Anak Sulung Perempuan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/anak-sulung-perempuan-2/).

Assalamualaikum pembaca semua. Pertama sekali, terima kasih banyak2 kepada kakak2, abang2 dan adik2 yang telah baca confession saya yang sebelum ni.

Saya amat menghargai segala kata2 motivasi dan positive vibes yang telah diberikan. Semoga kakak2 dan abang2 serta adik2 diberkati hidup dan dilindungi Allah SWT. Amiin.

Sebenarnya, confession atau luahan saya sebelum ni bukanlah bertujuan untuk memburukkan mak ayah saya. Mak & ayah saya baik. Sangat baik.

Saya hanya sedar yang saya tak cukup perhatian dan peluang untuk bercerita dan takde tempat nak luah apa yang terbuku dalam hati, memandangkan kawan2 saya kebanyakkannya bukan anak sulung. Saya pernah cuba nak bercerita dengan diorang tapi bila pikir balik 2 3 kali saya batalkan niat, takut2 saya hampa.

Jujurnya, saya tak pernah mengharapkan mak ayah saya menyesal dengan apa yang terjadi sebelum ni. Saya banyak kali cuba sedapkan hati, mungkin dulu mak ayah saya banyak manjakan saya, kini tiba giliran adik2 saya pula.

Walaupun layanan mak dengan ayah semasa saya kecik dulu berbeza dengan adik2 saya sekarang. Tapi takpa. Saya fikir, benda ni berlaku sekejap je, bukan lama. Lagipun, banyak benda yang saya plan untuk mak ayah saya nanti.

Saya yakin setiap anak sulung mesti nak berikan kejayaan untuk mak ayah masing. Begitu juga saya. Moga2 dapatlah saya berikan kejayaan yang besar kepada mereka nanti sebelum mereka pergi. Amiin.

Nak kongsi, lepas habis spm, saya sambung stpm. Sepanjang stpm, Allah hadirkan saya dengan kawan2 yang baik. Saya banyak hilang kawan sebelum ni sebab saya banyak menyendiri dan kurang bergaul. Saya jenis susah nak percayakan orang. Trust issues dalam diri saya tinggi.

Tapi syukur Allah hadirkan mereka dalam hidup saya walaupun kami hanya berjumpa untuk sesi sekolah sahaja. Kawan2 saya banyak bagitau yang saya ni matang. Saya pon biasa masak untuk diorang makan masa rehat dengan kelas tambahan.

Masa tu juga saya sedar, lain mak ayah lain didikannya. Pembaca2 faham kan maksud saya ?

Dalam confession saya seblum ni, saya kurang bercerita tentang ayah saya. Ayah saya ni workaholic. Jadi saya kurang berbual dengan ayah. Nak bagitau result exam pon rasa janggal. Sebab biasanya bila saya tunjuk kat ayah, ayah jarang bagi respon. Sebab tu saya biasa tunjuk kat mak.

Pernah sekali untuk satu sem tu saya dapat pointer 3.5 ke atas tapi mak tak puas hati. Saya sangka mak happy. Tapi takpa. Sekurang2nya saya happy. Berbalik pasal ayah, saya tak pernah salahkan ayah. Saya faham ayah kerja untuk keluarga.

Tapi sebabkan ayah banyak habiskan masa kat tempat kerja, saya jarang ada peluang nak bercakap dengan ayah. Kadang2 bila ayah dengan saya dalam kereta berdua pon kami diam je. Langsung tak bercakap. Tapi takpa. Silap saya, yang kurang cari peluang nak berbual dengan ayah. Saya cuba.

Sejak akhir2 ni, saya selalu migrain. Mungkin tak cukup tido sebab terlalu banyak pikir pasal semua benda.

Saya ada bagitau mak saya selalu migrain kadang2 rasa macam nak demam. Tapi mak cuma suruh telan panadol je. Kadang2 mak marah sikit sebab saya tak pandai jaga diri. Adoi mak ku sayang . Tapi takpa, saya dah biasa. Dulu masa saya sakit kat asrama pon saya tak bagitau keluarga.

Saya juga sbenarnya penghidap ptsd. Saya terlalu banyak memikirkan benda2 lepas yang banyak tinggalkan kesan emosi dalam diri saya. Kadang2 saya overthinking smpai hilang mood seharian nak buat kerja.

Orang cakap saya tak move on, saya cuba, tapi susah. Susah nak lupa apa orang dah buat pd saya, terutamanya benda2 pahit. Kadang2 bila perasaan teringat tu datang, ya Allah stres dia tu boleh melarat smpai malam, sampai menangis pon ada.

Saya pon selalu hindarkan diri saya dari tempat2 atau benda2 yang ingatkan saya balik tentang memori2 lama. Ntah, rasa takut nak berdepan. Saya pulak jenis yang tak suka kongsi apa yang saya rasa. Sebab bagi saya diorang takkan faham .

Saya rasa itu sahaja untuk kali ni. Saya harap pembaca janganlah salah faham, bukanlah saya nak tunjuk yang saya paling teruk sekali diuji. Saya yakin ramai lagi anak2 yang diuji kat luar sana. Saya cuma ingin berkongsi, dan meminta nasihat daripada abang2 dan kakak2 semua :)

Last skali, tak lama lagi saya nak sambung degree. Doakan saya dan kawan2 saya agar urusan dipermudahkan dan beroleh kecemerlangan. Minta didoakan juga untuk kawan baik saya yang tengah struggle dengan depression dia. Terima kasih.

Saya juga doakan agar pembaca2 yang sudi meluangkan masa baca confession saya yang tak seberapa ni supaya sentiasa dilindungi Allah , dipermudahkan segala urusan dan dijamin syurga al-Firdaus nanti. Aamiin.

– Nas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *