The first child and only daughter (Anak Sulung Perempuan)
First of all, thank you to the IIUM Confessions team for posting my story.
Assalamualaikum semua. Nama saya Dina (bukan nama sebenar). Sebabkan IIUM Confessions ni kan memang macam luahan hati kan? Jadi saya akan tulis campur2 bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu sebab saya memang dari kecil lebih cenderung untuk campur2 dua2 bahasa tu.
Saya anak sulung dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga saya. Saya ada 3 orang adik bawah saya, semua lelaki. Saya baru sahaja menamatkan pelajaran asasi di sebuah universiti di KL bulan April yg lepas.
Keluarga saya, dari luar nampak macam orang berada sikit la. Ayah saya orang penting di tempat kerja dia dan kami sekeluarga pernah tinggal di luar negara selama 5 tahun kerana ikut ayah saya yang ada kerja di negara tu.
Tapi, sebenarnya kami takde la senang mana pun. Mak saya, seorang surirumah sepenuh masa, setiap hari runsing memikirkan ‘business’ dia. For your information, mak saya online seller for a variety of things ranging from food to baby clothes.
Saya sejak balik daripada universiti memang tak kerja. Saya memang nak sangat kerja tapi mak saya cakap ‘tak payahla, duduk rumah je’ sebab tak ada sapa2 yang boleh tolong hantarkan saya ke kerja setiap hari dan mak saya kata dia lebih suka saya ada di rumah.
Keluarga mak saya memang ada masalah sikit. Bukan masalah dadah or anything related to that. Keluarga mak saya ni jenis suka meminta-minta duit daripada orang. Kalau nak cerita tentang keluarga mak saya sahaja, this story might get too long jadi saya akan ceritakan consequences-nya je.
Sebabkan keluarga mak saya yg macam tu, mak saya jadi malu kepada ayah saya sebab keluarga dia yang asyik meminta2 duit daripada ayah saya. Sebabkan itu juga, saya dapat tahu dia berhutang dengan stokis sebanyak RM2k+.
Saya tanya, macam mana hutang boleh jadi banyak sampai macam tu? Mak saya cakap sebab kalau tak cukup duit nak beli barang dapur, dia terpaksa ‘top-up’ guna duit hasil business dia tu.
Saya geram jugak la.. kenapa mak tak mintak duit lebih kat ayah? Duit hasil business tu simpan la jangan la guna untuk benda lain. Ayah saya pun satu, business mak saya dia tak ambil tahu pun kadang2 bila mak saya pinjam modal drpd ayah saya, ayah saya akan mintak balik duit tu (padahal dia tahu mak saya mana la ada duit)
Ok back to the topic ‘the first child and only daughter’, saya la yang selalu mendengar masalah mak saya dan saya la yang selalu rasa frust sebab saya rasa mcm saya ni useless tak boleh nak buat apa2. Nak cakap dengan ayah, dia selalu sibuk dan bukan orang yang memahami. Adik-adik saya pulak semua lepas tangan buat tak tahu jugak.
Satu lagi, saya rasa stress sangat sebab masa asasi, CGPA saya tak cukup tinggi untuk apply medic. I know it’s not true, tapi saya rasa, medic je yang boleh menjamin masa hadapan. Saya pun sangat passionate tentang bidang kesihatan, gaji seorang doktor pun not bad. Tapi tu la, all my dreams are washed down the drain sebab pointer saya tu.
Because I am the oldest child, I have to bear the responsibilities. Saya tak tahu macam mana lagi nak cakap dengan ayah saya atau adik2 saya. Mereka semua sama je. Jenis yang tak ambil kisah.
Selepas dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan ditawarkan asasi, saya fikir, maybe saya akan berjaya. Saya nak berjaya sebab satu je, supaya dapat jadi kaya dan boleh bagi mak saya everything.
But right now, I just cant see that future anymore. Saya tak tahu macam mana nak tolong mak saya bayar hutang tu dan saya tak tahu apa nak jadi dengan masa depan saya.
I never told anyone, but I have suicidal thoughts often. Sata tahu kalau saya mati, tak boleh ubah apa2 pun. Tapi at least, kalau saya takde, kurang la sikit beban parents saya kan. Saya tak dapat scholarship/bantuan sebab gaji ayah saya lebih RM10k.
Jadi kalau saya takde, kurang la perbelanjaan keluarga saya untuk tanggung pelajaran saya Mak saya pulak boleh guna duit simpanan saya untuk bayar hutang2 dia. My brain just makes everything seem logical. Saya tahu semua ni bisikan syaitan tapi susah nak resist haha.
Maaf kalau cerita saya ni agak belit2 sikit. I never thought I would be writing at IIUM Confessions tapi harini saya rasa down sangat2.. esok results UPU keluar, tolong doakan saya dapat course yang terbaik untuk saya, ya.
Dan tolong jugak doakan untuk mak saya supaya business dia maju, dapat bayar semua hutang dan dapat jadi seorang wanita yang independent.
Yours sincerely,
The girl who bangs her head instead of slitting her wrist,
– Dina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit