Hi, aku siti. Berumur 29 tahun. Belum berkahwin lagi. Terima kasih admin sbb approve.
Kebelakangan ini banyak sangat dugaan yang menimpa family aku. Kdg2 aku rasa penat. Bilalah semua ini akan berakhir. Aku punya 6 orang adik beradik 3 org perempuan, dan 3 org lelaki dan aku merupakan ank ketiga.Aku penat tengok mak n ayah aku. Mcm2 dugaan yang mereka terpaksa tempuhi.
Baru2 ni,adik aku disahkan mengidap kenser darah. Setiap minggu kena buat rawatan kemo. Mak aku terpaksa ulang alik ke hospital utk jaga adik aku. Tidak mengapalah. Kami sekeluarga redha. Ada hikmah disebaliknya. Aku anggap itu ujian utk family dan tambah saham pahala buat mak n ayah aku kat akhirat kelak.
Satu yang buat aku tak puas hati bila adik beradik yang lain tak bagi kerjasama untuk ringankn beban mak ayah aku. Aku sedih. Aku kecewa. Terutama anak2 lelaki. Ego tinggi! Berlagak! Mereka tidak menyenangkan malah menyusahkan. Aku penat tengok mak aku terpaksa fikir mengenai mslh mereka sedangkan aku tau mak aku penat jaga adik bongsu aku.
Ikut hati mahu saja ku berhenti kerja dan menjaga adik di hospital. Tapi kalau aku berhenti kerja siapa yg akan membantu kewangan keluarga. Tuhan, Berat sungguh ujian mu.
Aku tak faham apa lagi yg kurang. Mak aku dah curahkan semua kasih sayang dan perhatian tak berbelah bagi kpd adik2 yg lain. Tp kenapa mereka masih salahkan mak ayah. Kenapa mereka masih mberontak. Tidak kasihan kah mereka dgn mak ayah aku. Aku jadi benci dengan adik beradik lelaki aku. Aku benci sampai satu tahap terdetik di hati ‘ kenapa mereka tidak mati, jadi tidaklah mereka menyusahkn mak ayah aku’. Ya Allah, ampunkan aku. Aku seperti tidak punya iman.
Aku tidak kata anak perempuan itu baik drpd anak lelaki tapi selalunya ank perempuan yg byk berbakti pada keluarga. Makcik aku punya 7 org ank perempuan, semua perempuan. Ramai org kata, susahlah kalau semua perempuan. Besarkan ank perempuan lagi payah daripada jaga sekandang lembu.. Tak! Mereka semua salah. Aku rasa mck aku lagi bahagia. Aku suka tgk fmly mereka.
Aku kesian mak ayah aku. Aku dah penat nasihatkan addik beradik lelaki aku. Aku penat sangat. Kenapa ank llki suka memberontak. Mak aku kata, dia redha. Ini ujian yg Allah bagi utk dia. Ya aku tau, ini jg salah satu saham akhirat mak n ayah aku. Tapi aku ksian dgn mereka. Mlm x pena tido dgn nyenyak asyik fikir masalah anak je. Makan tak pernah kenyang, ank sentiasa di fikirkan.
Aku tau semua ini ujian. Tapi aku tak tahan tgk mak aku menangis setiap kali anak- ank lelakinya buat hal. Ponteng sekolah, merokok, berkawan dgn bdk2 yg hisap dadah. Yg sorg pula asyik berhenti kerja. Yg sorg pula panas baran tak tentu pasal. Kenapa mereka sanggup rosakkn diri sendiri? . Menyampah sungguh aku melihat tingkah laku mereka. Sungguh menyampah.
Semalam mak aku menangis lagi. Kali ini dia menangis sehingga tak keluar suara. Aku rasa macam nak bunuh je adik beradik lelaki aku malam tu. Mak aku kata ‘Kahwin itu perlu ilmu. Ilmu keibubapaan itu penting. Apa yg jadi dgn adik beradik sekarang sebab kurangnya ilmu mak dan ayah’. Aku nangis. Aku tak tahan.
Sambungnya lagi ‘ payah punya ank yg ramai, ada ank2 yg terlepas pandang. Ada ank2 yg terasa kurang kasih sayang walaupun mak ayah dah bagi yg terbaik. Org kata, anak itu pembawa rezeki. Jadi jangan disekat kalau ingin punya anak ramai. Tapi ank juga boleh jadi salah satu sebab mak ayah ditarik kedalam neraka kalau mak ayah tak berjaya bentuk anak2 mereka menjadi manusia. Itulah pentingnya perancangan keluarga. Siti, kalau nak kawin satu hari nanti dalami ilmu agama sebaik mungkin supaya senang nak mendidik anak2 nanti. Jangan jadi macam mak dan ayah. Mak dan ayah gagal didik ank2 mak. Semua salah mak dan ayah’. Aku nangis lagi. Aku rasa dada aku nak pecah. Aku tak tahan. Aku peluk mak aku. Aku bisik kat telinga dia aku sayang dia dunia akhirat.
Mak, siti tak pernah salahkan mak dan ayah. Mak dan ayah adalah yang terbaik. Kami sebagai anak2 yg gagal bahagia kan mak dan ayah. Maafkan kami tak mampu lagi nak balas jasa mak dan ayah. Maafkan kami. Kami yg berdosa.
YA ALLAH YA TUHANKU MASUKKAN LAH KEDUA IBU BAPAKU BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN.KASIHANI LAH MEREKA SEBAGAI MANA MEREKA MENGASIHANI KAMI SEMENJAK KECIL. AMPUNKAN LAH DOSA -DOSA MEREKA. Amin…..
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Setiap orang ada hak nak ada berapa ramai anak diorang nak. Lagi satu, jangan jadi sexist. Ramai ibu bapa di luar negara pandai didik anak2 lelaki. Tak perlulah nak sexist