Assalamualaikum, aku dah buntu. Aku berumur awal 20-an dan kami ada 3 adik-beradik. So tanpa melengahkan masa lagi, aku teruskan.
Mak dan ayah aku bercerai. Sekarang mak aku dah kahwin dan jadi bini no. 2. Ayah tiri aku ni, paham-pahamlah bila dah berpoligami ni, balik rumah mestilah kena ikut “turn”.
Ayah tiri aku so far okay saja, tak lari dari tanggungjawab dari segi nafkah mak, duit dapur, bil api air semua dia bayarkan. Cuma kereta dengan rumah, mak kena bayar sendiri (mak masih bekerja). Aku pula tukang bayar, mak sediakan duit yang ayah bagi, then aku tolong selesaikan.
Mak nak kami semua layan ayah like a “king”, tapi kerja yang “king” sepatutnya buat semua tu, letak kat bahu aku. Mak jenis seorang yang suka deco-deco rumah, terlampau taksub dengan barang-barang yang dia tengok dekat socmed.
Semua yang dia nak, akulah kena buatkan kerja-kerja macam wiring, pasang itu pasang ini, tebuk sana tebuk sini. Aku muda lagi, banyak lagi kerja-kerja yang aku tak berapa nak pandai untuk handle sendiri.
Aku kerja kilang office hours. Bila penat balik rumah, mak suruh buat itu ini. Bila aku mengadu cakap penat atau kadang aku lambat selesaikan kerja-kerja tu, dia mulalah nak bising.
Mak selalu cakap, “Ada sorang laki dalam rumah pun susah nak mintak tolong, bila weekend keluar lepak balik 2–3 pagi boleh pulak. Keluar lah dari rumah ni, pergi duduk sendiri.” Agak makan dalam ayat-ayat mak aku ni hahahaha.
Aku bujang, muda lagi… nak expect apa kan, memang kaki melepak lah bila weekend hahaha. Kadang kerja yang mak suruh aku buat tu di luar kemampuan aku. Bila aku cakap aku susah nak buat, kena ada orang tolong ajarkan, aku boleh lah buat.
Aku memang maksudkan yang aku nak buat sama-sama dengan ayah, tapi mak suruh aku tengok dekat YouTube hahahaha. Kerja-kerja wiring, aku pun risau, kang blackout satu rumah mampus aku.
Aku okay kalau kerja tu ayah yang buat, then memang jadi kewajipan untuk aku tolong ayah. Tapi ni dah jadi macam kewajipan aku untuk selesaikan semua kerja-kerja “king” tu.
Then makin lama benda ni menjadi-jadi. Ayah balik rumah, mak layan dia, hidangkan makan, urut kaki tangan dia. Ayah balik rehat dalam bilik, mak akan teman dia, selalunya dari petang sampai ke malam. Tinggallah kami 3 beradik duduk dekat ruang tamu.
Adik bongsu aku sekarang tengah tadika. Tiap-tiap bulan mak dan ayah akan beli barang dapur, selalu pergi tak bawa adik-adik aku. Nak luangkan masa bersama katanya. Bagi pendapat aku, bawalah adik-adik aku ni keluar berjalan. Takkan tanggungjawab aku jugak kan?
Mak okay saja jaga adik-adik aku, tapi bila ayah balik terus dia bertukar “mood”. Dia ibarat macam mak terus lupa yang dia ni ada anak-anak.
Bab kerja pula, adik pertama aku pun kena (perempuan). Dulu mak ajar dia masak, sidai baju, kutip baju, lipat baju, sapu rumah. Mak kata biar adik pandai urus rumah, senang bila dah dewasa nanti. Sekarang ni dia dah pandai, dia yang kena banyak buat kerja rumah.
Aku faham mak penat balik kerja, tapi jangan tukar 100% tanggungjawab tu dekat anak-anak. Anak-anak pula yang kena pikul tanggungjawab mak ayah. Bila buat, terima kasih pun tidak. Bila tak buat, kena marah sebab tak boleh tolong.
Aku sampai tanya ChatGPT ya hahaha, macam mana aku nak handle benda ni. ChatGPT suruh aku keluar merantau. Memang aku ada niat untuk merantau setahun atau dua tahun ke depan nanti, sebab gaji bidang yang aku kerja ni agak terbatas dalam negeri aku sekarang.
Memang kena merantau sikit untuk dapat income yang sepatutnya aku dapat. Tapi aku takut dan aku tak yakin nak tinggal adik-adik aku sebab kami memang rapat.
Any advice? Please share. Thanks..
Sekian.
– No Name (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagusnya awak pikir adik2… semoga keakraban tu berkekalan.. sy tak tahu nk nasihat apa.. sebb kesian jugak tinggalkan adik2 perempuan yg takde father figure dlm hidup mereka.. sebb sy nmpk awak yg bawak watak father figure ni dlm hidup diorg… sebb ayah tiri setakat bg duit belanja dapur je kan… entah la.. sy doakan semoga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga…
Boleh je nak keluar kerja tmpat lain, tapi berterus terang dgn mak awak psl tggjwb dia yg dh diabaikan tu. Dah kahwin nk dpt anak tapi dianaktirikan dgn suami baru plak. Takut nnt terabai terus je. Klu rasa tak boleh ckp dpn², tulis surat. Biar dia hadamkan dr bertikam lidah klu ckp secara brdepan. Walaupun awak rapat, tapi adik² tu tggjwb mak, ayah tambah² lagi prmpuan. Bercerai pun, tggjwb pd anak tetap kekal. Bekalkan adik² fon je supaya awak ttp berhubung