Assalamualaikum.. Saya dan suami perlukan pendapat para pembaca. Kami berumur 40-an, ada 5 anak.
Kisah ni tentang anak lelaki saya, Z yang berumur 16 tahun tahun ni. Anak harapan, sangat baik, berbudi pekerti, tak pernah melawan cakap, sentiasa patuh arahan.
Dia juga sangat minat dengan bidang agama, dan suka menimba ilmu baru. Pelajaran pun sangat baik. Buka sekolah nanti, kami dah apply asrama di sekolahnya. Nampak smooth saja kan?
Baru-baru ini saya terbaca journal Z yang di dalam biliknya. macam diari lah, siap tarikh semua ada.
Sejak saya baca journal tu dan sampai confession ini di tulis, Z masih berada di kampung kerana sekarang cuti sekolah. Dia berada di sana untuk spent time dengan atuk dan neneknya sepanjang cuti sekolah.
Benda yang saya baca dlm journal Z sangat lah mengejutkan. Rupa-rupanya Z anak saya ni sering tonton perkara tak senonoh di hp.
Ini pun ayat dah cukup berlapik saya guna. Kerana sebenarnya lebih dasyat…. Tak sanggup saya nak tulis sebenarnya.
Bukan setakat perkara tak senonoh, tapi sampai ke tahap menonton perlakuan sesama jenis. Dan dia kata dia dah tersuka perkara tersebut.
Pembaca dapat faham tak? Amalan kaum nabi Luth. Iaitu s*ks songsang. Dan dia mengimpikan melakukan s*ks luar tabii tu suatu hari nanti bila ada peluang.
Runtuh dunia saya bila mana terbaca. Padahal tak pernah menyangka.
Z juga tiada telefon sendiri, sekadar pinjam hp saya saja untuk guna bagi hal-hal sekolah dan tonton youtube saja.
Tapi tak pernah pula yang detect apa2 mencurigakan sebab dia dah delete semua sebelum serahkan semula hp kepada saya.
Rupa-rupanya selama ni Z anak saya ni tipu saya. Selama ni saya kena tipu dengan anak lelaki saya sendiri. Bilik tidurnya tak berkongsi dengan adik beradik lain, jadi dia ada privacy. Patutlah selalu sangat kunci pintu.
Dia guna hp saya untuk tonton p*rn perlakuan sumbangan yang luar tabii. Perlakuan p*rn berlainan jantina pun dia tonton juga.
Ayat yang Z dia tulis, dia tengah cuba discover “sexual orientation” dia. Minat dua-dua jantina dah. Macam orang tak ingat Tuhan! Sebijik mentality mat saleh jenis yang takde agama. Nangis saya baca.
Satu perkataan tentang “dosa” pun takde tertulis dalam journal Z tu. Seolah-olah hidup cuma untuk nafsu, langsung buang agama!
Tak cukup dengan p*rn dan gay p*rn, anak saya Z ni juga tonton dark web perlakuan ini. Terlalu jijik saya nak tulis. Ada aksi rog*l, inse*, paedoph*ile dan banyak lagi.
Dalam journal tu juga Z tulis dia dah jadi p*rn addict. Mast*rbat* itu normal sangat dah.
Dia nak buat langganan app OF tapi tak dapat buat payment lagi.
Dia nak langgan apps tu nanti dan impian dia ialah untuk f*ck dengan lelaki dan perempuan sebelum settle down kawin dengan perempuan yang normal. Macam psychopath! Allahuakbar, gilanya! Terlalu dasyat.
Sampai ke tahap Z ada tulis nak r*gol adiknya sendiri. Lepas saya bagitau suami, nangis kami berdua. Kegilaan apakah ini?
Jauh sekali dengan perlakuan Z di luar. Kami ni hantar Z ke sekolah agama sejak tingkatan 1, dan tingkatan 4 ni dia nak ambil jurusan agama.
Tapi bila baca journal tu, macam tulisan seorang bermentaliti liberal berkiblatkan free s*x yang tak kenal agama!
Saya tak reti nak tulis dan taktau nak describe macam mana dah tapi perlakuan dia dalam journal tu memang betul2 macam orang gila yang psychopath s*x addict.
Dalam journal tu ada tulis, Z start kenal benda2 tak senonoh tu daripada iklan pop-up. Tengah dok baca komik anime biasa pun iklan-iklan macam tu pop-up. Lama-lama curious, klik dan susah dah nak undur.
Sekarang Z masih di kampung, dia tak tahu kami dah baca journal dia. Saya dan suami buntu macam mana nak approach dia tentang isu ni. Masih terkejut dan cuba hadam.
Boleh je kami direct marah dia, tapi suami cakap dia mungkin akan belasah Z nanti bila Z balik sebab marah sangat.
Apa yang kami perlu buat ni??
Lagi satu, kami rasa perlu cancel untuk bagi Z duduk asrama. Sebab ada banyak potensi untuk dia proceed dengan keinginan perlakuan songsang dia di situ kerana di asrama nanti ada banyak ‘calon’.
Z juga muka jambu, muka jenis diminati oleh golongan songsang. Saya risau kalau Z terjumpa pelajar asrama lain yang sekepala dengan dia, nauzubillah.
Suami saya dah bagitau tak jadi nak bagi Z duduk asrama. TAPI kan Z ada tulis keinginan dia nak r*gol adik perempuannya.
Jadi pendapat saya, dia tak boleh tinggal di rumah juga lah! Bahaya kat adik perempuan dia, yang juga anak kami!
Jadi macam mana kami nak buat, buntu sebuntunya. Di asrama risau melarat ke perbuatan songsang.
Di rumah pula, risau adik perempuannya diapa-apakan pula. Buat masa ni kami pikir memang kami perlu alert sentiasa. Kena jauhkan Z daripada anak2 perempuan kami.
Buat masa ni Z masih di kampung. Tapi kalau dia balik, taktau lah macam mana.
Lepas Z balik nanti, mungkin kami perlu hantar dia jumpa psychologist ke? Atau bagaimana? Kami perlu confront dia tentang isu ni supaya tak melarat.
And then, what’s next? Ada idea tak macam mana nak buat dengan isu macam ni? Macam mana nak bagi dia kesedaran?
Tunjuk ajar agama semua kami dah bagi, tapi macam mana untuk wujudkan kesedaran akan dosa? Z dah tahu semua, cuma kalah dengan p*rn addiction yang menyebabkan otak seolah-olah dah rosak.
Sebelum ni saya sangka Z lah anak yang paling baik antara semua anak-anak saya.
Kalau orang jumpa dia di luar pun, ramai kata “baiknya anak kau”, sebab pertuturan, kelakuan dan akhlak Z di luar memang nampak betul-betul baik. Tapi rupanya kami ditipu.
Satu-satunya anak lelaki harapan kami jadi macam ni. Hancur sangat hati.
Harap sangat pembaca dapat bantu beri solusi, atau harap-harap ada psychologist yang dapat komen cara untuk kami hadapi isu ini
– Mak kepada Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau hantar asrama takut jd gay, duduk rumah takut jd sumbang mahram, duduk ngan atuk nenek takut jd paedophile. Susah nk handle kalau manusia dah xtakut tuhan. Dari cite awk pon dia ade kecenderungan jd penunggang agama, terlalu fake sgt. Bawak jmpa ulama dgn psikiatri. Xsilapa sy ade ustaz yg ada ilmu baca peribadi org. Biar ank perempuan awk yg duduk asrama
Salam. Ramai remaja macam ni. Cadangan saya dptkan rawatan pakar. Rawatan alternatif perubatan Islam pun perlu juga.
Dua2 kaedah.
Doa tiap mlm. Doa ibu takde hijab.
Bersabar yea ayahanda dan bonda. Ujian ini memang sangat berat
Salam puan sila jauhkan cerita yang dia suka tengok contoh semua cerita dari filem barat dan anime yang banyak menonjolkan aksi ghairah serta songsang anak puan masih remaja jiwa dia masih suci kena selalu pantau dan kenal dengan siapa dia berkawan..berterus terang je dengan anak puan yang puan dan suami dah mengetahui sisi gelap anak remaja puan melalui diari..dan minta dia stop jangan teruskan apa yang dia tulis tu kerana benda tu berkait dengan khayalan dunia yang dia sendiri bina melalui cerita yang dia lihat sebab tu dia suka berada dalam ruang yang sempit dan tersembunyi antara dia dan khayalan imaginasi tersebut..nasihatkan anak puan dosa dan ancaman Allah kepada pelakunya..saya sarankan anak puan diajar mengaji melalui hafalan start dari surah pendek dulu pun x pe bagi hati dia terbiasa dengan alunan Al-Quran..dan setiap kali Lps solat subuh dan asar ajarkan anak puan baca AL Matsurat doa himpunan dari Rasullullah saw yang disusun semula olah Hassan Al Bana cuba amalkan moga moga anak puan berada diatas landasan yang benar semula…dan tak lupa juga banyakkan zikir atau puasa sunat.
Saya pun berpendapat, jgn hantar anak ke asrama, kena usahakan buat rawatan ni, lagi satu jelaskan kepada anak2 puan yg lain apa itu pendidikan seks, sebb ni mcm dah ada ancaman, Puan dan suami kena panggil dan bercakap secara serious tetapi lembut dgn Z tentang masalah ni, doa bnyk2, semoga Allah lembutkan hati anak Puan dan kembali normal
Puan, saya nak tanya something juga. Puan kongkong anak strict sangat ke selama ni? Puan ada borak2 atau puan memang strict parents yang anak takut gila? Saya tanya bukan nak judge, tapi dari pengalaman saya berkawan, kawan2 yang ada mak ayah super strict dan tak boleh bawak borak ni la yang paling banyak end up bermasalah/liar melampaui batas belakang mak ayah sendiri. Tapi depan2 memang macam malaikat.
setuju. saya la antara anak yg mcm tu 😅 sy harap parents tak asyik judge dan salahkn sy (walaupun ya sy akui sy salah juga tp bila dimarah rasa lagi nak rebel). instead, i hope parents borak dgn saya, beritahu sy apa mereka rasa & harapan mereka pd sy, dan beritahu sy mereka want to be there utk bantu saya jadi lebih baik, sama² baiki diri bukan nak betulkan anak je tp parents pun tak muhasabah diri. tp itula parents sy tak pernah buat semua ni sy hanya berharap je haha dan hubungan sy dgn parents skrg pun mcm tula depan² nmpk baik blkg² byk sy rahsiakan dr mereka.
tp syukurnya i think sbb parents sy org yg jaga solat jaga qiam dan selalu doakan anak², senakal apa pun sy setiap kali tu reti lagi la nak feel guilty dan balik ke Tuhan, walau sering juga gagal utk tidak ulang kesalahan yg sama hmm
Puan dan husband kena slow talk dgn dia..tanya sejak bila dia terjebak dgn semua ni..utk porn addiction tiada siapa yg blh control selain dr diri Z sendiri. Puan kena limitkan penggunaan phone kat dia and set parental control utk phone dia. Kena penuhkan activiti yg sihat n bermanfaat bg dia xterperap dlm rumah or bilik. Share dgn dia keburukan porn addiction utk masa depan dia.
Sabar. Jangan belasah dia. Dulu saya belajar psychiatry, lecturer saya cakap umur remaja ni memang ada curiosity untuk explore perasaan & sexuality macamni. depends pada pendedahan. Saya dulu sekolah agama semua perempuan. Ada isu kakak-adik angkat dan minat sesama jenis. masatu memang ada rasa kita syok pada sesama jenis. Tapi dah masuk umur 18 tahun & dah jumpa kaun lelaki di matrik, saya minat lelaki je. Saya dah kahwin anak 2 pun. Jangan belasah anak anda, tapi anda kena guide dia, dan kawal penggunaan phone ni. Ajar anak-anak lain juga tentang isu ini, kalau omputih tu kata “underpants rules”, saya ajar anak2 saya dari diorang 3-4 tahun lagi.
Salam, sy harap puan baca komen sy nim sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah agama yg berasrama penuh, sy nasihatkan puan JGN hantar dia ke asrama.
Biar la dia duduk di rumah. Lebih senang di pantau. Cuma jangan tinggalkan dia berdua dengan adik perempuan. Sy rasa dia x berani utk buat kat adik dia sendiri. Dia nyatakan itu cuma keinginan dia shj.
Remaja dengan p*rn ni x dpt dipisahkan. Dari zaman sy lagi. Cuma zaman skarang canggih, sebab anytime boleh access. Remaja dulu x ada access, jadi keinginan itu terbatas. Paling2 teruk pun curi2 tonton vcd luc*h drumah kawan, langgan majalah playboy, itu shj.
Kalau yg jenis bersosial itu yg parah, nak2 bila jumpa perempuan yg easy going. Mudah sangat kalau nk minta s*x. Siap boleh gilir2..Tp itu jenis2 pelajar yg teruk la, yg jenis kaki pukul di sekolah.
Zaman skarang ni sgt bhya, sebab access terlalu mudah. Bila sudah menjadi kebiasaan, yg biasa tu dah jadi bosan dan tak puas. Sebab tu dia dah masuk ke kategori yg luar biasa. G*y, B*sex, Tr*ple, Tr*ns, C*ck*ld, In*est, P*do, semua tu dah kategori luar biasa. Benda2 itu semua dah tersedia dengan jumlah yg makin banyak.
Puan bernasib baik sebab tahu ttg perkara ini awal. W/pun dia dah masuk kategori luar biasa, tp dia masih bermain2 dalam fikiran shj. Masih belum dia buat lagi. Sy tak rasa ini adalah parent failure. Ini lebih kepada keinginan nafsu remaja yg mula nk mengenal dunia sebenar di zaman canggih ni. Puan patut bersyukur Allah dah tunjukkan kat puan dan suami awal.
Sy boleh cadangkan utk puan belajar sikit pasal IT ni. Kalau pakai wifi, boleh blok any IP/MAC address di modem. Guna admin access utk manage modem tu. Jangan tanya dia pulak mcm mana nk blok. Hehe
Kalau pakai mobile internet, boleh control di phone sendiri. Boleh tgk youtube utk blok2 website tertentu, dan in fact boleh blok semua website yg berasaskan P*rn.
Lagi satu beware dengan Telegram/Wechat dan mana2 social apps yg boleh look around. Itu apps paling mudah nk cari org. Sy yakin anak puan mesti ada install apps tertentu masa dia pinjam phone puan. Dan uninstall bila dia pulangkan. Kalau puan pandai, cari la history installed apps. Boleh blok terus dr phone.
Kalau cadangan lain, sy rasa kena start buat baik kat dia. Bagi dia perhatian. Bila dah rapat, baru slow talk dengan dia pasal ni. Percayalah, masih belum terlambat.
Moga Allah permudahkan.
Salam, sy harap puan baca komen sy ni. sebagai salah seorang bekas pelajar sekolah agama yg berasrama penuh, sy nasihatkan puan JGN hantar dia ke asrama.
Biar la dia duduk di rumah. Lebih senang di pantau. Cuma jangan tinggalkan dia berdua dengan adik perempuan. Sy rasa dia x berani utk buat kat adik dia sendiri. Dia nyatakan itu cuma keinginan dia shj.
Remaja dengan p*rn ni x dpt dipisahkan. Dari zaman sy lagi. Cuma zaman skarang canggih, sebab anytime boleh access. Remaja dulu x ada access, jadi keinginan itu terbatas. Paling2 teruk pun curi2 tonton vcd luc*h drumah kawan, langgan majalah playboy, itu shj.
Kalau yg jenis bersosial itu yg parah, nak2 bila jumpa perempuan yg easy going. Mudah sangat kalau nk minta s*x. Siap boleh gilir2..Tp itu jenis2 pelajar yg teruk la, yg jenis kaki pukul di sekolah.
Zaman skarang ni sgt bhya, sebab access terlalu mudah. Bila sudah menjadi kebiasaan, yg biasa tu dah jadi bosan dan tak puas. Sebab tu dia dah masuk ke kategori yg luar biasa. G*y, B*sex, Tr*ple, Tr*ns, C*ck*ld, In*est, P*do, semua tu dah kategori luar biasa. Benda2 itu semua dah tersedia dengan jumlah yg makin banyak.
Puan bernasib baik sebab tahu ttg perkara ini awal. W/pun dia dah masuk kategori luar biasa, tp dia masih bermain2 dalam fikiran shj. Masih belum dia buat lagi. Sy tak rasa ini adalah parent failure. Ini lebih kepada keinginan nafsu remaja yg mula nk mengenal dunia sebenar di zaman canggih ni. Puan patut bersyukur Allah dah tunjukkan kat puan dan suami awal.
Sy boleh cadangkan utk puan belajar sikit pasal IT ni. Kalau pakai wifi, boleh blok any IP/MAC address di modem. Guna admin access utk manage modem tu. Jangan tanya dia pulak mcm mana nk blok. Hehe
Kalau pakai mobile internet, boleh control di phone sendiri. Boleh tgk youtube utk blok2 website tertentu, dan in fact boleh blok semua website yg berasaskan P*rn.
Lagi satu beware dengan Telegram/Wechat dan mana2 social apps yg boleh look around. Itu apps paling mudah nk cari org. Sy yakin anak puan mesti ada install apps tertentu masa dia pinjam phone puan. Dan uninstall bila dia pulangkan. Kalau puan pandai, cari la history installed apps. Boleh blok terus dr phone.
Kalau cadangan lain, sy rasa kena start buat baik kat dia. Bagi dia perhatian. Bila dah rapat, baru slow talk dengan dia pasal ni. Percayalah, masih belum terlambat.
Moga Allah permudahkan.
Jangan marah mengamuk mengikut emosi. Itu semua bisikan syaitan nak rosakkan rumahtangga yg ada masalah. Bawak istighfar, puan dengan suami bawak solat taubat, tahajud, hajat pada tengah malam mohon Allah bukakan jalan penyelesaian. Puan dgn suami pergi berjumpa dengan pakar psikology dapatkan pendapat nak handle confrontation dengan anak nanti, jangan bawak anak dulu. Dulu saya follow FB Syed Azmi handle kes mcmni. Paling penting mak ayah kena tenang dulu.
Boleh contact Cikgu Mohd Fadli Salleh. Ada seorg kawan baik cikgu Fadli boleh bantu anak2 yg bermasalah mcm ni. Saya tak ingat nama orgnya. Tapi, pernah baca dlm FB Cikgu Fadli
Cari akhi fairuz ada bnyak buat seminar & kaunseling utk kes mcm ni. Semoga dipermudahkn urusan puan sekeluarga
Boleh cuba contact tuan akhifairuz di FB dia. Boleh tanya pendapat dia. Semoga Allah permudahkan urusan puan & sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah
Allahuakbar urut dada koala baca confession puan.Akhir zmn ni amatlah mencabar dlm membesarkan anak2 remaja krn ada talipon.Semua dihujung jari.Mmg banyak dah kes budak rosak akibat p*** addict.Walau dia dari latar blkg pendidikan ugama.
Po** mmg 100% merosak akal.Bila dah dikuasi nafsu..takkan sedar dah betul atau salah yg penting puaskan nafsu dulu.Otak da rosak.
Kena hantar anak gi terapi.Cuba ke klinik kesihatan kerajaan jumpa doktor dan ceritakan masalah.Dia akan hantar kpd kaunseling atau pakar mental.
Kalau nak segera sila cari kaunseling berbayar dlm laman web..dlm tiktok ke..buat temujanji dgn mereka.Bokeh juga jumpa pakar terapi hipnotis malaysia En Hurudin boleh cari dalam fb
Usahakan juga jumpa ustaz utk rukyah gangguan jin porn dlm bdn anak tu.Dia dah dikuasai tu
Otak anak puan dah mula nak rosak.Sblm dia jd lebih liar dgn melakukan kerosakan…segera bertindak.
Assalamualaikum puan.
Bersyukur sangat pada allah dalam situasi begini allah hadirkan perasaan pada puan untuk masuk bilik z dan terbaca journal z. Mungkin satu teguran allah pada puan, suami puan, saya sendiri dan semua pembaca yang sudah membaca posting ini. Harap puan dan suami puan dapat berhadapan dengan z tanpa perasaan marah. Kerana marah itu dari syaitan yang munkin akan lebih mengeruhkan keadaan.
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan daripada api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah hendaklah berwuduk. [4]
Riwayat Abū Dāwud (4784)
Puan dan suami perlu sama2 bermuhasabah kenapa wujudnya journal z dalam kehidupan z.
Sebagai ibu dan bapa z, wujud atau tidak ruang untuk z meluah rasa pada puan dan suami sebagai anak atau kawan z. Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang dapat menjadi rujukan kepada anak2 bukan cikgu bukan juga sekolah.
Mintak maaf pada z jika terdapat hak anak tidak dpt diberikan pada z dengan baik. Antara hak anak yang selalu terlepas pandang oleh ibu bapa dan saya sendiri adalah hak emosi kepada anak-anak. Banyak kajian yang menulis jika hak emosi ini tidak disantuni dengan betul pada anak, anak akan mendapat kesan itu dalam jangka masa yang panjang. Antaranya kemurungan, anxiety dan masalah kesihatan mental yang lain. Akhir kalam saya setuju jika anak puan dibawa berjumpa dengan kaunselor untuk rawatan yang terdekat. Saya berdoa agar puan, suami dan kita semua dalam jagaan allah selalu. Asbab jagaan allah ini juga puan dapat mengetahui masalah anak puan secara tak langsung. Sungguh besar pengajaran situasi ini buat diri saya sebagai anak, parent dan masyarakat.
Bawah ke psychologist/counsellor. Anak kena pegi, parents pun kena pegi…….sesi berbeza
Saya doakan yang baik-baik. Puan terutamanya suami jangan marah atau belasah. Saya bimbang dia akan memberontak dan hilang kasih sayang yang utama iaitu ibu ayahnya dan mencari orang lain. Bimbang semakin teruk nanti.
Apa-apa pun, he might needs his father.
Assalamualaykum wbt puan.
Saya tak tahu sempat tak mesej ni sampai pada puan sebelum anak balik dari cuti. Saya pernah buat kajian tentang seks songsang dalam kalangan pelajar IPTA. Bala besar menanti bila Z dah ada telefon sendiri nanti. Zaman FB & IG ni, zina adalah perkara yang sangat mudah. Menakutkan kerana ada aplikasi yang memang direka spesifik untuk mencari pasangan zina & lebih spesifik utk sejenis pun ada.
Saya baca habis confession ni dan satu benda yang saya tak jumpa lagi adalah TUJUAN.
Puan cerita dengan baik masalahnya apa tapi TUJUAN puan & suami nak Z berakhir macamana? Nak Z berubah jadi normal? Nak Z keluar dari keluarga? Nak Z kekal begitu? Nak apa penghujung Z nanti? Fokus pada Z sahaja Puan. Sebab masalah ada pada Z. Jangan kait dengan anak lain, bimbang itu bimbang ini. Fokus selesaikan masalah Z supaya situasi tak jadi kompleks dan puan boleh buat keputusan yang tepat. Buat pilihan utk Z, laksanakan keputusan tu sampai selesai. Lepastu baru fikirkan isu lain yang mungkin timbul berkait dengan pilihan yang puan & suami buat.
Umur 16 tahun, Z terlalu muda untuk faham bahawa filem yang ditontonnya itu hanya lakonan, ada skrip & pencahayaan. Sama macam drama. Pelakonnya vetted, IRL tak ada manusia boleh buat kedudukan macamtu, tak ada manusia normal suka benda macamtu bahkan, kepuasan seks ni sangat mudah sebenarnya be it dengan lelaki, perempuan, tangan atau toys. Sama je tapi sebab terpengaruh & convinced dengan apa yang ditonton. Cubalah buka mata Z pada perkara ni.
Saya baca dalam luahan, Z ada cakap nak SETTLE DOWN dan kahwin dengan wanita normal? Tak boleh ke kalau ini dipercepatkan utk Z? Jika masalahnya dah tak normal, Z pun tak normal, Z dah tak boleh lalui kehidupan normal mcm org lain. Z perlu tahu bahawa seks & kepuasan hanyalah beberapa minit dalam kehidupan suami isteri. Mungkin beberapa minit sahaja dalam sehari sedangkan lagi 23 jam++ tu banyak benda lain nak kena settle. Ada beras hendak dibeli, mulut nak kena suap, ada harta perlu dicari, ada pampers yang perlu ditukar, akhlak yang perlu dibentuk, hati yang perlu dijaga dan banyak lagi masalah lain yang bukan berkisar sekitar nafsu & kepuasan semata-mata…
Salahnya adalah sbb beri anak fon tanpa pantauan. Bilik privasi, benarkan anak kunci pintu. Selepas ini elakkan tinggal anak bersendirian dengan anak perempuan. Ibu perlu sentiasa ada di rumah. Kalau kerja, mungkin perlu berhenti kerja supaya sentiasa ada bersama anak. Anak nak ke mana2, ibubapa perlu tahu dan temankan kalau boleh. Keluar dgn kawan lelaki pun tak boleh dipercayai zaman skrg ni. Jangan benarkan anak bermalam di rumah kawan.
Jangan ulangi kesilapan yg sama pada anak2 yg lain. Anak tak patut dibenarkan mengakses internet seorang diri. Juga jangan biarkan anak dlm bilik seorang diri dengan pintu yg dikunci. Pastikan anak disibukkan dengan aktiviti bermanfaat.
Puan, sila follow brother Akhi Fairuz di FB (dia pakar pendidikan seksualiti kepada kanak2), ada dia huraikan persoalan puan ni dengan agak terperinci di FBnya
Cadangan, puan bagi nasihat pada anak yang dia merupakan pelindung kepada adik-adik perempuan. Bagi dia rasa tanggungjawab, dan seeloknya tak perlu masukkan asrama. Asrama lagi teruk.
Selalu berborak discuss dengan anak masalah isu semasa dapatkan pendapat darinya juga. Bila jadi pendengar yang baik ni inshaa Allah anak pun patuh.
Semoga dipermudahkan
Mencabar kesabaran betul bila anak jadi begini. Dugaan besar buat adik suami isteri ni. Masalah x boleh selesai jika dibiarkn bimbang melar3 toat lbh teruk. Kena confront dgn anak jg tp jgn sampai mmukul. Pandang anak dgn simpati bkn dgn rasa rasa geram nk hentam dia. Anak sedang ‘sakit’. Perlu dirawat & dibersihkn semula mcm sblm dia jumpa bahan porn yg buat fikiran, dia rosak & bakal merosakk. diri & org lain jika x disekat niat nk try adik ppuan dia tu atau mn2 anak gadis lain. Sebelum jd apa2 lbh baik bertindak skg. Dapatkn anak sblm buka sekolah isnin mggu depan. Bawa junpa doktor yg brtauliah lbh baik. Moga dipermudahkn urusan adik sekeluarga. Aamiin…..
Maaf nak tanya mcm mana puan jumpa jurnal tu ya. Tersorok atau die mmg nak puan jumpa? Jurnal tu bahasa lbih kpd diari atau fantasi diri? Puan ckp anak puan hanya dpt fon melalui puan tp pengetahuan die mcm terlalu advance dgn usia & pendedahan yg dia terima. Kat rumah ada komputer? Kawan2 terdekat die puan kenal? Porn skrg mmg mudah nak akses tp dgn fon pinjam rasa die xboleh pergi sejauh tu. mcm dark web semua tu bukan mudah nak akses. Mgkn puan kena ‘research’ ank puan lbih lg
Kalau dah sejauh tu fikiran ank puan better hantar pada pakar dlm psikologi. Cm untuk confront anak puan kena fikir balik cara terbaik spy die xpergi lbih jauh. Cadangan sy mcm yg lain jgak. Gunakan kesempatn sempena Ramadan ni utk reset balik anak puan
Menggugil saya baca kerana cuba membayangkn kalau saya diuji oleh Allah melalui mslh anak mcm ni, apa tindakan saya skrng ni?
Yg sy fikir, ank itu perlukan bantuan! Rohaninya sedang kritikal. Jika tidak dibantu, bimbang akn tertutup gelap gelita hatinya. Allah! Bantulah ibu ayah & anak ini..berilah jln keluar kpd mereka. Puan & suami kena deep talk dgn anak psl ni. Pandang anak sbg hamba Allah yg diamanahkn kpd kita dan sgt2 perlukan sokongan kita,walau dia xmenyedarinya. @ pun, puan terus terang dan dptkn rawatan / pandangan doktor psikologi juga ustaz berkenaan ini. Redahinya bersama anak. Walau mencabar, inilah bukti kasih syg kita
Puan bila confront mesti menjadi sahabat pada anak . Jangan berkeras nanti akibatnya lagi teruk. Pillow talk.. slow talk. Sebab anak puan memang baik cuma salah bahagian tengok porn ini.kalau tak dibendung akan jadi lebih parah. Saya juga duduk asrama dan benar kalau salah pilih memang boleh rosak
Cuba cari dlm FB Akhi Fairuz Al Jengkawi dia pakar menangani masalah seksualiti di kalangan remaja dan kanak-kanak…juga Dr.Rozanizam Zakaria di FB dan TT.puan dan suami jangan putus asa … bersemuka dengan anak,beritahu dia elok2 yang kalian dah baca diari dia tu,dan cakap kat dia kalau dia terus kan dengan aktiviti po** atau cuba rogol adik2 dia,puan akan terus hantar dia ke balai polis.satu lagi,puan perlu pasang CCTV dalam rumah..rujuk ke psikiatri dan kaunseling..juga dapatkan rawatan Islam
.apa pun,jangan sesekali putus asa.jangan menyerah dengan dugaan ini.puan dan suami mesti cekal,teruskan berdoa dengan ikhlas,Insya Allah ada solusi ya.saya doakan puan keselamatan puan sekeluarga