Assalamualaikum semua. Aku saje je menulis cerita ni, moga2 dapat jadi pengajaran dengan apa yang terjadi dekat keluarga aku. Aku gelarkan aku nenek muda dan aku perempuan dan belum berkahwin. (Doakan jodoh aku jugak guys) hihihi.
Cerita ni jadi dalam 2 tahun lepas dan masa tu aku berumur 25 tahun. Cerita ni pasal keluarga kakak aku, aku namakan dia Nora. Aku ada adik beradik 6 orang. Nora ni anak ke 3.
Nak di jadikan cerita, Nora ni berkahwin masa umur 16 tahun. Masa dia kawin aku mase tu dalam darjah 6 macam tu. So aku tak berapa ingat tapi aku di fahamkan, Nora ni tak berminat nak bersekolah dan dia nak kahwin dengan BF dia.
Masa tu ayah aku memang tak restu dia nak kahwin sebabnya BF dia tu drug addict. Tapi di sebabkan akak aku ni dh lari rumah dengan BF dia. Ayah aku terpaksa nikahkan dia takut terjadi nya benda yan memalukan keluarga.
So nikah lah diaorang tanpa restu. Sepanjang perkahwinan diaorang setakat 17 tahun, diaorang di kurniakan sorang anak perempuan (Fatihah) dan 4 orang anak lelaki.
Cerita ni aku fokuskan dengan apa yang terjadi dekat Fatihah. Beberapa tahun sebelum ni, aku dapat tahu akak aku ni dah ambil dadah jugak.
Lepas tu permulaan cerita ni abang ipar aku kene masuk penjara sebab edar dadah dan akak aku terpaksa kerja nak sara anak2 dia. Rumah mak aku dengan rumah Nora ni tak berapa jauh cumanya biasa nya Fatihah yang akan datang rumah untuk mintak beras dan lauk2.
Lepas abang ipar aku masuk penjara, akak aku ni kononnya pergi mencari kerja kat satu bandar tapi die tinggalkan anak2 dia dengan sorang kawan dia iaitu Azuan.
So tinggal lah Azuan, Fatihah dan adik2 dia dalam satu rumah. Epiknya cerita ni bila jiran2 buat aduan dekat JKM sebab kira anak2 saudara aku ni tak de mak ayah and di biarkan macam tu. So JKM dah datang serbu rumah untuk kutip budak2 ni untuk berada di bawah JKM.
Pada hari JKM datang serbu, mak aku terdetik hati nak melawat cucu2 dia dekat rumah diaorang tapi mak aku terkejut sebab JKM dah nk bawak diaorang pergi. So mak aku ni kesian tengok2 cucu dia, lepas tu mak aku ni bawak lah cucu2 dia ni duduk rumah kitaorang.
Rumah kitaorang memang tinggal mak ayah aku je dan aku masa tu dah kerja dekat KL, so mak aku lah yang update cerita tu semua. Aku kesian dekat mak aku, dalam umur yang dah nak dekat 60-an tapi terpaksa jaga anak2 si Nora ni. Nora ni pulak dah MIA dan tak boleh contact langsung.
Bila mak aku korek2 cerita, baru lah dapat tahu yang Fatihah dengan adik2 dia dah tak sekolah. Masa tu Fatihah dah 15 tahun.
Then, bermula episod mak and ayah aku pergi PPD untuk urusan persekolahan diaoanrg. Then mak aku buat keputusan untuk masukkan Fatihah bawah sekolah berasrama biasa. Adik2 Fatihah, kitaorang decide untuk masukkan diaorang under JKM punya program.
So sekolah lah Fatihah dekat situ. Semuanya okay mula2, so tiap2 bulan ayah aku akan pergi ambil dia untuk balik ke rumah kitaorang lah.
Sampai lah ayah fatihah keluar dari penjara dan ayah dia dah start kacau2 dia kat sekolah tu. Masa ni aku tahu yang ayah Fatihah suruh Azuan datang amek Fatihah kat sekolah tu and di kira lari dari sekolah dan asrama lah.
Bila larinya Fatihah, tak dapat nak di gambarkan betapa mak ayah aku kecewa dan sedih. Cuba korang bayang kan mak ayah aku tu dah masing2 umur dah nk dekat 60-an dan aku rasa umur diaorang ni dah tak sesuai untuk jaga permasalahan cucu2 diaorang ni.
Fatihah ni tak balik rumah kitaorang dan kitaorang pun tak tahu dia kat mana tu semua. Sampai lah Raya tahun 2018, tiba2 dia balik dan duduk rumah kitaorang.
Aku dah rasa pelik masa tu sebab kenapa dia ni tiba2 balik rumah kitaorang tapi ye lah kan, budak umur 15 tahun, mana lagi nak pergi so aku cuba la slow talk dengan dia.
Aku cakap pergi lah duduk bawah JKM, so dapat sekolah, dapat bina balik masa depan dan semuanya okay lah. Kteorg memang dari awal nak dia duduk bawah JKM sebab kitaorang rasa dia dah bebas tanpa kawalan dah tapi dia tak nak.
So, masa raya tu, aku cuba lah pujuk2 dia tapi aku terkejut sebab dia tiba2 willing nak pergi. Okay lah kan, aku pun tak de terfikir apa2 then terus je aku contact JKM supaya uruskan Fatihah.
Bila dh habis cuti raya, aku pun balik KL dan teruskan kehidupan aku macam biasa. Masa aku tengah sibuk kerja, tiba2 adik aku call and dia cakap ade benda nk bincang. Aku dah terasa tak sedap hati pas tu aku cakap balik rumah nanti borak sebab aku tengah sibuk kerja.
Dah balik rumah, aku call adik aku and adik aku cakap Fatihah buat pengakuan dia dah mengandung 3 bulan. Aku terkejut sebab aku tak sangka sampai tahap tu dia punye advance.
Aku dah kusut dah masa tu dan aku tanya mak ayah tahu ke tak, pas tu adik aku cakap mak ayah tak tahu lagi and die pun tak tahu nk buat apa sekarang sebab JKM dah nak bawak dia pergi hujung minggu tu.
Lepas tu aku cakap kat adik aku, bagitahu mak ayah supaya diaorang tahu apa yang jadi. So mak ayah aku dah tahu dan diaorang pun runsing tak tahu nak buat apa.
Masa ni JKM memang tak tahu Fatihah mengandung tapi JKM teruskan untuk ambil Fatihah. Lepas sebulan JKM contact mak aku, dan bagitahu diaorang tak boleh terima Fatihah di sebabkan Fatihah mengandung. Fatihah dah cakap sape pelaku dia.
Korang boleh teka kot sape. Ye betul, Azuan yang buat dekat Fatihah. So masa ni Nora tiba2 muncul dan mak aku buat keputusan untuk kawinkan Fatihah dengan Azuan.
Family aku masa ni memang huru hara sebab Fatihah. Aku kalau boleh tak nak masuk campur sebab Nora dah ada mase tu. Tapi bila aku dapat tahu Azuan pun drug addict aku terus serabut balik.
Sebab peristiwa lama akan jadi balik kalau Azuan dan Fatihah kahwin sebab dia ibarat macam perkahwinan Nora dengan suami dia. Dan semestinya mak aku akan jadi mangsa keadaan.
Aku beberapa malam tak dapat tidur fikir pasal Fatihah. Aku rasa bersalah sangat kalau aku biarkan diaorang berkahwin. Tiap kali aku solat, mesti aku menangis sebab aku tak tahu and buntu macam mana nak tolong Fatihah.
Esoknya aku terus buat kerja aku and start cari2 dekat google and aku ada jumpa satu shelter home. Aku dah call shelter home ni dan syukur sangat sebab diaorang menerima kemasukkan Fatihah dan shelter home ni berbayar.
Aku masa tu terus je commit untuk sedia untuk bayar asalkan Fatihah dan anak dia selamat. So aku ambil cuti beberapa hari untuk selesaikan urusan Fatihah dan bawak Fatihah ke shelter home tadi.
Aku buat semua ni sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku jaga Fatihah dari kecil dan aku macam tak sanggup nak tengok hidup dia jadi macam Nora. Lagipun masa tu Fatihah baru umur 15 tahun dan mengandung.
Ayah aku dah pesan supaya aku jangan masuk campur dan biar je Fatihah kawin dengan Azuan. Kira tu lah jalan penyelesaian yang diaorang ada. Tapi aku dah pakat dengan adik beradik aku yang lain termasuk Nora pasal plan aku nak masukkan Fatihah dekat Shelter Home.
So diaorang macam ikut je sebab diaorang semua pun dah ade keluarga sendiri so yang tinggal aku dengan adik aku je yang bujang. So mcm boleh ambil cakna pasal Fatihah ni.
Sebelum masukkan Fatihah dekat Shelter home tu. Aku kena dapatkan buku pink untuk Fatihah. Bile pergi klinik ibu dan anak (gov), mase ni kakak aku yang tolong uruskan.
So bila kakak aku pergi, yang dekat kaunter cakap tak boleh register sebab nanti Fatihah tak kan beranak area situ. So bila kakak aku call aku cakap tak boleh buat.
Then aku pun macam betul ke, tak boleh buat ni. Aku pun tak de kawan yang kerja dekat hospital ke apa. Aku pun call kementerian kesihatan untuk tanya je masa tu. Macam mana procedure nak buat buku pink untuk budak bawah umur dan tak de suami.
So call aku di sambung dekat orang yang betul dan doktor dan matron tu yang tolong aku call kan klinik ibu dan anak tadi dan benarkan Fatihah buat buku pink. Masa tu baru lah terhegeh hegeh jururawat dekat situ untuk buat registration Fatihah.
Then lepas dokumen semua dah complete, masuk lah Fatihah dekat shelter home tu dengan selamat.
Masa aku hantar Fatihah dekat shelter home tu, aku ingat lagi, masa tu aku ade motor je. So aku hantar je Fatihah dengan motor. Shelter home dengan tempat aku stay dalam setengah jam macam tu, tapi Allah permudahkan.
Aku sebak jugak masa hantar dia, sebab dia kalau boleh tak nak duduk bawah shelter home tapi apakan daya sebab family dan mak ayah aku dah tak boleh terima dia.
Tempat bergantung harap dengan mak ayah dia dah takde. Nora pun entah ke mana masa tu. Fatihah anak saudara yang aku jaga dari kecil dan semestinya aku kesian dengan apa yang jadi dekat dia.
So sape2 yang ade pengalaman macam aku. Tolong dan tolong jangan sisihkan diaorang ni. Tahu diaorang dah berdosa buat maksiat dan termengandung. Tapi dalam keadaan dieorang down macam ni, tolong lah jadi supporters untuk emosi diaorang.
Tolong jangan jadi penyebab untuk diaorang buang baby diaorang. Kalau family tak dapat terima dia mengandung anak luar nikah, tolong la cari tempat macam shelter home tu dan kalau budak tu bawah umur, boleh call JKM untuk tanya tentang procedure diaorang.
So, Alkisahnya Fatihah ni, aku tak salahkan dia 100% sebab punca nya jadi adalah sebab Nora dan suaminya juga. Dalam usaha aku mencari jodoh, aku percaya restu mak ayah jugak penting untuk hubungan yang bahagia. Aku memang ambil ikhtibar dengan apa yang jadi dekat Nora.
Tahun 2018 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku sebab aku tak sangka aku dapat harungi masalah ni dan aku percaya Allah banyak tolong aku.
Maafkan penulisan aku berterabur sebab aku tak biasa tulis cerita panjang2 macam ni, hehe. Nanti kalau cerita ni di publishkan. Aku akan sambung lagi macam mana aku fight untuk anak Fatihah a.k.a cucu aku :)
From :
– Nenek Saudara Muda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit