Assalamualaikum semua. Semalam saya ada terbaca confession anak tak sah taraf yang bahagia. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/anak-tak-sah-taraf-bahagia/).
Saya mewakili ahli keluarga kepada seorang anak tak sah taraf. Anak saudara saya sendiri adalah seorang anak tak sah taraf. Adik saya mengandung sebelum nikah kira2 12 tahun lalu.
Dia berkahwin dengan boyfriend dia tu (adik ipar saya la) suka sama suka lepas dia mengandung. Memang masa tu keadaan keluarga agak tegang dengan kejadian ni, ayah saya kemurungan tapi semuanya berakhir lepas anak saudara saya (cucu dia) lahir.
Ayah cakap buat apa nak sedih dan marah berlarutan, benda dah jadi, dia nak keluarga berbaik-baik dan hidup aman bahagia, keluargalah segala-galanya bagi kita. Cucu dia perlukan hidup seperti org lain, dia juga manusia, dia tak minta jadi macam tu, dia tak berdosa.
Jadi adik saya bersalin dan jaga anak dia macam biasa. Kami adik beradik tak pernah sebut pasal status anak saudara. Semuanya macam biasa je. Kami tak kisah pun. Sekarang anak saudara saya tu dah 12 tahun, UPSR tahun ni. Dia perempuan.
Nak diceritakan, masa dia umur 6 tahun, dia perasan kat surat beranak dia berbintikan Abdullah. Jadi masa tu adik saya bagitahu dia tak dapat dibintikan ayah dia, anak saudara cuma iyakan je, mungkin sebab masa tu dia masih kecil jadi perasaan ingin tahu dia tak terlalu tinggi pasal ni. Jadi lepas tu tak ada lagi dia perasan, ingat atau tanya.
Masuk tahun ni 2020, anak saudara saya tu dah berusia 12 tahun. Tahun depan dia masuk sekolah menengah Tingkatan 1. Jadi saya terfikir untuk tanya adik saya, macam mana dia ada terfikir tak untuk tanya atau bagitahu anak dia pasal ni.
Untuk pengetahuan semua, saya ni kakak sulung, adik saya tu anak no.2, jadi kami memang rapat. Jarak dia dengan adik dia (anak no.3 tu 6 tahun), jadi kami membesar berdua agak lama sebelum lahir adik baru lagi. Apa2 hal memang saya share dengan dia. Dan saya dikenali di kalangan adik-beradik sebagai seorang yang cakna, suka bertanya, share, beri pendapat & nasihat.
Tahun2 sebelum ni saya tak ada nak tanya pasal ni kat adik saya, tapi tahun ni dah sampai masanya, sebab anak saudara saya tu makin membesar, tahun depan dia masuk sekolah menengah, lama2 dia semakin matang & tahu menilai. Lagipun adik saya tak boleh buat diam je pasal ni, dia kena juga buka dan explain pasal ni kat anak dia, walaupun sekali, walaupun pahit.
3 minggu lepas, malam tu saya wassap adik saya, dan tanya slow2 kat dia pasal ni. Lepas sekian lama orang tak buka, tak tanya pasal ni. Dan sebenarnya tak ada orang yang berani untuk tanya dan buka balik pasal ni, adik2 kami yang lain ada lagi 4 orang, memang tak akan tanya, sebab dorang adik dan rasa saya kakak sulung lebih berhak tanya, lagipun saya lebih rapat dengan tuan punya badan.
Mak saya pun tak akan tanya sebab dia pun tunggu saya. Ayah saya pula dah lama meninggal, 8 tahun lepas, masa tu cucu dia ni baru berusia 4 tahun. Jadi saya tanya malam tu. Saya tau adik saya takkan marah. Dia sedar & dia tau saya jenis cakna.
Nasiblah dengan berlapang dada, dia cakap kat saya, dia pun terfikir sejak 2 3 hari tu, nak buka & explain kat anak dia pasal ni. Dia rasa dah sampai masanya. Masa tu kami terfikir, macam sama pulak instinct kami, hihi.
Dia tanya saya patut ke dia cakap tahun ni, sebab anak dia nak UPSR. Saya cakap, saya prefer dia cakap lepas habis exam UPSR supaya tak ganggu konsentrasi anak dia. Tapi dia cakap dia rasa sangat tergerak untuk cakap dalam masa terdekat
Akhir2 ni dia banyak fikir pasal tu, mungkin sebab anak dia dah besar. Saya cuma cakap, atas dia la, sebab tu anak dia, dia lebih tau macam mana nak cakap, macam mana perangai anak dia.
Esoknya tengahari, dia wassap saya. Dia cakap, dia dah bagitau & explain semua kat anak dia. Dia berdua je masa tu kat ruang tamu, dia bercakap dengan anak dia & dia explain satu2 pasal ni. Anak dia mula2 diam je, lepas mak dia bagitau semua, dia cakap dia dah lama tahu & faham pasal ni. Adik saya cakap dia sedih tapi masa tu dia tahan nangis.
Dia cakap kat anak dia mama dengan ayah sangat2 sayangkan kakak & tak pernah bezakan. Apepun yang orang fikir, apepun yang kakak rasa orang fikir, tak penting sebab kakak kena tau kakak sentiasa ada kami.
Anak dia cakap dia tau & faham. Dia okay, dia tak marah sebab dia cakap dia pun tak minta benda ni jadi, dia redha dengan apa yang Allah takdirkan. Memang sebak sangat dengar apa dia cakap.
Tapi anak ni ada cakap jugak masa tu, dia cakap nanti masa tukar IC (sebab bila berumur 12 tahun kan tukar IC), dia cakap boleh tukar tak payah letak binti Abdullah tu, kena tanya orang kaunter, pergi pejabat agama untuk minta penjelasan pasal ni sebab dia cakap dia ada baca macam tu. Dan dia cakap, abang kepada kawan dia pun macam ni tapi kat IC dia takda bin Abdullah.
Adik saya memang terkejut, dari mana dia tau, dari mana dia baca, banyak dia cakap pasal ni hari tu, macam banyak sangat dia kaji & baca, saya pun cakap mungkin dari CC (Cafe Cyber) dia search, sebab dia takda handfon, tapi dia rajin petang2 pergi CC dekat rumah dorang buat kerja atau main komputer (CC tu free sebab bawah ehsan sekolah berdekatan).
Dan 1 lagi terkejut sebab dia ada mention pasal abang kepada kawan dia sama kes macam dia, yang mana dia ada borak dengan kawan dia pasal ni, di belakang kami, di belakang mak dia.
Saya pun tak tau macam mana dia boleh buka pasal ni & borak pasal ni dengan kawan dia, tapi yela budak2 ni bukan kecik lagi, dorang dah pandai, pandai fikir dan dah matang. Dorang boleh borak pasal apa saja. Dorang berhak tau & ambil tau.
Saya memang terkejut sebab anak ni dah banyak tau pasal ni, dia dah baca & mungkin kaji dengan mendalam. Saya bersyukur jugak adik saya dah buka pasal ni & cakap dengan anak dia semuanya dari A to Z. Kalau dia lambat atau tak cakap langsung mungkin lain kejadiannya. Sebab anak2 sekarang dah advance kan.
Cuma saya sedih jugak untuk anak saudara saya, sebab jauh lagi perjalanannya. Macam mana dia masuk sekolah menengah nanti, masuk U nanti, dan yang paling penting jumpa jodoh. Part ni memang paling rumit, macam yang confessor ‘Anak Tak Sah Taraf Yang Bahagia’ ceritakan.
Saya ada cakap semua ni dengan adik saya, dia suami isteri kena kuat hadapi semua ni satu masa nanti, dan dia cakap dia bersedia & dia nak berada di samping anak dia jadi penguat & pendorong di sepanjang perjalanan hidup anaknya.
Dia takmau lepas tangan, sebab dia yang bertanggungjawab atas semua ni. Dia rasa sangat bersalah kat anak dia, dia minta maaf kat anak dia supaya ampunkan dia, anak dia cakap dia okay & tak mau mama sedih.
Anak dia juga cakap, dia tak fikir pun pasal apa orang fikir & cakap, sebab dia nampak keluarga semua sayangkan dia, cakna pasal dia, takda orang layan dia berbeza.
Dia tau kalau orang luar lain, mungkin banyak perbezaan yang dia akan rasa sepanjang hidup dia daripada orang luar, tapi apepun dia taknak fikir sangat, yang dia tau dia nak jadi orang yang baik, dia nak belajar rajin2 & jadi manusia yang berguna.
Dia cakap dia nak jadi macam Cik Long (iaitu saya), masuk U & jadi orang yang berguna pada orang. Ya Allah betapa baiknya & matang anak ni. Iye adik saya tu orang kampung je, tak masuk U & sekarang suri rumah je. Iyela dia kahwin sejurus lepas sekolah. Jadi anak dia tu jadikan saya sebagai contoh, memang sebak saya rasa.
Jadi cerita saya ni sikit sebanyak, untuk jadi pendorong kat keluarga yang mengalami macam ni. Memang sokongan keluarga ni penting, memang kalau boleh elak dulu perkara macam ni jadi.
Sebab banyak sangat keburukannya & kesan lepas tu, yang perlu ditanggung, difikirkan, diselesaikan, daripada anak tu baby, sampai bila2 la, sebab dia bawak nama berbinti/berbin Abdullah, memang ni adalah calar yang tidak akan hilang sampai bila2.
Tapi kalau dah jadi, tak dapat kita berpatah balik, janganlah kita tambah dosa lagi, membiarkan seorang anak tidak berdosa terkapai-kapai sendirian, dia juga manusia, yang boleh menjadi manusia yang baik, mungkin dia boleh jadi manusia yang lebih baik di sisi Allah daripada kita semua.
Jadi jagalah anak tu dengan baik, dia tidak berdosa, jadilah pendorong & penguat di sepanjang kehidupannya, ibu bapa lah yang mencorakkan anak2, walaupun anak tu lahir sah taraf sekalipun, tapi kalau tidak dididik dengan baik, boleh jadi orang yang tak berguna juga, permulaan tidak penting, pengakhiran kita yang penting di sisi Allah, sekian.
Yang tulus,
– Iby saudara yang penyayang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit