Anak Sulung Zaman Sekarang

Pertama kali nak buat luahan hati di sini. Selama ni menjadi pembaca setia & kadang² komen untuk beri pendapat. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya.

Ni nak cerita perihal anak sulong. Rata-rata kita tau atau dah menjadi lazim, anak sulong adalah harapan & anak yang akan menjadi pemimpin buat adik-adiknya.

Anak sulong akan menjdi contoh baik atau buruk buat adik-adiknya. Dan anak sulong akan menjadi orang yang membuat keputusan bagi pihak keluarga.

Tapi, times has change. Tak kira lah jantina, lelaki ke perempuan ke… Anak sulong zaman sekarang bukan macam anak sulong zaman tok nenek kita. Anak sulong zaman sekarang rasa mereka adalah “the priviledge ones”.

Mereka rasa mereka ada hak terpelihara kerana memegang title anak sulong. Mereka adalah orang yang patut diberi tumpuan utama dalam keluarga. Anak sulong ni rasa mereka ada keistimewaan tertentu.

Rata-rata saya tgok, anak sulong ni jenis suka buat kepala sendiri. Ini dari pemerhatian sendiri yea…

Contoh, keluarga saya sendiri. Abang sulong ambil keputusan untuk kawin dan berpindah ke negeri lain. Ibu bapa & adik-adik ditinggalkan untuk dia kejar cita-cita & bina keluarga sendiri. Balik jengah keluarga bila ada masa jer.

Hari berganti tahun, ibubapa pon semakin tua. Anak kedua juga (iaitu saya) mengambil keputusan untuk menjaga kedua ibubapa yang sudah berusia.

Abang saya? Setuju jer. Janji tak menyusahkan dia. Sumbangan duit untuk penjagaan ibubapa? Tak ada dihulurkan langsung dari hari pertama.

Tapi saya tak kisah sebab menjaga ibubapa ni lah lubuk pahala bagi saya. Berapa banyak lah belanja yang perlu dikeluarkan, saya tanggung.

Apa yang ada, kita makan ye mak & ayah. Ibubapa pon tak pernah merungut. Alhamdulillah…

Ada anak sulong yang rasa mereka adalah orang yang berhak buat keputusan sendiri. Sanggup buang mak bapak sebab nak kawin dengan suami orang yang mak bapak tak setuju.

Berdegil jugak sampai selepas maknya meninggal, lari ke Thailand untuk kawin dengan suami orang.

Anak kedua sebab tengok kakaknya (anak sulong) telah mengecewakan ibubapanya, bernekad untuk tidak membuat ibubapanya bersedih lagi. Berkorban, kawin dengan pilihan ibubapa sebab nak tengok ibubapa bahagia.

Ada anak sulong yang ikut kepala sendiri. Dia nak buat apa saja, tak ada orang boleh menghalang.

Merantau ke Australia, cari kerja. Lepas tu tak balik ke pangkuan keluarga bertahun. Hantar duit pon tidak. Anak kedua juga yang terpaksa pikul tanggungjawab untuk menjaga ibubapa & adik-adik.

Ada anak sulong yang menolak semua tanggungjawab menjaga ibubapa yang sakit sebulat-bulatnya kepada anak kedua. Turun naik hospital, anak kedua. Cuci berak, bagi makan ibubapa yang sakit… anak kedua.

Anak sulong? Sibuk bekerja. Cakap, apa-apa keperluan yang perlu dia akan beri duit. Anak kedua buat jer semua sebab anak sulong yang suruh. Tak merungut sebab takut kena marah.

Jadi… ini lah contoh sedikit sebanyak tentang anak sulong zaman sekarang.

Tak ada lagi kita dengar cerita anak sulong akan mengorbankan segala-galanya untuk ibubapa dan keluarga. Tapi kebanyakkan (tak semua) lebih pentingkan diri sendiri kerana “saya anak sulong”.

Pembaca boleh menyangkal pendapat saya. Banyak lagi contoh saya nak kongsi tapi cukup lah contoh ini buat masa sekarang. Terima atau tidak, terpulang. Tapi ini lah hakikat anak sulong zaman sekarang…

– Kakngah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *