SO aku install satu apps dari AppStore untuk predict bila waktu subur and boleh start planning untuk ada anak. Sebab aku nak buktikan aku memang takde masalah kesihatan and husband aku pun sihat, Bagus jugak apps ni sebab follow calendar die, terlekatlah anak aku dekat dinding rahim. The day aku cek and result positive aku pregnant, aku menangis sebab aku tak ready nak ubah cara hidup aku. Cara hidup macam org bujang and memang tak layak jadi mak pun. Ambil masa jugak aku hadam mende ni untuk terima kenyataan.
Masa tempoh 9 bulan pregnant aku aku mula rasa sakit sana sini, penat dengan alahan teruk lagi. Laki aku pon asik mengidam donut Big Apple tu. Pantang kalau lalu nak beli, balik keje beli.
Tepat 42 minggu, aku lahirkan anak aku.
Betapa sakitnye contraction, orang akan kata ibu-ibu ni exaggerate je sakit dia. Demi Allah , aku tak pernah terbayangkan sebelom ni tahap sakit ni wujud. Tapi bila dengar anak menangis, semua rasa sakit tu hilang macam tu. Berbaloinya aku rasa sakit tu berbayarkan kegembiraan yang Allah bekal sepanjang hidup aku. Aku bukan dramaqueen okay. Ini benar belaka. Mak, mesti sakit sangat masa lahir kan aku. Lagi2 mak lahirkan guna bidan kampung je.
Dan sejak hari tu bermulalah episode flashback the memories, seolah peringatan dari Allah. Hidup aku berubah 360 darjah.
Setiap perlakuan anak aku, mengingatkan aku dengan mak abah. Seolah-olah anak aku ni kelahiran aku semula. Perlakuan dia, rupa paras dia sebiji aku. Bila die marah, sikap tak sabar die, memek muka, manja menjurus sangat macam aku.
Dan perlakuan aku pun aku perasan , sama macam ape yang mak abah aku buat dulu. Macam ada wayang untuk flashback balik setiap perkara yang aku buat dekat mak abah aku. Allah Maha Besar. Dia hantar anak kepada aku untuk beri peringatan 24/7 untuk aku selalu ingat mak abah.

Sayang dekat anak ni, tak sama macam bercinta dengan suami. Beribu kali ganda sayang. Buat aku rasa maca nilah mak abah sayang aku. Sayang yang tak bertepi. Tak mampu untuk di kira pun.
Bila balik keje lambat sikit, perut rasa tak senang sebab rasa bersalah dekat anak yang tinggal dekat pengasuh. Kalau boleh kau xnak die rasa tertunggu pun.
Anak kalau buat salah kita kene tegur. Nada mesti berbunyi tegas. Supaya anak tahu yang itu salah. Tapi, rasa bersalah tu ada bila buat anak menangis dan kita tahu die sedih. Kita akan rasa tak sampai hati tapi kene ajar anak jugak. Agaknya ni yang mak abah rasa dulu. Marah bukan tak sayang dan diorang pun mesti rasa bersalah lepas tu. Sebab penah aku kene pukul, malam mak masuk bilik selimutkan aku.
Kadang-kadang achievement anak yang kecil pun boleh buat ko happy sepanjang minggu. Contoh anak aku yang baru nak masuk 2 tahun dah pandai mengira. Seronok sampai sekarang aku tak boleh move on.
Agaknye macam ni mak abah rasa masa aku sekolah aku salah seorang budak lompat (PTS) yg dapat straight A dalam UPSR . mesti mak abah rasa seronok macam ni.
Bila anak aku tak nak makan, aku risau sebab aku takut dia lapar. Tengok, anak tak nak makan pun ko hidup tak senang. Macam ni mak abah rasa agaknya kalau masa aku belajar jauh, mak abah selalu telefon tanya dah makan ke belom. And aku jawab “mak abah ni. Orang dah besar lah. Takyah lah risau sangat” . Anak, besar macam mana pun rasa risau tetap ada.
Bila hidup berkeluarga ni, ada masa ko akan ada masalah kewangan. Pernah sekali hujung bulan duit tinggal dalam seratus, aku and laki aku makan nasi dengan telur je sebab takut susu anak abis and takut duit takde nak beli susu sampai gaji. Tapi aku and husband tak rasa tu hal besar, sebab asalkan anak kenyang . agaknya macam nilah mak abah tahan perut nak besarkan kami 4 beradik. Lagi2 abah gaji kecik je dulu.
Buat korang yang masih belum bergelar ayah atau ibu, just ingat masa-masa korang bersama parent korang. Supaya nanti bila di beri peluang untuk jadi ibu atau ayah, korang dapat faham, betapa sayangnya parent korang dekat korang. Dah ada anak, buat aku lagi menghargai mak abah sebab aku percaya mak abah sayang aku sangat. Sayang yang tak bertepi, tak boleh di kira dengan isi alam.

– Anak Yang Bergelar Ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit