Assalamualaikum kawan kawan. Saya perkenalkan diri , namaku Medina, Aku merupakan anak sulung dari 6 adik beradik. Akhir akhir ni selalu saya terbaca luahan dari hati kecil si anak bongsu.Aku telah berkahwin dan mempunyai 3 org cahaya mata. Suamiku bekerja sebagai executive disebuah kilang di Bandar, aku pula berkelulusan ijazah namun memilih untuk menjadi suri rumah disamping membuat bisnes kecil kecilan.
Cukuplah mengenai diriku, Adik ku yang no 2, 3 masing masing telah berkahwin dan menetap di rumah sendiri. Tidak jauh dari rumah orang tua kami kerana masing masing memilih untuk tinggal berdekatan. Adik yang no 4,5 dan 6 masih bujang dan tinggal bersama org tua. Tapi biasalah dalam setandan pisang pun tak semua elok, ada juga la adik lelaki bujang kami (anak ke 5) yang agak bemasalah, kerja berhenti, melepak hingga ke pagi. Selalu mendatangkan kerungsingan di hati emak ayah yang agak berusia. Ayah 66 tahun dan emak 53 tahun. Sungguh begitu kami masih amik berat dikalangan kami. Walau ada buruknya sekurangnya dia masih boleh diharap Cuma terlalu mengikuti darah muda. Itulah sedikit sebanyak mengenai keluarga ku.
Berbalik pada tujuan asal ku menulis, walaupun aku tidak bekerja, ku bersyukur memiliki suami yang memahami. Walaupun kewangan kami agak goyah, kami tidak melepaskan tanggungjawap kami kepada adik adik. Andai duit tiada untuk dihulur kedatangan kami pasti dengan sedikit buah tangan (minyak, gula, sayur) . walau tidak mampu meringankan tapi kami cuba untuk tidak membebankan. Andai ada duit lebih(bonus), kami berkongsi sorang sedikit merasai.
Kami juga meringankan tulang, masak dan makan bersama untuk mengeratkan kasih sayang kami. Adakalanya kami berkongsi untuk makan yang sedap dan mewah sedikit. Hehehehe. Tugas dibahagi, ada yang memasak, kemas rumah dan ada yang basuh pinggan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Selalu juga ku ingati adik adik supaya bantu meringankan beban mak ayah, sorang sedikit tak terlalu rasa bebannya. Kita patut sama sama galas tanggungjawap sebagai anak. Seandainya ada masalah suarakan bersama. contoh baru baru ini zink rumah emak bocor, jadi kami kongsi untuk membaikinya walau ada antara kami yang dah duduk sendiri , tidak kami jadikan alasan untuk lepas tangan. Lihat wajah emak ayah wajah adik adik yang kita susah payah bersama selama ini. Untuk buang rasa pentingkan diri.
Aku bersyukur, kerana dikala aku alami kesusahan, adik adikku juga tak lokek membantu. Kami selalu mengingatkan diri masing masing kami seharusnya membantu antara satu sama lain . bukan tak pernah bergaduh mulut namun biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.Imbas kembali kenangan manis bersama, insyaAllah.
Kadang kadang kita sebagai akak, sebagai ibu bapa kita yang kena mula untuk terapkan kasih sayang dalam diri anak anak, elak pilih kasih sesama anak. Sebab secara tak langsung akan meninggalkan kesan hitam dalam hati. Ingatlah air yang dicencang tak akan putus. Kita yang kena mulakan, bentuk keluarga kita, walau mungkin kita ukan anak sulung. sebagai anak ke2,3,4. kita masih mampu merubah. InsyaAllah
Medina-
maaf andai ada salah silap.
– medina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit