Anak Sulung Perempuan

Aku f23, anak sulung perempuan. Masih belajar di negeri sendiri. Setiap kali waktu nak balik rumah aku lah orang yang paling happy, tapi tiap kali nak balik kolej balik aku sedih, stress walaupun luaran aku nampak okay.

Aku anak yang tak pernah meluah, orang nampak aku happy macam takde masalah. Ayah aku sekarang kerja gaji tak cukup min, dapat bawah 1000 sebulan. Hidup kami pernah susah sangat, pernah jugak merasa senang.

Ayah aku pun semakin menua. Aku student bergantung dengan PTPTN je. Duit ptptn aku banyak habiskan untuk keluarga.

Aku yang sanggup habiskan untuk family, aku tak sanggup tengok kesusahan mak ayah aku. Aku tak boleh buat part time waktu belajar min, sebab sekarang aku dah tahun akhir. Waktu sem pun aku kerja tapi duit tu pun kejap je habis.

How i wish aku banyak duit, nak renovate rumah, beli keperluan yang cukup. Aku tak sanggup nak tolak setiap kali mak ayah mintak duit. Kadang aku jealous tengok kawan yang lain, duit habis mintak mak bapak.

Pergi sana sini. Rindu nak macam dulu balik, mak ayah bagi duit setiap kali nak balik kolej.

Mak ayah aku baik sangat, tak berkira dengan anak, aku sayang sangat mak ayah aku, dorang ajarkan aku supaya tak berkira, selalu sedekah, ajar diri aku supaya ada empati dalam diri bila tengok orang kesusahan.

Dan aku sekarang tak boleh tengok orang tua, orang berniaga, budak kecik memang terdetik dalam hati aku nak bagi duit, tapi aku pun takde duit.

Memang tak mampu aku nak ceritakan kesusahan dan pengorbanan yang mak ayah aku buat dekat kami.

Aku fikir mungkin Allah nak bagi yang terbaik untuk aku di masa depan walaupun aku terpaksa hadap kesusahan dulu sekarang.

Orang lain lagi teruk ujian. Tak mintak banyak, korang doakan semoga aku sekeluarga dilimpahkan rezeki, supaya aku mampu berbakti untuk orang tua aku. Aku janji bila dah kerja nanti aku takkan lupakan dorang.

Btw waktu aku tulis sekarang duit baki ptptn aku dah tinggal bawah 100. Doakan aku kuat ye semua semoga ada rezeki datang bergolek nanti.

Aku suka bercerita kat platform tanpa orang kenal siapa aku, mana tahu doa antara korang makbul.

Semoga doa yang terbaik jugak datang kepada korang.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semoga Allah SWT murahkan rezeki awak n kluarga.. teruskan berbakti kpd ibu ayah awk, buat mse ni belajar hingga tamat, dgn kputusan cemerlang (insha Allah), dan bila berjaya nt, dpt kerja n pendapatan yg baik.. jgn lupa kluarga, walau pon awak dah senang atau dah berumahtangga nt.. semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan ketaatan awk kpd ibu bapa.. wslm

  2. dah di pusat pengajian,
    dan jika keluarga x mampu nak tampung perbelanjaan kamu, jangan malu jangan segan.
    kamu boleh pergi di mana mana pusat zakat tempatan.
    minta bantuan pendidikan. lampirkan segala dokumen yg diperlukan. jika ibu bapa memang penerima zakat lagi mudah urusan screening dia.
    banyak orang lupakan hal ini, tapi inilah tujuan pusat zakat.
    mereka akan terus membantu dan menjaga amanah.
    sila pergi pusat zakat dengan segera. at least lepas la perbelanjaan harian makan minum dan untuk belajar beli alat2 belajar semua.

    ikhlas dari
    alumni penerima zakat pendidikan wilayah kl.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *