Anak Sulung Perempuan

Assalamualaikum pembaca sekalian. Saya anak sulung perempuan. Banyak benda aku nak luah yang selama ni dah lama terbuku dalam hati aku.

Saya harap pembaca2 sekalian tabah la baca kisah saya yang tak seberapa ni, sebabnya saya tak tau nak luah kat sapa dah. Terima kasih juga sebab sudi siarkan confession saya ni.

Bila dah namanya anak sulung, sayalah yang selalu buat kerja rumah. Adik2 saya ada. 2 lelaki, yang bongsu perempuan. Saya perasan, mak terlalu manjakan adik2 saya.

Mak jarang suruh diorang buat kerja rumah. Bukan saya nak dengki atau merungut bila disuruh buat kerja rumah, cumanya disebabkan adik2 saya terlalu dimanjakan mak dan ayah saya, diorang ni tak tau nak berdikari.

Saya sebagai kakak pon ada gak bagitau mak untuk tegur adik2 lelaki saya untuk buat mana yang patut tapi jawapan mak saya sama. Biarlah diorang nak main game, biarlah itu biarlah ini. Saya terkilan. Saya sendiri pernah marah dan suruh adik2 lelaki saya tu buat kerja yang ringan2 je macam angkat kain ampaian tapi diorang balas balik dan cakap tu kan kerja kakak.

Kalau diorang habis baik pon, diorang akan cakap sekejap, yang akhirnya saya sendiri yang buat. Adik bongsu saya pula, ibarat tuan puteri dalam rumah. Apa2 sahaja yang dia nak, dia order sahaja. Nak makan nasi, bgitau mak nak nasi, mak saya ambilkan nasi dan hidang atas meja untuk dia. Bahagian dia tinggal untuk makan je.

Saya terkilan, saya tak faham kenapa ibu terlalu manja2 kan adik2 saya sampaikan mereka sendiri hilang hormat pada saya.

Ya, mereka juga sudah hilang hormat pada saya. Mak larang saya arahkan adik2 buat apa2. Katanya kesian kat adik. Adik lelaki saya yang pertama selalu melawan saya. Kadang2 saya sebagai kakak mestilah saya tegur dia yang dah obses dengan game online. Kadang2 waktu solat nak habis pon tak perasan.

Bila saya tegur, dia melawan. Saya geram. Marah dalam hati saya membuak-buak. Selepas dia habis upsr, ayah belikan dia ps4 yang membuatkan dia semakin obses dengan game. Bila dah terlalu obses, sapa2 sahaja yang ganggu dia main game mesti dimaki. Termasuk saya.

Saya tak tau nak salahkan sapa dalam hal ni. Saya faham mak dengan ayah nak tunjukkan penghargaan kat adik tapi mak ayah macam tak fikir kesannya. Saya pernah bagi cadangan kalau nak bagi hadiah sekali pon, baik hadiah kan handphone je sebabnya nanti dah masuk sekolah menengah, banyak kerja dalam kumpulan dan mungkin diaoanrg perlu berhubung dengan kawan2 diorg masa cuti.

Lagipun adik saya tu duduk asrama juga, jadi penggunaan fon tu boleh la mak saya kawal. Tapi, cadangan saya ditentang.

Dulu, mak saya pernah bagitau saya. Dalam adik-beradik saya, saya seorang sahaja yang tak dihantar ke sekolah agama. Semua adik-adik saya masuk sekolah agama. Masa tu saya tak tau nak rasa apa. Saya diam je. Cuma saya pikir, apa tujuan mak bagitau saya.

Saya pernah memberontak dalam hati, kalau betul adik2 semua masuk sekolah agama, mesti adik hormat kakak. Tapi saya diam, sebab saya tau. Mak mesti pikir yang saya tak faham. Sebab saya hanya kakak sulung.

Pernah sekali semasa majlis graduasi form 5 saya, mak dan ayah dijemput hadir. Mak saya bagitau, kalau saya tak dapat apa2 anugerah, mak takkan hadir. Buang masa katanya. Saya sentap. Terkilan. Ya, masa saya form 5 dulu saya bukanlah pelajar cemerlang. Dan saya tak dapat apa-apa anugerah.

Masa hari kejadian, saya rasa kosong. Saya tengok kawan2 yang lain dapat ambil gambar graduasi dengan mak ayah masing2. Tapi saya keseorangan. Kawan2 lain semua pulang ke rumah dengan mak ayah. Tapi saya pulang semula ke asrama dengan bas. Sebab mak saya tak hadir.

Pasal result exam pula, banyak kali juga saya dibandingkan. Saya bukan otak matematik. Jadi bila mana2 result exam keluar, matematik tu memang wajib tak dapat A. Bukan saya tak usaha, tapi saya tak mampu. Kalau ada peningkatan pon, bukanlah hingga sampai ke tahap A. Tapi saya bersyukur.

Bila balik kampung, memang wajib saya ditanya tentang result. Dan ya, saya diperlekehkan. Katanya saya ni bodoh sebab tak pandai matematik. Tapi subjek2 lain yang saya cemerlang, mereka langsung tak pandang. Saya sedih.

Saya selalu rasa apa yang usaha dan belajar selama ni hanya untuk puaskan hati orang sehingga saya sendiri kabur dengan cita2 saya. Apa yang saya inginkan hanyalah sedikit penghargaan.

Bukan tu je, saya juga mangsa bodyshaming. Apa yang lagi sakit, keluarga saya sendiri yang bodyshaming saya. Saya sedar diri saya. Saya selalu insecure dengan orang lain. Saya rasa benci tengok diri saya dalam cermin. Bila balik kampung, ada sorang sepupu lelaki saya bodyshaming saya dengan teruk.

Saya boleh terima kalau dia ejek saya dalam keadaan yang hanya ada saya dan dia. Tapi dia ejek dan kutuk saya depan ahli keluarga yang lain. Saya malu. Sumpah saya malu. Saya takut nak bergaul dengan orang. Sebab saya memang tak konfiden dengan diri saya. B

ila bab makan, ada juga ahli keluarga saya yang sindir, jangan bagi saya makan, kalau tak nanti habis. Diorang gelakkan saya. Saya mampu senyum je tapi dalam hati rasa pedih. Sebabkan situasi macam tu, saya kurang makan dengan ahli keluarga yang lain. Sebab selera saya dah mati.

Tak tau nak cakap macam mana tapi sungguh saya rasa terhina bila kena bodyshaming. Bila saya ingatkan balik kata2 diorang tu memang saya menangis. Dan sebab itu juga, saya tak berani nak pakai cantik2 sebab saya rasa diri saya ni tak layak dan tak cantik.

Bila nak dekat raya pula, family saya antara yang terawal balik kampung. Jadi semestinya saya dan mak saya sebagai perempuan yang banyak buat kerja kat dapur. Saudara2 yang lain? Mereka akan pulang malam raya tu dan semestinya bila dah sampai diorang akan tido je.

Sepupu2 perempuan ramai tapi yang banyak buat kerja sayalah. Itu pon kena sindir lagi dengan mak2 sedara, katanya saya ni duk relax je. Tapi saya tak mampu nak marah, sebab mereka balik time malam raya, yang semua dah tersedia. Memanglah tak nampak saya buat kerja.

Begitu juga masa pagi raya, saya lah yang ke hulu ke hilir angkat pinggan mangkuk semua tu. Sepupu yang lain? Ohh diorang mekap lawa2 pastu makan je. Senang. Kalaulah saya tahu, patut saya pakai baju tshirt je tiap2 pagi raya. Saya pernah mengadu kat mak saya, tapi mak cuma jawab sebab saya anak sulung jadi kena kerja banyak.

Satu lagi yang saya perasan, mak saya selalu lebihkan sepupu saya. Perempuan. Saya cemburu. Nampak simple kan tapi ntahla.

Pernah sekali saya tngok mak saya pujuk sepupu saya, dia gagal dalam exam semester. Cara mak saya pujuk dia memang berbeza dengan mak pujuk saya. Mak peluk dia. Mak cakap baik2 dan bagi kata2 semangat. Kalau saya, mak salahkan saya sebab tak fokus. Saya pon inginkan pelukan. Saya pon perlukan kata semangat.

Dengan kawan2 saya okey. Cuma masa kat sekolah menengah saya selalu dipinggirkan. Saya banyak bersendirian. Mungkin itu sebab ramai orang tak suka saya. Katanya saya ni toxic. Tapi takpa.

Lepas habis spm saya buang jauh2 memori sekolah menengah tu. Sakit. Sebabnya masa tahun akhir tu saya hilang kawan2 saya, hanya sebab salah faham. Sudahlah sunyi di rumah, ditinggalkan kawan pula di sekolah. Tapi takpa. Saya pon tak paksa diorang untuk stay dengan saya kalau pilihan diorang untuk pergi.

Last sekali, masuk tempat belajar baru, syukur kawan2 saya semua baik2. Diorang bagi saya peluang untuk saya jadi diri sendiri. Saya happy. Tapi takde satu pon kisah saya yang telah saya coretkan di atas, saya kongsi dengan mereka.

Memang dari dulu, saya tak pernah cerita masalah saya dengan sesiapa. Tapi apa yang buat saya sebak, kawan2 saya selalu kongsi tentang keluarga mereka. Katanya diorang selalu manja dengan ayah diorang. Ada abang yang belikan hadiah. Ada kakak yang bantu mereka belajar. Saya cemburu. Saya pon ingin merasai semua yang mereka ada.

Saya memang jenis yang tak kongsi masalah atau kesedihan saya dengan orang lain termasuklah mak ayah saya. Sebab mak hanya akan mempersalahkan saya. Sedih. Sebab itu lah saya pilih untuk diam. Sehingga saya rasa hidup saya dipenuhi dengan bad vibes.

Saya tahu, apa yang saya tulis ni mungkin hanya kisah biasa. Mungkin saya terlalu overthinking. Saya tak boleh lupa dan move on dengan benda2 yang lepas termasuklah masa saya putus cinta.

Saya takde sapa2 nak luahkan semua ni. Hanya air mata yang mampu dilepaskan. Bila dah terlalu penat untuk hadap realiti. Kakak2, abang2 dengan adik2 janganlah marah kalau kisah saya ni panjang dan kisah saya ni tak seberapa. Terima kasih sangat2 sebab sudi baca luahan hati saya ni. Doakan saya dapat aura yang baik2 pula nanti.

Saya juga doakan pembaca2 sekalian sentiasa dilindungi Allah SWT. Aamiin.

– Nas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *