Anak Perlukan Dorongan, Bukannya Paksaan

Assalamualaikum. Tujuan aku berkongsi kisah ini sekadar jadi panduan dan iktibar buat semua. Kalau bosan, aku mohon maaf dari awal. Moga bermanfaat.

Aku seorang wanita berumur 30an. Berpendidikan tinggi dan alhamdulillah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang cukup makan minumnya; bukanlah dari kalangan orang susah tapi bukan juga mewah.

Dari kecil aku boleh dianggap sebagai seorang yang bijak dalam kalangan adik-beradik. Kiranya diharapkan jadi ‘star player’, jadi tekanannya sangat tinggi. Mana mungkin dapat keputusan exam bawah 98%. Kalau iye, aku dikira bodoh oleh ayah.

Seawal usia 3 tahun, aku dilatih untuk membaca buku bahasa Inggeris/Melayu, dihantar ke kelas muzik tanpa henti.

Tekanan demi tekanan supaya aku kekal berada dalam kedudukan no 1 setiap tahun. Tapi no 1 saja tak cukup kalau keputusan bawah 98%, ya, sebab aku bodoh. Beranganlah dapat sebarang habuan kalau jadi top scorer pun, ucapan tahniah pun tiada.

Aku score UPSR 4A 1B, B untuk Sains sebab aku cuma belajar Sains semasa darjah 6. Tuntutan kerja ayah membuatkan kami banyak travel sedunia jadi syllabus pelajaran Malaysia tak dapat diikut sangat.

Tapi aku bangga dapat B, tak sangka pelajaran 3 tahun ku pulun dalam masa setahun. Tapi ayah marah, marah sangat. Segala herdikan aku dapat.

Menjelang sekolah menengah, lagi banyak cabaran. Ramai yang bijak, tapi aku kekal top 3 bersaing dengan seteru rapat yang sama saban tahun. Tapi again, ayah tak puas hati.

Oh, mak ayah tak pernah ke sekolah sejak dulu untuk sesi serahan report card. Busy bekerja. Selepas PMR, aku dipaksa ke sekolah berasrama penuh sains tanpa kerelaan.

Di situ, keputusan peperiksaan aku sangat teruk sebab aku tak mampu lagi terima tekanan dan expectation melampau orang tua & persekitaran.

Dan di situ juga baru aku tahu aku developed depression yang sangat teruk hasil ujian dibuat sekolah dan dinasihatkan dapatkan bantuan. Depression yang muncul bukan sejak di asrama tapi dibentuk akibat expectations sedari kecil.

Aku mula rebel dan rimas, lemas. Aku terima saja kos bukan pilihan yang aku perolehi asal dapat ke IPTA. Marahnya ayah hingga disumpah takkan ditolong sesen sepanjang pengajian.

Depression aku pula semakin teruk tanpa sedar. Sepanjang tempoh tu, banyak kerosakan pada diri yang aku buat. Luaran aku periang tapi dalaman teruk. Hingga beberapa tragedi hitam berlaku.

Alhamdulillah, aku berjaya sambung hingga Masters diselang-seli dengan pengalaman bekerja selama hampir 10 tahun tanpa bantuan kewangan dari keluarga. Aku cuma berdoa kepada Yang Maha Esa untuk tetapkan jiwa dan permudahkan pengajian.

Tapi peliknya hampir setiap company aku bekerja akan lingkup akibat tekanan ekonomi negara. Memburukkan keadaan, usaha mencari kerja tanpa henti selama 2 tahun kebelakangan ini pula masih belum membuahkan hasil.

Membuatkan aku terfikir, apa guna kita terlalu mengejar jadi top of the class hingga belajar tinggi-tinggi, tapi endingnya orang tak nak ambil kita bekerja. Dari sebagai seorang admin assistant hingga jadi manager, langsung tak dipanggil.

Aku dah cuba untuk berniaga tapi tiada sambutan. Mengasuh budak bukan satu option kerana environment yang tak bersesuaian. Aku tiada lagi savings, bank dah mencari-cari.

Terus-terang aku dah putus asa. Stress sampai ke tahap aku mula mendengar suara dalam kepala, tapi aku tahu tu semua gangguan saja. Ada terlintas di kepala untuk melacur diri tapi ah bodohnya, kau lupakah kau ada agama?

Mungkin ada yang kata aku tak dapat redha mak ayah, tapi percayalah segala permintaan mereka telah aku tunaikan. Marah aku pada mereka pun dah aku abaikan menginjak dewasa.

Aku tahu ni semua ujian Allah untuk aku. Macam mana nak teruskan hidup, aku tak pasti. Aku yakin bakal diisytihar muflis menjelang hujung tahun ini sebab tak mampu bayar komitmen lagi.

Apa yang boleh ku pesan, tolong jangan memaksa anak-anak utk buat itu ini. Lain budak lain keistimewaan mereka.

Selaku ibubapa, memadai andai jadi penggalak bukan pemaksa. Tak perlu jadi the best among the best dalam IQ kalau EQ mereka teruk.

Bagi kasih sayang, support dan attention secukupnya kerana itu lebih penting. Tak perlu belajar tinggi menggunung, cukup sekadar ilmu yang kau perolehi dan gunakan untuk change hidup kau dan masyarakat dari awal.

Tolonglah jangan memaksa anak, instead please help them grow. Ambil kisah aku sebagai iktibar.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *