Anak Pungut

Salam semua. Sorry bercerita di sini, aku rasa sini je yang sesuai sebab tak dedahkan identiti. Nama aku N. Aku merupakan anak angkat yang dilahirkan di Kedah dan diambil untuk dijaga oleh ibu bapa angkat aku yang berasal dari Penang. Dari kecil aku memang tak pernah jumpa mak ayah kandung aku. Menurut nenek (mak ibu angkat aku) aku diambil ketika berusia seminggu.

Aku membesar dgn jayanya dan dijaga oleh nenek. Ibu ayah aku berniaga sendiri. Jarang ada dekat rumah. Neneklah yang urus aku dari a-z. Tidur pun aku tidur dengan nenek. Jarang aku dapat bermesea dengan ibu ayah. Dia orang kadang penat dan tak ada masa nak layan aku. Kadang tu aku yang jadi mangsa makian dia orang. Tapi aku kecil lagi apa nak hairan. Aku pun peluklah bantal busuk lari2 pergi bilik nenek nak tidur sama. Hasrat nak bermanja terkubur macam tu je.

Bila aku dah besar, masuk sekolah rendah ibu selalu marah2. Katanya aku bodoh, tak pandai macam anak orang lain. Result math aku teruk. Dapat b tu ibu kata macam dapat b**i. Aku nangis teruk hari tu. Balik rumah aku kena bantai dengan ayah. Dia kata aku menghabiskan duit dia orang. Ingat bila kutip aku dapatlah bela nasib mereka, bila aku berjaya dapatlah bantu dia orang jadi senang. Dia kata lagi aku ni suwei tak mewarisi kepandaian mak aku yang jadi ***** tu (aku tak nak sebut. Jaga sensitiviti) Hari tu baru aku tahu rupanya mak aku agak bekerjaya. Tapi nak buat mcm mana mak aku tak nak aku. Puas aku pujuk nenek cerita pasal emak kandung aku. Sampai ke sudah nenek diam.

Bila aku masuk sekolah menengah, time ni perniagaan ibu ayah agak merosot. Bila aku minta duit belanja sekolah, maki yang aku dapat. Anak pungut tak sedar diuntung. Anak pungut tak bawa apa2 hasil. Menyesal kutip anak pungut macam kau. Ayat tu semua dah lali dekat telinga aku. Ibu ayah bercerai masa aku tingkatan 3. Ayah suruh ibu bela aku, tapi ibu suruh ayah. Ibu pindah duduk rumah lain. Ayah pun. Aku duduk tinggal berdua dengan nenek. 2 minggu lepas tu ibu datang ajak kami duduk dengan dia. Aku baru nak bahagia, ingat ibu dah berubah.

Rupa-rupanya aku jadi ‘bibik’ dekat sana. Hari2 buat kerja rumah. Nenek nak buat tapi aku halang. Kesian nenek tak kuat sangat. Lepas balik sekolah ibu kerah tolong ibu meniaga di pasar malam. Aku suka, bila lagi nak berbakti pada ibu. Cuma yang aku tak suka, ibu gemar maki2 aku. Kadang tu depan customer aku kena maki. Balik rumah ibu campak semua baju kotor, pinggan mangkuk, barang2 niaga suruh aku settle. Nak tak nak aku kena buat sebab ibu banyak berjasa.

Satu hari, masa aku habis SPM aku decide untuk kerja. Nak tolong ibu luaskan lagi perniagaan pasar malam tu. aku kerja sungguh2 dan dapat kumpul duit modal. Habis kerja aku nak balik rumah. Nak tunjuk buku bank hasil tabunganku. Namun separuh perjalanan aku kemalangan. Kereta langgar lari. Jalan kat situ agak sunyi dan jarang orang lalu. Aku terus teringat ibu. Dengan kudrat yang ada aku call ibu ckp aku kemalangan. Tapi ibu cuma balas “call lah ambulance. Call ibu nak buat apa”

Hancur hati aku masa tu. Mujur ada mat motor yang lalu. Dia yang bantu aku uruskan semuanya. Motor aku memang rosak teruk. Aku patah peha kiri dan tangan kanan. Masa aku duduk hospital, ibu tak pernah datang melawat. Nenek dengan bongkok2 nya datang melawat aku. Aku nangis, mengadu pada nenek. Apa salah aku?

Tiap2 hari aku tanya nenek apa salah aku? Nenek dengan wajah cuba ditenangkan tanya aku bersedia atau tidak nak dengar cerita sebenar. Aku angguk.

“N anak perempuan s******* bapak N. Ibu N dapat tahu dan dia mengamuk. Atas rasa tanggungjawab, mereka ambik N juga. Jaga N.”

Allahu…. panjang lagi ceritanya cuma cukuplah aku cerita sampai situ. Tskut terbuka aib lagi besar. Aku terus peluk nenek. Patutlah ibu selalu panggil aku anak pungut.

Semoga aku si anak pungut terus cekal hidup. Doakan aku cepat sembuh. Aku dah tak larat duduk hospital pandang keluarga orang lain melawat sedangkan aku cuma ada nenek sahaja. Semoga ibu ayah bahagia selalu.

– Anak Yang Bersalah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *